Sunday, February 12, 2012

KFC dan pelanggan

Sebenaqnya guwa nak update minggu depan. Special entry pasai Lisa Surihani!. Maklumlah dia kan dah nak kahwin 23 haribulan ni. Bila Lisa buat pengumuman nak kahwin dengan Yusry, guwa lah orang yang paling kecewa! Bekas awek guwa yang paling cun pernah guwa dapat tuh! Ok itu tipu.


Entry ni guwa tulis bila guwa dgn member guwa lepak dekat KFC petang tadi dekat KL Sentral. Semuanya bermula bila mesej masuk petang tadi


"Pek, jom pi makan, aku lapaq bak ang"


"Ang taw dak pukol bapa la ni? Hujan lagi kat luaq tuh!"


"Aduh, aku tak makan dr pagi. JPP kena handle pendaftaran ppg, lepas tu aku pi tengok bola"


"Padan muka ang, sapa suruh jadi jpp" keh keh keh


***********************************

Dah-dah. cerita pasai Lisa Surihani tu, biaq guwa citer panjang lebaq minggu depan. La ni, guwa ada benda nak share dgn ampa semua. Ingat dak, 2,3 hari lepas gempaq 1Malaysia pasai video pekerja KFC dgn pelanggan tuh? Heboh, sampai masuk paper bagai, dok hingaq ckp pasai perkauman suma, apa jadah tah org kita la ni. Asal ada timbul isu ja,suma nak politikkan!. Cuba 1 hari ampa jangan cakap pasai politik boleh dak?

BOSAN TAHU!

Macam semua tahu, dekat Malaysia la ni, ada macam-macam kedai fast food. Cakap je nak yang dari mana, arab, China, Barat suma ada. Mmg betoi lah orang dok kata, Malaysia Truly Asia. apa yang ada dekat luar negara sana, suma boleh dapat dekat sini. Salah satu daripada syarikat  paling famous ialah KFC. Seingat guwa, sejak sekolah rendah lagi guwa dah melantak KFC. Ayam dia memang tak rr sesapa nak challenge. 



Sampai satu hari bila guwa cakap dekat mak guwa.


"Mak, awat ayam yang mak goreng tak sedap macam KFC tuh?"


"Kalau tak sedap ang tak payah makan!"


 Ambek kau setepek kena smash. Sampai ke sudah mak guwa tak bagi makan ayam goreng tuh. adik guwa yang balon. kah kah kah.

Dalam kes pekerja KFC tuh, kita sebagai pengguna kena gak faham. Cuba ampa bayangkan sapa yang tak penat keja 8 jam lagi-lagi dok kat kitchen yang panas tuh. Serius penat! Guwa cakap berdasarkan pengalaman guwa kerja pizza hut lepas spm dulu.

kadang-kadang orang selalu marahkan pekerja fast food ni serve lambat lah, makanan habis lah, salah datang order lah, dan macam-macam lah. Human makes mistake kot cik timah oi. Memang tagline pengguna "customer always right" but at least you must know certain part of humanism. Guwa pun banyak kali gi KFC. Bila mintak ayam hot n spicy, depa kata dah habis. Kalau nak kena tunggu 1/2 jam.


Kalau ikut sakit hati, apa ada hal marah-marah dekat pekerja tu. 


"Dah tahu ayam tu tinggal sikit, awat ang tak pi goreng dari tadi?!"


"Pasai pa dah habis baru terhegeh-hegeh nak goreng?!"


"Ang tak nampak ka orang ramai memang suka ayam hot n spicy?!!"




Tapi cuba ampa pikiaq, apa faedah kita buat lagu tu dekat depa? Tak salah kalau kita sebagai pelanggan bertolak ansur dengan depa. Bukannya tak pernah langsung makan ayam hot n spicy tuh. Kalau makan yang original bukan boleh bawak mati pon.

Guwa yakin, sebab utama ramai orang kita buat lagu tuh sebab nak tunjuk ego. Betoi dak? Cuba kita ubah tabiat ni. Ya, ampa bayaq makanan tu, so memang hak ampa nak makan apa yang ampa nak. Tapi tak boleh ka sekali-sekala tolak ansur? Bukan tiap-tiap kali pun ampa order hot n spicy tapi dapat yg original. KADANG-KADANG je kan? Dah memang ayam hot n spicy tu habis waktu tu, apa salahnya ambiil yang original. Ego memang perlu, tetapi perlu diletakkan pada tempat yang betul.  

Kalau tak dapat, siap ada yang tarik muka, sindir-sindir pekerja. Awat ampa ingat depa tu patung ka yang hang bole cakap ikut suka ja.

Depa tu pon manusia, ada hati ada perasaan. Kalau sekali dah tak tahan, tu yang jadi macam video tu. So, jangan salahkan pekerja KFC tu je. Customer also must be responsible. 


Pokok takkan bergoyang kalau tak ditiup angin cik jah oi.

Ampa kena ingat, walaupun kedai tutup pukul 11.00 malam, keja mereka-mereka yang kerja waktu closing tuh tak habis takat pukul 11.00 malam ja. Kena kemas kitchen lagi, mop bagai, buang sampah, cuci lantai, cuci pinggan bagai! boleh makan 2 jam tahu! Dgn haba panas lagi, penat lagi.  

Hmm, tapi aku takda lah kata semua salah salah pelanggan je, ada je pekerja KFC yang dok kat kaunter tuh tak senyum, tarik muka dengan pelanggan. Ambik order pon nak tak nak je. Pernah sekali depa terjerit-jerit dekat kitchen. Kalau macam ayam yang pelanggan mintak dah habis, cakap lah elok-elok dgn pelanggan. Kami faham yang you penat keja, tapi at least senyum. Cakap lembut-lembut. Insyaallah, pelanggan memahami. Bukan semua pelanggan yang kepala batu! 

So, nak simpulkan semua cerita, guwa harap kejadian yang berlaku macam dekat dlm video tu, takkan berlaku lagi. Sebagai pelanggan, jadilah pelanggan yang bertolak ansur. Buang tabiat suka protes dlm restoren. kalau dah tak boleh tahan marah tu, masuk kereta ang nanti maki lah puas2. jangan pi maki depan org ramai. kang ang jugak yang malu. Tak pasal-pasal org cop ang tak berbudi bahasa!.

Yang jadi pekerja, buat kerja dgn ikhlas. Layan customer dgn baik dan mesra. Banyakkan senyum ketika bekerja. InsyaAllah semua akan elok. Tak maw gado-gado. OK?


p/s:
Berbudi bahasa amalan mulia.


Manchester United (2) vs Liverpool (1)
(Luiz Suarez, awat ang takmaw salam dgn Evra?) hak hak hak



3 comments:

Anonymous said...

aku sokong ang!

Anonymous said...

sokong jugak!!!

Anonymous said...

betul3... kalau pelanggan dan pekerja ada mentaliti mcm org jepun, mesti tak jadi mcm dkt video tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...