Wednesday, February 29, 2012

Kebebasan Untuk Memilih.

Tak tahu nak start apa. Tapi nak gegehkan diri jugak hapdate hari ni. Lah, takkan lupa, tahun ni kan tahun lompat. Bukan senang nak jumpa tarikh macam hari ni. 4 tahun sekali baru jumpa balik boh!

Oh, sebelum terlupa, Happy Bufday kepada mereka-mereka yang sambut bufday hari ni. Semoga panjang umur dan dimurahkan lagi rezeki. Mesti sambut grand2 kan. Tak macam guwa, bufday pon boleh itung bape kali je sambot.


tacing~


Incik Taufiq minggu ini masih sibuk dengan hal dunianya. Tak tahu nak explain lagu mana kat ampa. Pagi jejak ke malam semua ada ja benda nak kena buat. Ok, sebenaqnya nak tanya kat ampa semua ni. Ampa semua tengah buat apa? cihat?. Yang tengah baca entri ni dah makan ke belum? Kalau belum, pi lah makan dulu. Kang perut tuh masuk angin pulak. huhu


 Macam kimak je ayat guwa kali ni!


Tak memasal skema. hak hak hak.


************************************

Oleh kerana hari ini hari yang tak selalu datang dalam hidup kita, guwa nak buat enrti yang special jugak lah. Lets talk about our special things yang kita impikan dalam hidup kita. Nak?

Dalam hidup kita, mesti banyak benda yang kita impikan. Yang elok-elok. Yang baik-baik. Dari benda yang sekecik-kecik kuman pon, kalau boleh kita nak yang paling baik. Dah namakan pun manusia cik kiah oi, mestilah kita nak yang elok. Takkan lah ampa nak pi amek benda yang tak elok untuk diri kita sendiri. Betoi dak?


Kalau rumah, mesti kita nak rumah yang besaq-besaq. Kalau guwa, kena siap ada swimming pool. Perabot wajib import. tak nak pakai perabot jati ni sume. :p

Kalau kereta... hmmm, kalau boleh nak pakai BMW lah! X6..

Tak pon  Mercedes ke, Ferrari ke. paling cikai2 pon Porsche ke. Tak de nyer nak pakai kereta proton , perodua semua tu. bak kata org2 kaya, no local car in my house!


gurau kasaq namanya ni.. hee~


Kadang-kadang kita akan jumpa orang-orang yang tak sebulu dgn kita. Yang lain cara dengan kita. Kita cakap A, dia buat B. Kita mintak itu, dia beli ini. Perkara ni terjadi dekat rumah, bila puan siti meminta incik Jamal membeli sos cili yang habis dekat rumah.


"Abang, tolong belikan Sos Cili, dah habis dekat dapur tu"


"ok" Jawab incik ayah ringkas.


Setengah jam kemudian, incik ayah pun balik sambil membawa sebotol sos tomato.


"Kenapa tomato?"


"Abang sebenaqnya teringin nak rasa sos tomato pulak. Awak asyik masak guna cili je, hari ni masak lah ayam masak tomato pulak. bole kan sayang?"


Puan siti aka mak guwa hanya mampu senyum bila tengok incik ayah buat muka sweet nyer!

=)

Kita jadikan kebebasan untuk memilih satu perkara yang unik. Jangan jadikan perbezaan sbg syarat untuk menwujudkan permusuhan dan pergaduhan. ok?

Sama jugak konsepnyer kalau nak pilih awek untuk buat bini!

Mesti kita sebagai lelaki cuba untuk carik awek2 yang lengkap dr atas sampai bawah. Kalau tanya guwa, compem-compem guwa request yang comel-comel, cute, cutting badan slim. Senyum pun manis je. Bukan apa, sejuk ati kalau balik kerja bila tengok muka isteri kita berseri-seri. Kalau tengah gersang, boleh layan sekejap.

 keh keh keh.


Inilah yang dinamakan kebebasan untuk memilih.


Dalam hidup kita, kita telah diberi hak untuk memilih benda yang perlu untuk diri kita sendiri. tak kisah lah benda tu baik atau sebaliknya. Pucuk pangkalnya, kita telah diberi peluang untuk memilih. Namun persoalannya, sejauh mana kita gunakan kebebasan yang telah diberikan kepada kita tu dengan betul? Berapa banyak nikmat yang telah Allah beri pada kita yang telah kita sia-siakan? Tanya diri.

Ada gaya ustaz tak? kuikuikui

Bukan apa, sebenaqnya sebelum guwa tulis post ni, guwa dok lepak-lepak dengan member2. Dok sembang-sembang. dari isu baju sukan yang menyakitkan hati hinggalah cerita tentang seorang kawan. Cerita insan yang terkhilaf dalam memilih haluan hidup. Yang tersalah pilih jalan untuk masa depan. Tersentuh, tapi inilah yang dinamakan dunia. Hidup di kota besar seperti Tokyo Kuala Lumpur tak semudah yang dijangka, tak sesenang yang difikirkan. Guwa harap, dia berubah!


I'm not the right person to talk about this, but as a Muslim it is still my responsibility.


Lepas baca, cuba dengar lagu  Rapuh nyanyian Opick. Lepas tu, spend a few minutes to revised everything that we have done in our life.



p/s:
Tahniah buat Tuan Pengarah, Para Pelakon, dan seluruh Kru Produksi Lantai Putih yang telah menjayakan pementasan TEATER BABAK TERAKHIR. Nice performances from you guys.


Tadi, guwa TER-ponteng kuliah Anatomi Fisiologi. ehehehe (tertido dgn bantal peluk baru!) Maaf ye Ketua Kelas Ayahanda Ammar Imran.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...