Friday, December 30, 2011

10 Kata Kunci Paling Banyak dicari di Internet 2011

sekejap je dah nak masuk 2012. Terasa cepat sangat waktu sekarang ni. Dulu kecik2, rasa cuti sekolah punyalah lama, siap boleh berkubang kat parit, main dekat rumah org sampai tak ingat nak balik rumah, naik basikal pusing-pusing kampOng, beli jajan hari-hari. kalau nak kira memang banyak rr benda boleh buat waktu cuti. tapi skrg, cuti rasa cam sekejap gila.
 
Bila tengok kalendar alih2 dah dekat sebulan lebih cuti sem!. 3.1.2012 dah kena balik IPG balik. Adehh, nak kena ngadap kuliah tu yg malas tu. tapi apa boleh buat, dah memang kerja student tu belajar, nak tak nak kena gak belajar.

sori lah bulan 12 xda entri lagi setakat ni. bukan apa, guwa ni duduk kampung, line slow. kalau fight dengan kura-kura pun guwa rasa kura-kura boleh menang! keh keh keh.

Ok lah, hujung2 tahun ni, ramai yang post entri tentang azam baru lah, matlamat baru lah, nak tinggalkan perangai buruk 2011 lah, nak mulakan hidup baru lah 2012 bla..bla..bla..

biasalah, hujung-hujung tahun memang cmni. siap ada yang buat list lagi, gam cantik2 kat kertas pastu tampal kat dinding. tak pon letak dalam diari. kunun2 nak wat rujukan lah, tapi sampai ke hujung tahun, tak pon dibuatnya. hahaha

sape penah buat? bek ampa ngaku. tak yah nak kelentong mende2 macam ni dengan guwa. masak sangat dah.

tapi guwa nak share something different dgn ampa suma. macam tajuk kat atas tu, 10 kata kunci paling banyak org search kat tenet. cuba ampa teka, sapa duduk ranking no.1? guwa rasa msti kompeni Mark Zuckenberg tu. Apa taknya, anak buah guwa umuq 5 tahun pun dah ada Facebook! tak caya jom tengok bawah


p/s
bila agaknya keyword "Taufiq Jamal" nak masuk dalam senarai depa agaknya. Guwa teringin nak nak famous cam dowang. hak hak.

I wish the next 2012 will guide us to be a better person, more successful, and keep healthy.


Wednesday, November 30, 2011

Thank You (Love Story)



p/s: 
they say past is past. We need to move on to see the future. But how we can move on when our past is the only thing we never wanted in the future.


Taufiq Jamal 2011.

Tuesday, November 29, 2011

10 Bandaraya Paling Bersih Di Dunia 2011.

1. Calcary (Canada)

2. Honolulu (Hawaii USA)

 3. Ottawa (Canada)

 4. Helsinki (Finland)

 5. Wellington (New Zealand)

 6. Minneapolis (USA)

 7. Singapore City (Singapura)

 8. Copenhagen (Denmark)

 9. Kobe (Japan)

 10. Oslo (Norway)

p/s: bila agaknya KUALA LUMPUR (KL) nak masuk dalam senarai TOP 10 ya?? Mungkin mentaliti penduduknya yang masih rendah..Opsss!!. Selaku warga yang prihatin: Belajarlah buang sampah dengan betul, asingkan yang boleh dikitar semula, JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA, dan gunakan kenderaan awam untuk mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida ke atmosfera bandar!

Sunday, October 30, 2011

MUET Tidak Diwajibkan di IPG

Assalamualaikum semua. Mula-mula ingat nak post entry tentang CUTI-CUTI lagi kali ini, tapi masa jenguk-jenguk laman web minggu ini, tiba-tiba terjumpa satu maklumat penting yang perlu untuk saya kongsikan dengan rakan-rakan di IPG. Seperti Tajuk Entri yang saya tulis: MUET Tidak Diwajibkan di IPG.


Nota: Untuk muat turun Surat Siaran Senat Muet ini, anda boleh "attach link" yang saya sediakan di bawah ini:





Mood: SERONOK..SERONOK..SERONOK
huhu:p

Friday, October 21, 2011

Cuti-cuti: Taman Rimba Ampang

21 Oktober 2011. hari yang mendamaikan. lepas habis je UAK kite orang plan nak gi lepak-lepak. syaratnya nak yg dekat2 jerk.  Mula-mula tak tau nak gi mana, almaklumlah, kami nie bukan owg KL pn..ehehehe..:P.  ada dr Kedah la, Johor lah, NogOri Sembilan pn ad. So, tanye lah member2 lain. Dowang dok suggest gi tempat nie. Sebuah tempat yang cantik di tengah-tengah KL. Masih elok lagi ekosistemnya.

So, here are the pictures! 
we started our journey at 8.00 a.m (sarapan roti canai kahwin kat pantai dalam. Superb!!)
(then, kami pun bertolak lah nak gi tempat nie: Taman Rimba Ampang)
tapi....
dalam perjalanan, something happen..huhu
nak tahu? 
tengok kat bawah nie:
 
(tayar motor Firdaus@bobby pancit tengah jalan..
tu yang  bertapa kat tengah jalan jap tu..
dah siap pakcik tu ganti tiup, kami pong pergi lah ke Ampang.
Hey2.. Taman Rimba Ampang! nice =)
 
(kami sampai sana dalam pukul 11.30 pagi. Sampai2 jerk, terOs salin baju, mandi!!! ehehehe:P
sejUk bak ang air terjun tu. Siyess ketaq..kui3
dalam masa yg sama, gak, kite owg pun idupkan api utk wat BBQ. cool~

ada sosej ayam, ada sosej daging, ayam pun ada. kami dah perap sehari semalam, guna marinate KNORR. lepas nie sapa nak beli marinate yg dah siap kat kedai, 
pi beli jenama Knorr. Sedap glerr!! =)
ada gak:
~sandwish
~air karbonat
~roti
seriOusly, its such a great moment. friendship is about you and your relationship with your friends. Sometimes, we need to talk, walk, and smile together. that all. 
bukannya cuba push org atau desak org untuk buat apa yang kita suka, sebab bukan semua yang kita minat, orang lain minat. jangan paksa mereka.
keep it.

just remember, we all want to be different which make us all the same =)

~tOpEK
~Im
~Acad
~BobbY
~Md AnIp
~aIman
(All bOyZ PISMP pengajian Sosial IPG Kampus Bahasa Melayu, KL)
sekian.....=)


Saturday, October 15, 2011

Jamuan Perdana Ke-53: IPG Kampus Bahasa Melayu 2011.

Jamuan Makan Malam Perdana, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur 2011. Majlis ini merupakan majlis tradisi yang diadakan setiap tahun bagi Institut Bahasa untuk meraikan pelajar semester 8 dan merapatkan hubungan seluruh warga institut. Majlis ini telah diuruskan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012. Sebuah Majlis yang meriah, teratur, dan baik. Tahniah semua.

Nama Program: Jamuan Makan Malam Perdana, IPG Kampus Bahasa Melayu 2011
Tempat            : Dewan Sivik (Banquet) Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Tarikh              : 05.10.2011.
Tema               : Seindah Warna, Seharum Kenangan.

 

HARAPAN: semoga jamuan perdana tahun hadapan akan dapat dianjurkan lebih baik dari tahun ini, dan semoga jamuan seperti ini akan dapat menajadi tempat bersatunya hati-hati yang minta untuk bersatu..hee~ :)
SAYA BANGGA MENJADI WARGA IB! 



Monday, September 19, 2011

SENJA TELAH TIBA. (Sebuah karya ikhlas dari hati.)



“Aku pelangi namun tidak mewarnai indahnya matmu... aku mentari namun tiada memberi kehangatan padamu... Aku sang bulan namun tiada cahaya menyuluh gelapnya malam... Aku bintang padamu namun tiada kelihatan sinar pada kilauan.”

Jauh itu aku dan kamu... sepi itu jarak antara aku dan kamu... sunyi itu pada aku dan kamu... aku dan kamu ada rasa yang semakin jauh... kamu dan aku bukan lagi kita yang dulu.. aku dan kamu kini satu kisah yang telah mati.

Seperti musim yang terus meruntuhkan hujan tanpa bosan.
Cinta yang ternoda selalu ada mengirimkan airmata
Kesetiaan tergolong ngeri kerana awan memenuhi hari
Lautan sungi si pencinta memutus mimpi, camar sendiri.

Seperti musim yang terus menangis dengan wajah yang sepi
Harapan bersama telah hanyut terbawa arus mungkin pupus
Hendak mencapai, namun tangan masih tidak tercapai
Lautan sepi, batu-batu menjadi mati mengingkar janji, sunyi.

Dengar akan aku.... dengar akan sesuatu.. dengar alunan yang memberi satu rasa. Kerana aku telah penat... Kerana aku jua ada lelah... Kerana aku telah nekad.. Pada satu kisah maya.. Semakin lama semakin menjauh.

Seperti musim yang terus melahirkan kelabu tanpa ragu
Hati yang resah membuat kita saling terpaku.
Arah haluan terasa suram sama gelapnya berlayar malam.
Penanda arus terlanjur padam lantaran hati remuk-redam.

Berharap siang awan gelap tak bosan menghadang, nasib malang
Mencuri perawan sama saja mendulang awan, bayang-bayang
Janji-janji menjadi basi menanti mati sebentar lagi, bisa pari
Aku melangkah ke titik paling sepi hari ini....

Suara aku sayup-sayup kedenagaran... alunan menikam terus jauh ke dalam lubuk hati... Menjadi sandaran pada jiwa... Menjadi satu pegangan yang selalu jatuh... Aku diam.. Diaam aku berisi... Aku pergi, tinggalkan satu budi.


Semoga kita akan sama-sama bahagia di dunia dan akhirat. 
Taufiq Jamal.

Saturday, August 20, 2011

MENCARI LAILA...

Lailatul Qadar


Kata orang lihat pada sebelah paginya – tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam Jumaat 21 Ramadhan yang lalu. Itu malam ganjil, ditambah pula malam Jumaat. Lantas saya ada menerima SMS, ada sahabat-sahabat yang kesal kerana “terlepas” malam Al Qadar.

Satu SMS menyatakan,” ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa. Rasa rugi kalau terlepas!” Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan Al Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya. Lalu saya balas SMS itu dengan kata, “ jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi “hamba” malam Al Qadar yang beribadah hanya pada malam itu sahaja.”

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat. 

Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas “malam tadi” (malam yang dirasakan malam Al Qadar) apakah sudah berubah… terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya… kita telah mendapat malam Al Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya… malam Al Qadar sudah menjadi milik kita!

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam Al Qadar. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1430 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menenemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

Taufiq Jamal
Si Pencari Laila.....tul Qadar =)

Tuesday, July 5, 2011

NAMA KAMU: ERTI DARI PANGKAL HURUF


minggu ini asyik sibuk dengan kerja En.Lokman yang memanjang tu. huhu... ramai yang da merungut skrg nie, katanya dah tak tahan. but 4 me, its still OK, coz i like this kind of process. technology is part of life. Walaupun ada kalanya perkara itu sudah pun kita ketahui, jadikanlah kelas Literasi Bahasa ini untuk "touch up" skill. Kepada yang tak tahu sebelum ini, inilah masanya untuk belajar. Mana ada Program Ijazah yang senang kat dunia nie. Semua ada cabaran tersendiri. Learning is fun. As a teacher, we should be more creative and inovative. minggu ini belajar tentang semua yang berkaitan Huruf. Post nie ada kaitanya sikit dgn 
yang Master ajarkan. hehe... (saja release tension) =)

Nama kamu dimulai dengan huruf A
Kamu tidak terlalu romantis, tapi kamu tertarik dalam bertindak. Ertinya kamu adalah golongan bisnes. Bagi kamu, apa yang kamu lihat adalah apa yang kamu dapat. Kamu tidak memiliki kesabaran untuk mengkritik dan tidak dapat diganggu dengan orang yang mencuba terlihat lemah, manis dan menggoda. Kamu adalah orang yang berani 
cenderung menjadi ego dan emosional. Kepentingan diri lebih penting dari yang lain. Perasaan mereka nomor dua. Pilihan kamu tidak terlalu bagus dan sering membawa kamu ke dalam masalah. 

Nama kamu dimulai dengan huruf B

Kamu menyerah dalam berbagai hal sensual. Kamu menikmati suasana romantis dan menghanyutkan. Kamu sangat senang menerima hadiah sebagai ekspresi dari pasangan kamu. Kamu ingin dimanjakan dan kamu tahu bagaimana memanjakan pasangan kamu. 
Kamu memendam perasaan, terutama dalam hal percintaan. Kamu akan menunda semua perasaan sehingga sampai satu saat yang dirasakan sesuai dengan kriteria kamu. Kamu dapat mengawal nafsu makan dan perasaan. Kamu menggemari cabaran dan pengalaman. Kamu sangat suka mencuba sesuatu yang baharu

Nama kamu dimulai dengan huruf C

Kamu adalah individu yang suka bersosial, dan sangat penting untuk kamu memiliki hubungan. Kamu sukakan persamaan dari pasangan kamu. Sangat mudah digoda, dan tertarik dengan benda yang cantik dan menyejukkan mata. Kamu melihat pasangan kamu sebagai teman dan sahabat. Kamu sangat sensitif, dan gemarkan pasangan yang menghargai dan memuji kamu.

Nama kamu dimulai dengan huruf D 

kamu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Kamu tidak mudah menyerah dalam perjalanan. Kamu sangat perhatian dan menjaga rakan. Jika seseorang memiliki masalah, kamu sangat ingin membantu. Kamu sangat berhasrat, setia dan serius dalam keterlibatan, dan terkadang obeses dalam sesuatu perkara. Kamu juga agak sensitive dan cemburu. Kamu mempunyai bakat dan humor yang baik. Ketika orang melihat mata kamu dalam-dalam, mereka tidak dapat menolak apa yang mereka lihat. Kamu dirangsang oleh sesuatu yang diluar biasa dan eksentrik, memiliki sikap terbuka dan bebas. Kamu cenderung menjadi pencemburu terhadap orang lain dan mudah marah. 

Nama kamu dimulai dengan huruf E

Kebolehan terbesar kamu adalah berbicara. Jika pasangan kamu bukan pendengar yang baik, kamu akan mengalami masalah dalam hubungan tersebut. Kamu menginginkan teman untuk cinta dan persahabatan. Kamu membenci pergaduhan dan gangguan, tapi terkadang kamu menyukai argumen yang baik. Kamu suka menuntut,jika diri kamu ditentang. Namun begitu kamu memberikan cintamu, kamu tidak diragukan lagi kesetiaannya.

Nama kamu dimulai dengan huruf F

Kamu idealistik dan romantis. Kamu mencari pasangan terbaik untuk masa depan. Kamu sangat setia, memiliki sensual dan bercita-cita tinggi. Kamu gemar pada kecantikan. Kamu dilahirkan untuk menjadi romantis. Sering juga mencipta suasana yang romantis. Kamu dapat menjadi pencinta yang baik

Nama kamu dimulai dengan huruf G

Kamu pekerja yang baik, mencari kesempurnaan dalam diri kamu dan pasangan. Kamu cenderung kepada pasangan yang memiliki intelektual sama atau lebih baik, dan mereka yang dapat meningkatkan status kamu. Kamu boleh menjadi sangat aktif, seakan tidak pernah lelah. Tugas dan kewajiban kamu mengambil alih dari segala hal. Kamu dapat mengalami kesulitan memiliki kedekatan terhadap seseorang. 

Nama kamu dimulai dengan huruf H,

Kamu mencari pasangan yang mampu meningkatkan ghairah dalam hidup, kesenangan dan semua yang kamu cari. Kamu akan menjadi sangat romantis terhadap pasangan apabila kamu mendapatkan komitmen. Sebelum membuat komitmen, kamu cenderung lebih hati-hati terhadap semua gerakan. Kamu juga kuat dalam kepercayaan sendiri.Orang selalu dapat percaya kapada kamu untuk bertahan dalam krisis. Kamu adalah pemimpi dalam hidup ini. 

Nama kamu dimulai dengan huruf I

Kamu memiliki keinginan yang besar untuk dicintai dan dihargai. Kamu mencari kekasih yang tahu apa yang mereka lakukan. Kamu sangat berkeinginan dan mencuba sesuatu yang baharu. Kamu mudah bosan dan inginkan perubahan. Komitmen yang kamu inginkan mungkin jarang dipenuhi. 

Nama kamu dimulai dengan huruf J,

Kamu dipenuhi dengan kekuatan fizikal. Jika digunakan untuk kebaikan tidak ada yang dapat menghalang kamu. Kamu dapat mencipta suasana yang romantis. Kamu juga dapat membawa hubungan jarak jauh dengan mudah. Idealistik dan perlu percaya dalam cinta. 

Nama kamu dimulai dengan huruf K

Kamu penuh dengan rahsia dan pemalu. Kamu sexy dan berhasrat, hanya dalam hubungan intim saja perkara ini akan muncul. Kamu serius dalam percintaan. Kamu memiliki kesabaran untuk menunggu orang yang tepat untuk muncul. Kamu suka memberi dan murah hati dan terkadang kurang memperhatikan diri sendiri. Secara keseluruhannya, kamu orang yang baik dan manis, yang menarik banyak orang. Kamu adalah teman yang baik.

Nama kamu dimulai dengan huruf L

Kamu dapat menjadi sangat romantis, memiliki pasangan adalah segalanya bagimu. Kamu bebas dalam mengekspresikan cinta dan berani mengambil kesempatan untuk mencuba pengalaman baru. Kamu terlalu percaya kepada pasangan hinggakan sering kali ditipu. 

Nama kamu dimulai dengan huruf M

Kamu sangat emosional dan mudah marah. Seorang yang ego, dan tiada yang dapat menghentikan kamu. Kamu mengharapkan orang yang sama sama berhasrat dan tekun. Kamu sering mengatur pasangan dan suka berimaginasi

Nama kamu dimulai dengan huruf N

Kamu mungkin terlihat tidak berdosa, tidak terduga dan pemalu, tapi kita tahu bahwa penampilan dapat menipu. Ketika berbicara mengenai cinta, kamu bukanlah pemula. Kamu dapat menjadi kritis terhadap pasangan, mencari kesempurnaan dalam hubungan kamu berdua. Sangat tidak mudah mencari seseorang yang dapat memenuhi hasrat kamu. Kamu memiliki kesulitan untuk menunjukkan emosi. Selalu menganggap hanya diri kamu sahaja yang betul. Menang adalah hasrat utama kamu. Kamu seorang yang tidak mudah melupakan kawan, dan perasaan sayang dengan keluarga yang begitu tebal.

Nama kamu dimulai dengan huruf O

Kamu sangat tertarik dalam aktiviti yang menarik, namun kamu juga seorang yang pemalu terhadap keinginan kamu. Kamu dapat mengubah banyak perkara untuk menghasilkan ruang. Kamu sangat berhasrat, pencinta yang baik, dan mengharapkan kualiti yang sama dari pasangan. Cinta adalah masalah serius untuk kamu dan kamu mengharapkan keseriusan. Terkadang hasrat kamu dapat berubah menjadi suatu hal positif, sesuatu yang harus selalu kamu perhatikan. 

Nama kamu dimulai dengan huruf P

Kamu sangat sadar terhadap masalah sosial. Kamu tidak akan melakukan perkara-perkara yang akan menjatuhkan reputasi kamu.  Penampilan kamu sering diperhatikan. Kamu menginginkan pasangan yang berpenampilan baik dan bijak. Anehnya kamu sering melihat pasangan sebagai musuh. Kamu sangat sosial dan sensitif. 

Nama kamu dimulai dengan huruf Q

Tidak mudah untuk pasangan mengikuti kamu. Kamu adalah pecinta yang bersifat dan cenderung untuk tertarik pada orang kerana latar belakang dan penampilan yang menawan. Kamu suka suasana yang romantik, hati, bunga dan percakapan yang selalu menarik untuk dibicarakan.

Nama kamu dimulai dengan huruf R

Kamu adalah individu yang selalu menuntut bukti. Kamu inginkan seseorang yang serasi dengan kamu. Kamu mungkin tidak menunjukan perasaan cinta dengan jujur, namun cinta adalah sesuatu yang penting untuk kamu. 

Nama kamu dimulai dengan huruf S

Bagi diri kamu, kesenangan adalah perkara yang sangat penting. Sangat cekap dalam pekerjaan dan memberi komitmen yang tinggi. Tidak mudah marah, tetapi sensiti, terutamanya tentang diri kamu dan keluarga kamu. Kamu suka memikirkan hal romantis yang diiringi muzik dan lampu yang ringan. 

Nama kamu dimulai dengan huruf T

Kamu sensitif dan menyukai pasangan yang dapat mengambil berat tentang diri kamu. Kamu cenderung untuk berkhayal dan mudah jatuh cinta. Dalam cinta, kamu romantis dan idealistik. Kamu penggoda yang baik dan yang ada dalam kepala kamu adalah bagaimana kamu dapat membuat hubungan seperti di alam kayangan. Kamu menyukai jalan sendiri. Kamu tidak menyukai perubahan dan kamu menyukai bergantung dalam kondisi yang sama. Kamu perlu mendengarkan apa yang orang lain katakan meskipun kamu tidak ingin mendengarnya, nasihat mereka mungkin menyelamatkan cintamu. 

Nama kamu dimulai dengan huruf U

Kamu merupakan individu paling bahagia ketika dalam percintaan. Ketika tidak dalam cinta, kamu melihat orang yang kamu kagumi. Tidak romantik. Kamu suka memberikan hadiah dan terlihat baik.

Nama kamu dimulai dengan huruf V

Kamu sangat individualistik dan menghargai kebebasan, ruang dan kesenangan. Kamu menunggu sampai kamu mengetahui orang dengan baik sebelum kamu memberikan komitmen. Kamu mampu menghadapi situasi dengan tenang baik ketika menghadapi bahaya dan perasaan takut. 

Nama kamu dimulai dengan huruf W

Kamu sangat bangga, gigih dan suka akan pertanyaan. Ego kamu sangat tinggi. Kamu idealistik dan merasakan cinta yang sangat dalam, sehingga cenderung mencurahkan diri kedalam hubungan tersebut. Kamu menyukai permainan cinta. 

Nama kamu dimulai dengan huruf X

Kamu cenderung mudah berasa bosan dan ingin terus digoda. Kamu dapat mengatasi lebih dari satu hubungan dengan mudah. Kamu sangat berbakat dan memiliki masalah untuk menyembunyikan pemikiran kamu. 

Nama kamu dimulai dengan huruf Y

Kamu gemar berdikari. Jika kamu tidak berjaya mencari jawapan terhadap sesuatu masalah, kamu ingin melupakan semua hal. Kamu perlu membuktikan diri kamu yang terbaik. Kamu perlukan feedback. Wang lebih penting bagi kamu.

Nama kamu dimulai dengan huruf Z

Kamu sangat romantis namun terkadang merasakan bahawa untuk mencintai seseorang, kita harus bersedia untuk berkorban dan menderita. Kamu menghargai pasangan dengan baik. Kamu melihat diri kamu sebagai penyelamat cinta. Kamu cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakan kamu. Kamu juga seorang yang pendiam, dan tidak suka diganggu ketika stress.




Taufiq Jamal.
Buat rakan-rakan, jangan tension2 time kelas LB. Chill k... =)

Tuesday, June 21, 2011

TIPS: Menjaga Rahsia.


Pernahkah anda menjadi seorang yang menjaga rahsia orang lain? Ataupun, anda sering dijadikan tempat mengadu?

Weh, aku ada cerita nak” share” dengan kau, tapi kau kena janji, kau jangan cerita pada orang lain. Pernah juga mengalami situasi sebegini?.

Huhu, saya percaya, mesti ramai yang pernah mengalami situasi seperti di atas. Actually, susah nak jadi penjaga rahsia orang lain. Banyak hati kena jaga, banyak juga risiko yang perlu ditanggung. Right??

Manusia sering bersikap ingin tahu tentang sesuatu perkara, tak kiralah perkara tersebut baik ataupun tidak. Kalau ada seseorang yang sedang bercakap di belakang anda, pasti kita akan curi-curi dengar..hehe, perkara ini sering berlaku kalau mak ayah kita sedang bercakap/berbincang. Mesti curi-curi dengar punya.

Kadang-kadang, kalau kita ternampak member-member tengah lepak, mesti kita nak join skali, untuk tahu apa yang mereka sedang bincangkan, kalau tiba-tiba mereka senyap waktu kita datang, pasti kita akan tertanya-tanya, apa yang sebenarnya mereka cakapkan, tentang diri kita ke, atau ada perkara yang mereka taknak kita tahu ke? Hah, time tu, mesti kita akan berusaha dengan gigih (hihi) untuk dapat maklumat tu.
Ok, di bawah ini, saya paparkan 3 jenis situasi yang sering terjadi di sekeliling kita, tidak kiralah apa pun status anda, atau dengan siapa perkara ini terjadi. Boleh dikatakan perkara ini berlaku dalam kehidupan semua orang dan berlaku di mana-mana sekalipun waima di stesen bas.

Situasi 1:
Anda tahu tetang rahsia si A, dan perkara ini sesuatu yang memalukan tentang siri si A, Tetapi,waktu tengah duduk dengan member yang lain, mereka sibuk dok bercakap tentang si A. Apa yang mereka cakapkan itu, tak betul dan sama sekali salah tentang si dia. Waktu itu, adakah anda perlu diamkan diri sahaja, atau mula bercerita kepada mereka tentang perkara yang sebenar?

Jawapan:
Anda jangan sekali-kali mendedahkan rahsia si A, kerana kemungkinan besar rakan-rakan anda akan memandang serong terhadap diri anda. Si A juga akan membenci anda habis-habisan, kerana kelakuan anda. Jadi, apa yang perlu dilakukakan? Begini, anda hanya perlu berpura-pura tidak tahu, atau pun, anda hanya cuba mengeluarkan andaian/ yang samar-samar.


Situasi 2:
Anda tahu perangai sebenar si B. Tetapi, ketika sedang lepak dengan member-member yang lain, mereka memuji-muji si B, bagaikan dia memang seorang manusia yang sangat baik sedangkan dia sebaliknya!. Jadi, apa yang perlu anda perlu lakukan waktu itu? Adakah anda perlu mendedahkan perangai sebenar si B?

JAWAPAN:
NO, Tak Perlu!, sebab kalau anda cakap ketika itu, pastinya rakan-rakan anda yang lain tidak akan percaya dengan apa yang anda cakapkan. Sebaliknya, anda pula yang akan dituduh sebagai penipu atau pembawa cerita!. Akibatnya, anda pula yang akan disisihkan oleh mereka, dan si B akan cuba mempengaruhi mereka bagi menutup perangai sebenarnya. Apa yang perlu anda lakukan adalah, membiarkan mereka mengetahui sendiri tentang B. Wujudkan situasi yang membolehkan mereka melihat sendiri perangai B. Banyak cara yang boleh dilakukan. Gunakanlah kreativiti anda.


Situasi 3:
Seorang rakan anda bernama C sering mengadu/ bercerita tentang dirinya kepada anda. Mungkin dia menganggap anda seorang rakan yang baik/ rapat dengannya. Rakan-rakan anda yang lain mengetahui tentang perkara ini. Suatu hari, C berperangai pelik dan menjadi tidak mesra dengan semua orang, dan ada dalam kalangan mereka yang bertanya kepada anda. “Taufiq, kenapa dengan C? Nak hangin tak tentu pasal dengan semua orang!”. Pernah kan anda berhadapan dengan situasi sebegini? Jadinya, apa yang perlu anda buat? Adakah anda patut memberitahu, sebenarnya C itu ada problem dengan balak dia, pasal tulah dia jadi camtu, ataupun tidak?

JAWAPAN:
Tidak perlu, kerana ini akan merosakkan hubungan anda dengan C. Ini akan menjadikan C bertambah teruk, kerana dia sudah tidak mempunyai tempat untuk meluahkan perasaannya. Apa yang perlu anda lakukan, adalah, gunakan posisi anda sebagai orang yang rapat dengan C untuk menasihatinya dengan cara yang paling sopan, jangan sesekali menggunakan ayat sindiran, atau ejekan. Dan anda just bagi tahu kepada rakan-rakan yang lain, tak ya la korang terasa dengan dia itu. Alah, C je kan. Member-member pun nak kecil hati ke?. Chill la bro =) . Nampak? Sekarang anda bukan sahaja tidak akan menjejaskan hubungan dengan Si C, bahkan anda boleh membantu menyelesaikan masalahnya, dan mungkin dapat merapatkan hubungan C dengan rakan-rakan anda yang lain.

Kesimpulannya, tak mudah untuk menjadi seorang yang menyimpan rahsia orang lain. Seperti yang saya tulis di awal rencana ini, banyak hati kena jaga, banyak perkara yang perlu diambil kira. Kadang-kadang kalau tersilap langkah membocorkan rahsia orang, anda akan menanggung akibat buruk. Nasihat saya, kalau ia tidak melibatkan diri anda secara langsung, elakkanlah daripada menjadi penyimpan rahsia orang lain, takut-takut nanti anda akan dicop sebagai penyibuk atau dengan bahasa yang lebih tersusun, “Suka Jaga Tepi kain orang lain”. Namun, kalau kita sudah pun menjadi penyimpan rahsia, jadilah seorang penyimpan rahsia yang amanah, kerana dalam Islam sekalipun, menjaga aib orang lain itu adalah wajib. 

Ditulis oleh:
Taufiq Jamal

Thursday, May 5, 2011

SK Seri Menanti Muar: Kini 100 tahun.

Nama Seri Menanti bukanlah satu nama yang asing dalam lipatan sejarah Negeri Johor. Kampung ini dibuka pada tahun 1912 oleh dua orang penghulu iaitu Penghulu Salleh dan Penghulu Johar. Ia merupakan sebuah kawasan yang terletak di bahagian tengah daerah Muar. Kawasan ini juga pernah menjadi laluan kereta api Muar dari Jalan Maharani ke Sungai Pulai sepanjang 22.5 KM. Di sini juga lahir ramai pemimpin masyarakat antaranya Dato Razali Ibrahim. Kini menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Tim.Menteri Belia Dan Sukan. Terdapat juga beberapa wakil rakyat lain yang berasal dari kampung ini.

Sek.Keb.Seri Menanti Muar merupakan sebuah sekolah yang telah di buka pada tahun 1911. Lokasi sekolah ini terletak di kawasan tanah awam yang berlainan tetapi berhampiran. (Hanya dibezakan dengan sebuah rumah). Pada mulanya, sekolah ini hanya mempunyai empat buah bangunan.

Bangunan : JKR 583

Sekolah ini mula mendapat bangunan tetap pada 1926. Ia dinamakan dengan nama "Sekolah Melayu Seri Menanti Muar". Pada tahun 1957, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Umum Seri Menanti Muar. Pada tahun 1959, nama sekolah ini sekali lagi telah ditukar menjadi "Sekolah Lelaki Seri Menanti Muar."
Bangunan B: JKR 834
Bangunan ini didirikan sebagai bangunan tambahan Sekolah Lelaki Seri Menanti Muar pada tahun 1948. Ia digunakan sehingga tahun 1984 apabila ia mula digunakan sebagai bangunan Sekolah Agama Seri Menanti. (Sekolah Agama Negeri Johor). Pada Tahun 1989 tapak sekolah ini yang merangkumi bangunan A dan B telah diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Johor untuk dijadikan sekolah agama. Pada tahun yang sama juga, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina bagi menggantikan bangunan yang sedia ada untuk keselesaan pelajar Sekolah Agama Seri Menanti.

Bangunan C: JKR 1381
Bangunan ini telah dibina pada tahun 1953 apabila pentadbiran sekolah ini dipecahkan kepada dua iaitu Sekolah Lelaki Seri Menanti dan Sekolah Perempuan Seri Menanti. Bangunan ini diperuntukkan untuk kegunaan Sekolah Perempuan Seri Menanti Muar. Guru Besarnya yang pertama ialah Puan Asiah Binti Nordin. Pada tahun 1963, pentadbirannya telah dicantumkan semula dengan Sekolah Lelaki Seri Menanti untuk membentuk Sekolah Kebangsaan Seri Menanti Muar. Pada tahun 1982, bangunan ini telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan dua tingkat.(JKR 2877). Bangunan ini kekal sehingga hari ini. Pada 24 Februari 1984, bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Musa Hitam, selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Bangunan D: JKR 1380.
Bangunan ini telah dibina pada Tahun 1962 sebagai bangunan tambahan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Menanti Muar. Pada 24 Julai 1963, ia telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor ketika itu iaitu, YAB Dato' Hj. Hassan Bin Hj.Yunos.

Mulai tahun 2002, SK Seri Menanti telah mendapat peruntukkan untuk membina sebuah bangunan 4 tingkat bagi menggantikan bangunan D. Kini sekolah ini mempunyai 3 buah blok bangunan yang terdiri daripada sebuah bangunan 2 tingkat, sebuah bangunan 4 tingkat dan sebuah kantin. Mulai tahun 2001, sekolah ini telah dinaikkan ke Gred A. 

Pada awal tahun 2010, sekolah ini sekali lagi telah diperuntukkan sebuah bangunan 4 tingkat. Ini menjadikannya kini memiliki 2 buah bangunan 4 tingkat, sebuah bangunan 2 tingkat dan sebuah blok kantin.
 


Nota: 
Buat cikgu-cikgu, terima kasih kerana telah mengajar kami semua. Teruskanlah kegemilangan dan kecemerlangan dalam mendidik anak bangsa dan tingkatkanlah prestasi sekolah ini dari semasa ke semasa. Kepada para pelajar, ingatlah ILMU SULUH HIDUP. Belajarlah setinggi awan agar mampu menggapai bintang dan menakluki sang bulan.
SKSM BOLEH!

oleh:
TAUFIQ JAMAL
Bekas pelajar sekolah ini (1997-2003).

Friday, April 22, 2011

Hari Bumi Sedunia.

SAJAK: KEINDAHAN YANG HILANG.


I
Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.

Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.

Malam hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.

II
Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.

Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

III
Bulan kini bukan menara kasih jernih
bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.


Ditulis kembali oleh:
TAUFIQ JAMAL.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...