Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Entri blog kali ini guwa buat special untuk hari bapa.
First of all,
selamat menyambut hari bapa untuk semua ayah/abah/daddy/bapak/walid di luar
sana, especially untuk bapa saya Encik Jamal bin Suip yang tengah duk manja-manja
agaknya dengan puan siti dekat rumah tu. Hee
Dah lama tak
menulis, rasa macam janggal pulak. Haha. Padahal internet yang slow bebenOh
dekat kampung tuh, yang tak membolehkan guwa update! :p
To the YB
P146 Muar, please do something better to widening the internet connection,
especially untuk kampung YB sendiri. Kampung Wifi Programme maybe is the right
solution. As a voters we need the accomodations. Hangin jugak kadang-kadang,
sebab dekat kampung guwa bukan area kawasan 3G!. GPRS saja tahu! Ehehe... (kalau
member-member guwa baca ni, habis kena kutuk seminggu!) tapi jangan risau
dowang bukan baca pun blog ni. Wakakaka.
Hari ini hari
bapa. Hari ini juga hari Isra dan Mikraj. Nice combo for today. Both are
important right? Sebagai orang Islam, kita perlu mengetahui kepentingan
peristiwa Isra dan Mikraj. Solat diturunkan dan diwajibkan untuk ditunaikan.
Jadi jangan tinggal lagi solat kita tu ok. (based on my experience!) haha. Be a
better person everyday.
**************************************
Oklah, entri
kali ni nak cerita tentang kisah tentang hari bapa. Cerita yang nak disampaikan ni bukan cerita tipu-tipu. Tapi kisah benar yang biasa terjadi pada
diri kita sebagai anak. Saya tahu saya bukan individu yang baik! Sungguh saya
tak tipu! Banyak buat silap, banyak buat salah, banyak sakitkan hati. Itulah
saya. Ramai jugak yang kata saya berlagak! Tapi guwa tak marah, sebab takda
sebab nak marahkan orang lain. Maybe they are right.
If you need to know who
you are, you cannot simply using a mirror as your jugde!
Mana cerita
hari bapanya ni cik kiah oiii?
Haha...
ok,ok.. ni ceritanya.
***************************************
(kenangan dengan arwah atuk dan nenek)
Saya yang pakai songkok tu! (haha, tetiba mention)
handsome kan! hee
Sebagai
seorang anak, orang yang paling kita sayang tentunya ibu bapa kita kan? Tapi
biasanya ibu bapa kita lah orang yang selalu kita abaikan. Tapi bukan semua,
dan guwa masih yakin, walaupun anak-anak pernah marah, tengking atau tak puas
hati dengan mak/ayah, kita tetap sayang mak ayah. Kalau raya, mesti tergerak
hati nak beli baju dekat ayah dgn mak. Bila kita makan sedap-sedap, tiba-tiba
terfikir, agak-agak mak ayah aku makan apa je sekarang ni. Hmmm :(
Biasanya kita
akan selalu ingat hari Ibu berbanding hari bapa. Sebab orang kata, ibu lebih
dekat dengan diri kita. Ok, kalau macam tu, sempena hari bapa ni, kita sebagai
anak carik pengalaman yang paling tak boleh dilupakan antara kita dan bapa kita. Kalau nak
diikutkan memang banyak gila pengalaman dengan abah. Dari pengalaman kena
bantai dengan tali pinggang, kena tibai guna hanger, abah belikan basikal lagi.
Tapi ada 1
pengalaman yang guwa tak akan lupa sampai bila-bila. Pengalaman hantar dan ambil guwa dari sekolah masa kecik-kecik dulu. Masa Prasekolah
sampai darjah 2 kot.
Satu hari tu
hari sukan sekolah dan guwa terlibat dengan permainan sukaneka. Yela, waktu tu
masa prasekolah lagi kan, jadinya sukaneka lah satu-satunya acara yang
dibolehkan masuk!
Tapi, pagi tu anakanda tercinta abah ni bangun lewat. Mandi lewat, sarapan lagi lah lewat. Ibu dah membebel
tak berhenti-henti. Kalau korang nak tahu, waktu kecik-kecik dulu guwa ada 1
tabiat, iaitu suka termenung waktu mandi. ½ jam baru cedok 1 gayong air. Lepas tu
termenung balik.
Lepas dah
siap-siap pakai baju sukan, abah suruh cepat-cepat suruh pakai kasut. Hari tu, dia nak hantar gi sekolah guna basikal je.
Tapi,
tiba-tiba...
Waktu nak
melintas jalan, basikal tu kena langgar dengan sebijik kereta. Guwa tergolek, abah pun tergolek kat tepi jalan. Bunyi langgar tu kira kuat lah jugak,
sampai jiran-jiran ada yang keluar rumah. Abah terus peluk guwa kuat-kuat. Abah menangis.
Abang tak apa-apa?
Maafkan abah
nak, abah tak nampak kereta tu tadi sambil badannya menggigil
Aku hanya diam,
sebab memang terkejut.
Tangan abah berdarah, mungkin sebab tangannya bergesel dengan tar. Dari jauh, nampak ibu berlari mendapatkan kami. Ibu pun
nangis jugak waktu tu. Dia peluk kami kuat-kuat.
Tapi abah tetap hantar aku ke sekolah. Lepas explain dekat Cikgu Suria (Nama cikgu
prasekolah), guwa Cuma boleh duduk tepi je. Sepanjang hari guwa diam je,
tak bercakap sepatah pun. Dari start
acara sukan, sampai majlis penutup ayah guwa duduk sebelah.
dan rumah sukan guwa kalah teruk kena bantai dalam sukaneka tu. Nombor last weh. kalau guwa ada,mesti tak jadi teruk macam tu. wakakaka
Itulah ceritanya.
Untuk abah, abang nak abah tahu, abang bangga ada seorang ayah seperti abah.
Untuk abah, abang nak abah tahu, abang bangga ada seorang ayah seperti abah.
p/s:
ustaz Pahrol bin Joi pernah cakap:
Kita
seringkali mengeluh dengan kerenah ibu dan ayah kita yang sudah tua. Namun,
kita lupa betapa cinta mereka terhadap jasad yang bernama anak itu lebih besar
dari segala-galanya. Ya, mungkin benar kata pepatah, sejarah ialah benda yang
sudah berlalu, dan benda yang sudah berlalu itulah perkara yang sering
membuatkan kita lupa siapa diri kita sebenarnya!
3 comments:
sedih :(
sedihnye.. tringat kat abah kat kampung...
follow you..
dgn ini saya arahkan awak balik kampung cpt! ehehehe
Post a Comment