Saturday, January 14, 2012

Tips Fesyen Lelaki.

Hari sabtu camni, biasanya ramai yang dok dressing kiut2 nak keluar pi jenjalan. Kalau kat area tempat guwa ni, Mid Valley lah depa pi. (eh2, bukan depa ja, guwa pon join sekaki gak.) Tapi awai2 sem ni, guwa tengok member2 guwa asyik dok teperap je kat bilik. berdengkor sampai tengah hari, ngadap laptop sampai petang. Nak gi dating dgn awek pon sanggop pospone..hak hak hak.. pasai apa? Elaun tak masuk lagi boh. nak kuar lagu mana. Encik elaun, mai lah masuk cepat sikit. aku dah kering hang taw dak.

Pagi ni, bila guwa bangun, tetiba je rumate guwa pun cakap pasai elaun. 


"Bobby kata elaun masuk tengah bulan 2, Puan Mahani duk habaq."


"Tengah bulan 2?" hmmm...


Adehh, mati rr kalau camni. bila tengok saving guwa, tinggal bape hingget je lagi. Nak mintak kat mak ayah segan. Time nak balik IB hari tu, guwa dah buat muka seposen mintak duit. banyak gak rrr. takkan nak mintak lagi. kang ada yang kena smash dgn encik ayah kang


"Tulah, time cuti sem hari tu, aku suruh keja hang tak maw. Tidoq ja hang buat." Hati baik guwa bg ceramah.


"Bukan tak maw keje, tapi keja yang takdak!" jawab setan.

********************

Actually, i dont want to talk about money. cewah, speaking konon!. Hari ni guwa nak share dgn ampa suma tentang 1 benda yang common dlm hidup kita. 

?????????????

FESYEN. 

keh keh keh....awat ampa gelak? betoi apa aku habaq. Tapi aku nak buat confession awai2. Tak semestinya aku cakap pasai fesyen, aku ni metroseksual. Aku takda rr sampai lagu tuh. Cuma kalau kita dok pakai ikut hentam keromo ja, it will humiliate ourselves.

Tapi, aku pun xda rr expert sgt pasai fesyen2 bagai ni suma. Dulu pun aku pakai ikut suka ja. asal boleh sarung, muat. pakai. Tak kesah warna apa, cutting macam mana. bla..bla..bla...

Tu yang SINGLE lagi tu..keh keh keh

Sebenaqnya, penampilan seseorang lelaki tu penting sebab penampilan melambangkan keperibadian seseorang. Mungkin ada yang dok kata, don't judge a book by its cover. TIPU sebab benda pertama yang kita dok nampak kalau nak pi beli buku, mesti cover tu kita tengok dulu. 

Kalau cover dah tak menarik, bosan, warna dull, keinginan kita untuk beli buku tu mungkin akan berkurang 20%-30% walaupun isinya best. Lagi-lagi kalau ada buku lain yang ada cover yang cantik dgn isi yang menarik waktu yang sama. Agak-agak hang nak beli yang mana satu kalau ang cuma boleh beli 1 buku ja? 

Sama jugak konsepnya, kalau kita nak ngurat perempuan. kita nak perempuan tu suka kat kita. tapi dalam masa yang sama, 2,3 ekor jantan lagi dok try nak ngurat awek yang sama. Compem2, cik awek tuh nak cari yang sedap mata memandang. Tapi aku takda lah kata yang sedap mata memandang tu semestinya handsome. Kulit putih, rambut lurus, tinggi. Tapi lelaki yang tak berapa nak selekeh. kuikuikui.

Sometimes,we must accept our weaknesses, but we can try to improve ourselves. Why not? Sebab benda tu untuk kebaikan diri kita gak. Bukan kita buat untuk orang lain. betoi dak?.

Banyak pulak aku exlain. Mana tips ye???? ahahaa.. ni kat bawah ni. 


1.Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Kalau boleh hang cari pakaian yang fit to body. Sebab apa? ia akan membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Tapi kena ingat, fit bukan bermakna ketat.

2.Simple tapi smart - bukan bermakna hang perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya. 

3.Pemakaian pastikan sepadan - Sentiasa pastikan hang berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau awai2 lagi hang dak tengok pelik semacam je depan cermin, baik hang pi tukaq. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. WTF? 

4.Jangan mengabaikan benda yang remeh temeh. contohnya, kalau hang pakai baju warna purple plain dgn jeans, takkan lah hang nak kena pakai gak jam tangan hang yang warna kuning tu. Accessories pun kena gak matching dgn baju ampa. 

5.Sentiasa peka part ni ramai lelaki yang buat selalu ambik mudah. contohnya, kita diundang untuk mai majlis. kat kad undangan tuh dah terang-terang dok habaq tema pakaian warna hitam putih. Yang hang pakai baju tak ikut tema tu pasai apa. Lagi satu, kalau event2 majlis rasmi yang memerlukan kita pakai baju formal, jangan dok menggatal pakai baju kasual. 

6.Jangan terikut pada trend & brand- contohnya, ada design baju baru untuk jenama X. Anda merupakan peminat jenama ni. Walhal, design baru tu tak sesuai dgn hang. takkan hang nak perabes duit dok beli benda tu! baik hang pi carik yang lain. Kadang-kadang, kalau baju yang xda brand tu "masuk" dgn hang, kenapa tak hang beli ja. Tok sah malu pakai baju murah. 


7.Bereksperimen dgn gaya- jangan takut untuk try benda yang baru. contohnya, kalau sebelum ni, hang asyik dok pakai baju yang gelebeh je, apa kata hang try pakai baju yang fit to body. then mintak pendapat member. tak pon tengok sendiri kat cermin. Kalau rambut dulu selalu belah tengah je, cuba try buat cutting lain. layaer skit je. spike ke. 

8.Ikut bentuk badan- kalau kita nak pilih baju, benda yang sangat penting untuk kita take note ialah body shape kita. takkan lah kalau badan kita berisi, kita dok gatai tangan pakai baju saiz S. kalau badan berisi, carik baju yang warna gelap. Walaupun kita nampak baju yang warna terang cantik2 design nyer kat kedai, tapi warna yang gelap lebih sesuai dgn ampa. 


"Eh, tapi tadi hang gak yang cakap topek, kena pakai baju fit to body."


"Lah, kan aku dah habaq awai2 tadi. Fit to body tu bukannya ketat!. tapi selesa. Keep it"


9. Pastikan muka bersih dan Kemas- bersih kat sini, bukanlah aku maksudkan tak boleh ada 1 jerawat pun kat muka hang. tapi kena jaga kebersihan diri. Cuci muka selalu. Take note pasal kulit sikit2. Kalau ada jambang/kumis tu, reti2 lah shave kalau dah panjang. takkan nak biO je 2,3 bulan tak shave.





p/s:
Jangan ampa jadi mangsa fesyen dah. Jom karok kat Aladdin Pertama.

2 comments:

Marcella said...

adakah kau menepati ciri tu??


elaun msuk lmbt lg..ikat perot la dulu.. :)

Taufiq Jamal said...

aku? kau rasa?? hakhak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...