Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru Cikgu!


16 Mei tiap-tiap tahun ialah hari yang dikhususkan untuk cikgu. Toksah mengada-mengada nak habaq 16 Mei hari usahawan tani berjaya ka, hari model cantik sedunia ka. Kalau nak, 17 Mei bole.:p

Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu sekalian.

Untuk entri kali ni, guwa tulih ringkas je taw, sebenaqnya bizi ni. Almaklumlah musim-musim exam. kena lah pulun sikit. kang mampuih kena pukul balik rumah bawak slip degree xda A. Ada yang kena bagi ceramah lah jawabnya nanti. Taw-taaw lah puan siti kat rumah tu. hehehe.


      ************************************


Kalau kita cakap ja sambutan hari guru, apa yang ampa dok bayang la ni? Mesti hadiah kan? Hadiah apa lah yang nak bagi kat cikgu-cikgu kat sekolah tu. lagi-lagi buat cikgu-cikgu pempuan yang kiut-kiut, comel-comel. Mesti depa lah paling banyak dapat hadiah. sampai tak menang tangan nak pegang. Cuba cikgu disiplin. takda nya dapat hadiah menimbun lagu tuh!

termasuklah guwa. waktu hari guru kat sekolah dulu, boleh kata tiap-tiap tahun guwa bagi hadiah kat cikgu. Tapi kat sesetengah jela.. hehe. (budak sekolah kan ta cukup duit lagi. sebab tu lah kita ta bagi kat semua cikgu kan.kan?) haha

lagi pulak, waktu nak bagi hadiah pulak saja tunggu cikgu yang guwa suka tu dok sebelah cikgu yang garang. Kang buat muka paling kiut, pi huloq kat cikgu tu.


"Cikgu, ni hadiah saya bagi kat cikgu. Selamat Hari Guru cikgu."


Waktu tu, guwa syak cikgu lain dok usha panas je. Takkan cikgu nak mintak kat anak murid hadiah pulak kan. haha.. So, depa jeling jelah.

Lagi 1 kumpulan cikgu yang susah nak dapat hadiah, ialah cikgu lelaki. Melainkan cikgu laki tu ensem. Sapa setuju? Biasanya budak-budak pompuan lah yang bagi. Setakat bunga rose tu, kad bentuk love, dah biasa sangat guwa tengok cikgu-cikgu laki dapat. Nak ngejas lah tu, lagi-lagi cikgu yang ta kahwin lagi.

Dalam entri kali ni, nak share dengan ampa semua jenis-jenis hadiah yang biasa bebudak bagi pada cikgu. Ni zaman masa sekolah rendah dulu. Taktaw lah zaman la ni, ada ke dak lagi hadiah-hadiah macam ni.




agak-agak bila start mengajaq nanti, dapat hadiah apa ek? bagi ipad kat cikgu boleh? tak pun mai bagi samsung S III pun dah cukup! hahaha..:p

Semoga semua warga pendidik tidak jemu untuk terus berbakti kepada negara. Buat rakan-rakan bakal guru, semoga kita sama-sama meneruskan kegemilangan mereka. 

Buat guru-guru di Tabika kemas kat kampung, sekolah rendah lama guwa, sekolah menengah, dan di ipg, Selamat Hari Guru buat anda semua!


p/s:
Guru umpama baja yang menyuburi sepohon pokok. Andai baja tidak diberi, pokok masih boleh tumbuh, namun tumbuhnya dengan bunga yang tidak mekar  dan buah yang tidak ranum


4 comments:

Ibnu Solih said...

Ang dapat playing kiss ja masa ngajaq nanti. Hehe

Cikgu Iqmal said...

haha.. flying kiss je?? na ipad! hehe

Bella Bell said...

agak2 cikgu iqmal dapat apa nanti?

Cikgu Iqmal said...

tulah.. nak request ipad ke, iphone 5 ke.. tak taw lah dapat ke idOk..:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...