Sunday, June 17, 2012

Entri untuk Abah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri blog kali ini guwa buat special untuk hari bapa.
First of all, selamat menyambut hari bapa untuk semua ayah/abah/daddy/bapak/walid di luar sana, especially untuk bapa saya Encik Jamal bin Suip yang tengah duk manja-manja agaknya dengan puan siti dekat rumah tu. Hee

Dah lama tak menulis, rasa macam janggal pulak. Haha. Padahal internet yang slow bebenOh dekat kampung tuh, yang tak membolehkan guwa update! :p

To the YB P146 Muar, please do something better to widening the internet connection, especially untuk kampung YB sendiri. Kampung Wifi Programme maybe is the right solution. As a voters we need the accomodations. Hangin jugak kadang-kadang, sebab dekat kampung guwa bukan area kawasan 3G!. GPRS saja tahu! Ehehe... (kalau member-member guwa baca ni, habis kena kutuk seminggu!) tapi jangan risau dowang bukan baca pun blog ni. Wakakaka.

Hari ini hari bapa. Hari ini juga hari Isra dan Mikraj. Nice combo for today. Both are important right? Sebagai orang Islam, kita perlu mengetahui kepentingan peristiwa Isra dan Mikraj. Solat diturunkan dan diwajibkan untuk ditunaikan. Jadi jangan tinggal lagi solat kita tu ok. (based on my experience!) haha. Be a better person everyday.


**************************************


Oklah, entri kali ni  nak cerita tentang kisah tentang hari bapa. Cerita yang nak disampaikan ni bukan cerita tipu-tipu. Tapi kisah benar yang biasa terjadi pada diri kita sebagai anak. Saya tahu saya bukan individu yang baik! Sungguh saya tak tipu! Banyak buat silap, banyak buat salah, banyak sakitkan hati. Itulah saya. Ramai jugak yang kata saya berlagak! Tapi guwa tak marah, sebab takda sebab nak marahkan orang lain. Maybe they are right.

If you need to know who you are, you cannot simply using a mirror as your jugde!

Mana cerita hari bapanya ni cik kiah oiii?

Haha... ok,ok.. ni ceritanya.

***************************************


(kenangan dengan arwah atuk dan nenek)
Saya yang pakai songkok tu! (haha, tetiba mention)
handsome kan! hee

Sebagai seorang anak, orang yang paling kita sayang tentunya ibu bapa kita kan? Tapi biasanya ibu bapa kita lah orang yang selalu kita abaikan. Tapi bukan semua, dan guwa masih yakin, walaupun anak-anak pernah marah, tengking atau tak puas hati dengan mak/ayah, kita tetap sayang mak ayah. Kalau raya, mesti tergerak hati nak beli baju dekat ayah dgn mak. Bila kita makan sedap-sedap, tiba-tiba terfikir, agak-agak mak ayah aku makan apa je sekarang ni. Hmmm :(

Biasanya kita akan selalu ingat hari Ibu berbanding hari bapa. Sebab orang kata, ibu lebih dekat dengan diri kita. Ok, kalau macam tu, sempena hari bapa ni, kita sebagai anak carik pengalaman yang paling tak boleh dilupakan antara kita dan bapa kita. Kalau nak diikutkan memang banyak gila pengalaman dengan abah. Dari pengalaman kena bantai dengan tali pinggang, kena tibai guna hanger, abah belikan basikal lagi.

Tapi ada 1 pengalaman yang guwa tak akan lupa sampai bila-bila. Pengalaman hantar dan ambil guwa dari sekolah masa kecik-kecik dulu. Masa Prasekolah sampai darjah 2 kot.

Satu hari tu hari sukan sekolah dan guwa terlibat dengan permainan sukaneka. Yela, waktu tu masa prasekolah lagi kan, jadinya sukaneka lah satu-satunya acara yang dibolehkan masuk!

Tapi, pagi tu anakanda tercinta abah ni bangun lewat. Mandi lewat, sarapan lagi lah lewat. Ibu dah membebel tak berhenti-henti. Kalau korang nak tahu, waktu kecik-kecik dulu guwa ada 1 tabiat, iaitu suka termenung waktu mandi. ½ jam baru cedok 1 gayong air. Lepas tu termenung balik.

Lepas dah siap-siap pakai baju sukan, abah suruh cepat-cepat suruh pakai kasut. Hari tu, dia nak hantar gi sekolah guna basikal je.

Tapi, tiba-tiba...

Waktu nak melintas jalan, basikal tu kena langgar dengan sebijik kereta. Guwa tergolek, abah pun tergolek kat tepi jalan. Bunyi langgar tu kira kuat lah jugak, sampai jiran-jiran ada yang keluar rumah. Abah terus peluk guwa kuat-kuat. Abah menangis.

 Abang tak apa-apa?

Maafkan abah nak, abah tak nampak kereta tu tadi sambil badannya menggigil

Aku hanya diam, sebab memang terkejut.

Tangan abah berdarah, mungkin sebab tangannya bergesel dengan tar. Dari jauh, nampak ibu berlari mendapatkan kami. Ibu pun nangis jugak waktu tu. Dia peluk kami kuat-kuat.

Tapi abah tetap hantar aku ke sekolah. Lepas explain dekat Cikgu Suria (Nama cikgu prasekolah), guwa Cuma boleh duduk tepi je. Sepanjang hari guwa diam je, tak bercakap sepatah pun. Dari start acara sukan, sampai majlis penutup ayah guwa duduk sebelah.

dan rumah sukan guwa kalah teruk kena bantai dalam sukaneka tu. Nombor last weh. kalau guwa ada,mesti tak jadi teruk macam tu. wakakaka

Itulah ceritanya.


Untuk abah, abang nak abah tahu, abang bangga ada seorang ayah seperti abah.


p/s:

ustaz Pahrol bin Joi pernah cakap:

Kita seringkali mengeluh dengan kerenah ibu dan ayah kita yang sudah tua. Namun, kita lupa betapa cinta mereka terhadap jasad yang bernama anak itu lebih besar dari segala-galanya. Ya, mungkin benar kata pepatah, sejarah ialah benda yang sudah berlalu, dan benda yang sudah berlalu itulah perkara yang sering membuatkan kita lupa siapa diri kita sebenarnya!



3 comments:

Anonymous said...

sedih :(

Maisarah Azmi said...

sedihnye.. tringat kat abah kat kampung...
follow you..

Cikgu Iqmal said...

dgn ini saya arahkan awak balik kampung cpt! ehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...