Monday, June 18, 2012

PRU Ke-13: PAS dan UMNO Bersatu?


Mulakan dengan angan-angan!

Masih belum PRU Ke-13, maknanya masih ada masa, masih ada peluang. Saya bukan agen UMNO, saya bukan ahli PAS. Saya tak ada kepentingan dengan mana-mana parti. Saya cuma bercakap sebagai pengundi muda. Orang muda yang dambakan perpaduan. Orang muda yang ingin bersama-sama pemimpin membentuk persekitaran umat Islam yang lebih kuat dan lebih utuh.

Namun perjuangan untuk menjadikannya realiti bukan semudah yang disangka. Jalannya tak seindah sentuhan mata. Pangkalnya masih jauh, jalannya juga belum tiba

Saya percaya, bukan saya seorang yang memasang impian untuk melihat dua parti tunggak umat Islam ini bersatu, bahkan jutaan umat Islam di Malaysia ini menginginkannya. Ahli kedua-dua parti ini juga 100% Islam!

*********************************

Meh teman cerita, apa pengertian di sebalik lambang.

WARNA HIJAU. 
Kenapa guwa letak warna Hijau dekat bahagian atas berbanding warna kuning yang duduk bahagian bawah? Hijau itu melambangkan agama Islam yang sentiasa berada di atas, dan warna kuning itu adalah lambang Institusi diraja yang menjadi Ketua Negara. Andai Islam tidak berada di atas, sejauh bijak mahupun adil seorang pemimpin, tetapi tidak mengamalkan dan menghayati ajaran Islam, negara akan musnah akhirnya. 


Bulatan warna PUTIH.
bulatan ini melambangkan perpaduan umat Islam yang tidak dipenuhi dengan penyakit hasad dengki, busuk hati dengan kejayaan orang lain serta ikhlas dalam perjuangan memartabatkan ummah. Andai umat Islam bersatu, bulat akan kekal bulat, warna putih tidak akan dikotori dengan titik-titik nista dan akan terus menerangi kehidupan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kerana andai umat Islam kuat di Malaysia, itu bukan ancaman kepada golongan minoriti, sebaliknya umat Islam akan menjaga kepentingan mereka berpandukan lunas-lunas perlembagaan yang sah.


Tulisan Jawi dan Warna Merah.
Walaupun makna tulisan jawi itu maksudnya PEKEMBAR, namun itu bukan makna yang saya maksudkan. Tulisan Jawi itu lebih utama daripada makna tulisan itu. Tulisan jawi perlu segera dimartabatkan semula. Jangan biarkan ia jadi segan silu di bumi sendiri, padahal majoriti rakyat di Malaysia beragama Islam. Jangan biarkan umat Islam sendiri tidak tahu menulis dan mengeja tulisan jawi! Makna merah itu maksudnya berani bertindak demi mempertahankan hak Umat Islam di Malaysia dan di dunia. Ingat, Hak tidak sekali-kali mampu bercampur dengan batil!


Warna Kuning.
Warna kuning membawa perlambangan kepada Institusi diraja di negara kita. Institusi diraja merupakan tunjang kepada perlembagaan yang perlu sentiasa dipelihara dalam konteks kenegaraan.Namun, seperti yang saya tulis di atas, kuning tetap dan masih berada di bawah warna Hijau, kerana dalam menentukan pemimpin, pemimpin yang memelihara kepentingan ummah dan menjaga hak-hak umat Islam di Malaysia perlu diutamakan. Andai pemimpin atasan seperti Raja dan Sultan tidak mahu patuh dengan ajaran Islam dan tidak lagi mendaulatkan Agama Islam, pemimpin yang mengangkat Agama Islam dan beragama Islam ddengan ikhlas dan tidak mempunyai agenda peribadi perlu diberikan keutamaan untuk menjalankan pentadbiran dan pemerintahan negara.


p/s:
bersatulah untuk kepentingan ummah. Mungkin parut sejarah yang pahit ketika cuba bersatu suatu ketika dahulu masih ada dan sukar untuk diterima, namun tidakkah kita terfikir, itulah proses membentuk keserasian. Dalam proses pembelajaran ada pahit, ada yang manis. Masin dan masam juga bertukar ganti. Kepada pihak yang lagi satu, jangan kerana anda sudah lemah, anda mempergunakan pihak lain untuk menjadi kuat kembali! Perpaduan untuk anda berdua bukan kerana agenda peribadi mahupun kepentingan parti, namun fikirkan masa depan ummah. Sudah diingatkan berulang kali, jangan bongkak dalam menguruskan harta negara, jangan taksub dengan kuasa dunia.

Ingat, jika masih ada hasad dan kepentingan peribadi untuk bersatu, perpaduan tidak akan dapat menjadi kenyataan. Musuh mahu kita berdua lemah, mahu kita berdua kalah, mereka mahukan orang lain yang mengetuai kuasa, bukan anda berdua.

Sebatang lidi akan patah jika dilentur, namun sukar dipatahkan jika ia diikat dengan ratusan lidi yang lain. Kita tidak lupa dengan pepatah ini bukan? Moga-moga angan-angan menjadi kenyataan!

Salam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...