Thursday, May 3, 2012

Rumah Idamanku!

Cerita tentang dunia, memang memenatkan. Ibarat sebuah perjalanan mendaki sebuah gunung yang tinggi. Adakala kita jatuh, adakala kita berjaya mendaki puncaknya. Kalau cukup bekal, pasti kita punya tenaga. Jika persiapan yang dibawa juga sambil lewa, peluang untuk sampai ke puncak sememangnya tipis! Hanya mereka yang benar-benar kuat akan berjaya.

Salam...
Apa khabar kawan-kawan? Guwa rasa ramai yang sihat-sihat. Ada yang tak sihat ke? Kalau ada tu, kita satu geng lah! Guwa demam! (motif, bagitahu orang). hahaha. Maklumlah, kampus guwa tengah panas dengan deman denggi! Sampai berduyun-duyun keluar masuk hospital. Tapi tak taw lah kena denggi ke tak guwa ni. Tak KOT!. Demam biasa-biasa je rasanya. Pulak sekarang cuaca tak menentu. Kadang-kadang hujan tanpa diduga.. Panas terik yang tak dipinta! Dunia sedang bergolak untuk terus kekal sebagai dunia. Errkk..

Banyak benda yang menduga sepanjang April. Kalah, kalah dan kalah. Nak cakap apa lagi, memang dah kalah! Fact is always fact right? Hahahaha. Tapi, sekali kita jatuh, tak semestinya kita terus jatuh kan? Aku ni jenis manusia yang sangat percaya dengan USAHA berbanding bakat. Walaupun ang tak ada bakat "gifted" tapi kalau kita berusaha pasti kita boleh lebih berjaya berbanding orang yang ada bakat tapi tak dimanfaatkan. Tapi dgn syarat, kalau orang lain usaha sekali ganda. kita mesti berusaha keras 5 kali ganda! Yes, we must sacrifice. Bersedia untuk sakit jika hendak berjaya.

Panjang gila intro.

******************************************

Ok lah, back to the topic, sebagai seorang yang sedang blajaq dan tak lama lagi nak kije, mesti kita ada simpan angan-angan untuk merealisasikan semua impian yang dah terbuku di hati kita sejak dari kecik-kecik. Mesti ampa semua ada impian ampa sendiri kan, macam nak pi bercuti keliling dunia, nk kompol mainan2 yang tak dapat beli waktu zaman budak-budak sebab mak tak bagi bagi. kan kan? Tapi satu benda yang kita semua nak ada ialah rumah. Betoi dak? Yela, kang dah kahwin, mesti kita nak tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak dgn isteri-isteri isteri kita yang comel tuh duduk dekat rumah yang selesa. Boleh jugak bawak mak bapak duduk sekali.

Tapi guwa tak kata, rumah idaman seseorang tu semestinya kena banglo 5 tingkat, ada swimming pool, ada lift bagai. parking lot untuk 6 biji kereta! semua kena ikut kemampuan masing-masing. Ada orang suka rumah macam apartmen, kondo, flat. yang tinggi-tinggi. Ada pulak yang suka rumah sebijik-sebijik macam banglo. Tu belum cerita yang suka duduk dekat kampung ke bandar. Nak modernnnn lah, nak tenang lah.

Pernah dak waktu zaman kecik-kecik dulu dekat sekolah, cikgu ampa suruh lukis gambaq rumah idaman saya? Lukisan guwa waktu tuh, memang hiperbola gila! Guwa siap buat pelan lengkap. Ada ruang bawah tanah. Ada terowong nak lari kalau-kalau rumah kena rompak! Dalam rumah guwa tak main pakai tangga. Kena guna eskulator. Lift pun guwa sumbat sekali. Keliling rumah, guwa letak kolam ikan cup yang mahal nak mampuih tu. Ada swimming pool kat tepi. Nak kasi ceria sikit lukisan guwa tuh, keliling rumah guwa buat konsep English Garden. Tanam bunga ros, bunga apa-apa jelah, janji bagi warna-warni. Waktu tu mana tahu jenis-jenis bunga ni semua.


MAMPU?? puiiii


Itu kalau guwa jadik businessman boleh lah guwa buat, ini idak, kang keje jadik cikgu je. Takde nyer mampu nak buat rumah besaq lagu tuh. Mula-mula excited nak jadik angkasawan. Sebab mak guwa kata, ang kalau dapat jadik angkasawan Malaysia yang pertama, ang mesti pemes. Mesti kaya! Jadinyer asal cikgu tanya je nak jadik apa time dah besaq nanti, guwa pun jawablah nak jadik angkasawan!


Bila cikgu tanya, kalau x dapat jadik angkasawan nak jadi apa?


Guwa pun jawab nak jadik Businessman cikgu!. Nanti boleh pakai Mers, dgn Ferrari cikgu! (waktu tu guwa kenal 2 kete tu je!) budak kampong doh. Tapi, lama-lama angkasawan tah ke mana, businessman tah ke mana. alih-lih tukaq jadi cikgu. InsyaAllah, lagi 2 tahun.


Dah lepas guwa belek-belek gambar rumah yang keluar dekat goole tuh, inilah 3 contoh rumah idaman guwa. Biasa-biasa je. Xda swimming pool, xda ikan cup!

(jenis rumah taman yang guwa suka)

(kalau ada rezeki lebih, guwa lagi suka buat rumah sebijik macam ni. Tengok rumah je, abaikan kolam yang dekat depan tuh! haha)

(rumah kayu macam ni pun guwa minat gak! cantik kan)

Mak guwa pesan, jangan cari rumah yang macam flat ke, kondo ke, apartmen ke, sebab dia tak suka tinggi! lagi 1 dia dok habaq, ang tak kesian ka kat mak ayah ang ni, dah tua-tua nak dok tinggi-tinggi. Kang kot-kot lift rosak, ang nak suruh kami guna apa? hahahaha, guwa jawablah. Lah, tangga kan ada.

pedepek, kena selipar sebijik kat muka! keh keh keh.


p/s:
ukur baju di badan sendiri. Kalau badan ang kecik, tapi enxited pakai baju besaq, takkan nampak cantik punya. Percayalah! Macam tu jugak kalau badan ang besaq, tapi pakai baju sendat sangat, pun jadi tak cantik. Pakai biaq padan dengan kita. baru selesa! 


3 comments:

Unknown said...

Amboi...berangan~~

MAMA AINUL said...

ohh bakal cikguu.. hehe

Cikgu Iqmal said...

hehe.... ampa suka rumah macam mn pulak?? share lah! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...