Saturday, October 16, 2010

LAPORAN LENGKAP BAJET 2011.



Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan supaya suatu Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi
menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk
perkhidmatan bagi tahun 2011 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk
perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

Bajet 2011 bertemakan: Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi. berdasarkan 4 strategi utama yang akan diguna pakai bagi memastikan keberkesanan segala yang telah dirancang. 

1.      Mendaya kembali pelaburan swasta.
2.      Membangun modal insan.
3.      mensejahterakan hidup rakyat.
      4.      Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.

Jumlah Keseluruhan Bajet 2011 ialah sebanyak: RM 212 Billion.

Belanja Mengurus: 76.79% ( RM 162.8 Billion)
Belanja Pembangunan: 23.21% ( RM 49.2 Billion)

  • Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
  • Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan
  • Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah
  • Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.
  • RM857 juta disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah
  • RM146 juta di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
  • Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan
  • Dalam menyuburkan sektor pertanian, kerajaan memperuntukkan RM3.8 billion ringgit bagi tahun 2011
  • Merancakkan industri pelancongan: antaranya RM85 juta untuk pembinaan hotel & resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi. RM50 juta untuk membina laluan pejalan kaki di kawasan lingkaran KLCC ke Bukit Bintang
  • Meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan ICT: RM1.119 Billion di peruntukkan untuk program MY Creative Content, melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama 2 tahun.
  • Telefon bimbit biasa dikenakan cukai 10 peratus manakala telifon bimbit yang mempunyai aplikasi seperti internet atau PDA, dikecualikan cukai jualan. bagi tujuan penyelarasan, cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM91 juta untuk pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, baik pulih, dan rombak & rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aerospace dan aeronautical.
  • Pembangunan koridor dan wilayah dengan bajet RM850 juta.
  • RM229 juta untuk projek Iskandar Malaysia – untuk membina jalan, kawasan perumahan, menyediakan & memperbaiki perkhidmatan pengakutan awam
  • Projek yang di jangka siap dalam tahun 2011 adalan Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet, serta Legoland dan Marlbrough College pada tahun 2012.
  • Industri Kreatif: RM200 juta ringgit di sediakan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama & dokumentri keluaran tempatan
  • Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran berbayar.
  • Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuk menekankan nilai value-for-money dan value management
  • RM29.3 billion untuk kementerian pelajaran, RM10.2 billion untuk kementerian pengajaran tinggi dan RM627 juta ringgit untuk kementerian Sumber Manusia – khas untuk pembangunan modal insan
  • Menubuhkan Talent Corp di bawah jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2011 untuk menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti
  • 6.4 billion untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profession guru. RM213 juta ringgit lagi di bajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi.
  • RM111 juta untuk projek PERMATA
  • RM250 juta untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolan kebangsaan tamil, sekolah bantuan modal mubaligh, sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
  • Kerajaan setuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah sekolah agama rakyat rendah dan menengah( SAR) dengan peruntukan RM95 juta 
  • Biasiswa kepada guru serta tenaga pengajar yang ingin melanjutkan pelajaran RM576 juta 
  • RM213 juta ringgit di peruntukan bagi mengangkat tinggi penguasaan bahasa Melayu, Bahasa inggeris & memperkemas kukurikulim.
  • Memperkasa Pengajian Tinggi: Menambah peratusan akademik berkelulusan PHD denagn peruntukan RM20 juta 
  • Menambah baik IPTA & pensyarah boleh di pertimbangkan kenaikkan pangkat ke pringkat tertinggi gred turus.
  • RM60 juta bagi mempergiatkan lagi Program Industrial Skill Enhancement Programme di pusat latihan negeri.
  •  RM220 juta untuk siswazah jurusan lain dan RM50 juta untuk Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT.
  • RM474 juta untuk golongan bukan siswazah
  • Program Latihan 1 Malaysia sebanyak RM500 juta khas untuk menambah ilmu pengetahuan melalui penigkatan kemahiran & mempelajari kemahiran baru
  • Meningkatkan produktiviti pekerja
  • Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum: RM500 hingga 700 ringgit sebulan. Dengan kenaikkan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah seribu ringgit sebulan berkuata kuasa 2011
  • Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi – RM30 juta untuk program inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita sempena hari wanita 2011
  • Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini
  • Pembangunan sukan negara: RM356 Juta unruk pengurusan aktiviti sukan
  • Menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan RM20 Juta 
  • Bagi tahun 2011 kerajaan memperuntukkan RM1.2 billion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & masyarakat untuk menjalankan program berbentuk kebajikan & kemasyarakatan
  • Meningkatkan pemilikan rumah – RM568 juta disediakan bagi membina 300 unit kediaman di bawah projek bantuan perumahan bandar, 79 ribu unit di bawah program perumahan rakyat dan 8 ribu unit di bawah projek bantuan sewa.
  •  RM50 juta bagi membantu golongan pekerja estet yang akan dikendalikan oleh bank Simpanan Nasional.
  • Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit (khas untuk pendapatan 3 ribu ringgit sebulan dan terutama untuk golongan muda)
  • Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar  RM6.9 biliion untuk perlaksanaan infrastuktur asas seperti bekalan air, elektrik & jalan luar bandar.
  • Meringankan Beban Hidup Rakyat: RM947 juta sebagai subsidi harga padi, baja, benih padi, serta RM230 juta ringgit untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi
  • Kerajaan juga akan menyediakan sejumlah RM170 juta bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik bot untuk meningkatkan hasil tangkapan
  •  RM200 juta untuk program pengedaran barang perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepug terutama di Sabah & Sarawak
  •  RM500 juta unruk membantu kontraktor kelas F di seluruh negara
  • Menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan, Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan
  •  Elaun imam naik RM450 ringgit kepada RM750 ringgit sebulan.
  • elaun guru kafa dinaikkan menjadi RM 800 berbanding RM 500.
  • Pembangunan orang asli & pribumi – peruntukkan RM100 juta  terutama untuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah & pembangunan penempatan orang asli.
  • Mengurangkan kos pengangkutan: harga tol PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta merta
  • RM15.2 billion ringgit di peruntukkan untuk membina hospital baru, menambah bilangan doktor & jururawat serta mendapat bekalan ubat dan peralatan perubatan
  • Membanteras jenayah & Menjamin Keselamatan: RM350 juta untuk program membanteras jenayah & untuk skim rondaan sukarela terutama di kawasan berisiko tinggi.
  • Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan: RM70 juta ringgit bagi program yang melibatkan NGO terpilih yang turut membantu mengurangkan kes kes rempit, pembuangan bayi, mat rempit dan gangsterisme
  • RM1.9 billion untuk pemuliharaan alam sekitar
  • Memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dengan mempermudah berurusan dengan agensi kerajaan
  • Menghargai sumbangan penjawat awam: RM500  untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah
  • Menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM 3000.
  • Penjawat awam – dibenarkan membeli hartanah daripada ibu, bapa, anak & adik beradiik
NOTA: Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, kita selayaknya dapat menilai dan menganalisis apa yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri ini secara analitikal dan konstruktif. Bukan membuta tuli. Jangan suka bagi " Head shoot" jika anda hakikatnya tuli dalam bidang ini. Jangan bercakap seolah-olah anda jagoan kampung atau mahu menjadi pemimpin kota, sedangkan anda umpama tin kosong yang tidak punya isi.

DITULIS KEMBALI OLEH: TAUFIQ JAMAL.


3 comments:

Khalil Zaini said...

Saya akan menjadi penembak tepat yang 'Head Shoot' itu. Memang saya bukan pakar, tetapi sekadar langkah berjaga-jaga. Saya berpuas hati dengan bajet ini kerana pelbagai maslahat untuk rakyat waima kita tidak tahu apa di sebaliknya. Tetapi beberapa perkara harus diambil kira kerana intensif yang pelbagai telah menggelapkan beberapa hal besar.

(1)
Saudara, anda sebagai seorang bakal guru yang tahu akan perihal PERMATA.
Anda pernah tahu juga elaun yang KPLI PERMATA dapat.
Apa agaknya rasa PERMATA dilambungkan sambil pembangunan sekolah agama dicicirkan.
Bajet ini hanya angka.
Percayalah.
Pelaksanaannya tak semenggah.

(2)
Apa pendapat anda berkenaan Menara Warisan?
RM5 bilion itu untuk bangunan pencakar langit.
Apa yang ingin diwariskan oleh kerajaan pada menara itu kalau bukan hanya sebaris nama!

(3)
Saban tahun belanjawan yang dibentangkan memartabatkan sistem pendidikan. Hakikatnya, di mana peruntukan sebenar? Senior anda mengalami masalah untuk pelaksanaan BIG. Pensyarah anda tidak mendapat peruntukan kertas yang mencukupi bagi tujuan pelbagai. Anda sendiri tidak dapat merasai sukan tahunan dan KAGUM. Bagaimana?

*Yang betul kita angguk, yang kurang betul kita tunduk(berfikir).

Cikgu Iqmal said...

Salam saudara:
Terima kasih kerana sudi menjenguk dan peka dengan apa telah saya lontarkan, Namun, terlebih dahulu, saya ingin memberitahu, bahawa saya BUKANNYA PAK TURUT KERAJAAN. HAKIKATNYA BANYAK PERKARA YANG SAYA TENTANG DALAM PEMBENTANGAN BAJET tempoh hari. Baiklah, Saya akan kupas satu persatu perkara yang berbangkit:

MENARA WARISAN MERDEKA:
Jika saudara sedar, di ruangan sebelah kanan blog ini, saya ada persoalkan, Rasionalkah Pembinaan Menara Warisan Merdeka bernilai RM5 Bilion. secara peribadi, saya sendiri mengundi TIDAK. Memang kita perlukan mercu tanda sebagai lambang kemegahan warga, namun, dalam perspektif kedudukan ekonomi yang baharu mencetus tunas ini, kurang wajar rasanya kerajaan bertindak sedemikian rupa. berikut saya senaraikan asbab musabbab saya mengundi TIDAK:

1. Sekiranya menara tersebut terpasak megah, berapa banyak lot yang akan diagihkan kepada bumiputera. Ekuiti Bumiputera tidak akan terjamin sama sekali. mungkin megah di atas kertas, lot bumiputera akan disediakan, tetapi persoalannya, adakah golongan ini mampu memiliki hartanah yang melambung ke langit harganya. akhirnya, bumiputera terus melukut di tepi gantang. Tersipu-sipu mencari nafkah di bumi yang kaya raya dengan hasil mahsulnya sedangkan mereka masyarakat asal negara ini!

2. Nilai RM5 Bilion itu bersamaan dengan nilai 8 hospital pakar swasta di malaysia. sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat, bisa kiranya PM mengambil alih hospital-hospital ini dan memberikan taraf kesihatan dengan harga bayaran dan kos rawatan minimum.

3. Nilai RM5 Bilion itu juga boleh digunakan kerajaan bagi membeli sebahagian besar saham syarikat taikun gula negara. maka tidaklah harga gula meningkat hampir RM0.50 setahun!!

Nota: Harga gula hingga bulan 5: RM 1.45.
selepas kenaikan pertama & kedua: RM 1.95-RM 2.00. Baru-baru ini pula, berkumandang atmosfera negara akan kenaikan harga susu.

4. RM 5 Bilion itu boleh digunakan untuk membangunkan kawasan luar bandar di semenajung dan kawasan pedalaman Sabah & sarawak. Masih banyak jalan-jalan kampung yang masih belum berturap, rumah-rumah orang miskin yang hampir roboh, bocor sana-sini, ada lagi kampung yang masih ketiadaan bekalan air dan elektrik, serta memberikan tambahan biasiswa kepada ANAK-ANAK MELAYU yang telah DIBERIKAN kepada bukan melayu berasaskan sistem meritokrasi!!!

* bersambung pada komen seterusnya:

Cikgu Iqmal said...

PERMATA
Saudara juga membangkitkan isu PERMATA. Ya, ini kerja Rosmah,RM 111 juta diperuntuk untuk kerja ini sahaja.Untuk makluman saudara, program membazir ini juga saya TENTANG sejak awal penubuhannya. MENGAPA perlu diwujudkan PERMATA sedangkan kita sudah punya sistem pendidikan awal kanak-kanak yang terancang? jika agensi kerajaan, KEMAS saya berikan contoh. model yang digunakan pula, amat tipis nilai korohanian dan pemantapan nilai agamanya. Sekiranya KEMAS dan PASTi digabungkan, pasti membentukan insan Kamil dalam degara kita akan dapat dicapai.

Mengapa KEMAS ini tidak diperkemas dan dipertingkat kualiti mutunya agar mampu melahirkan modal insan berkelas duni. Adakah anak-anak Malaysia yang bersekolah di KEMAS ini tidak mampu menjadi seorang warga yang berintelektual tinggi sifat mereka. Sekiranya KEMAS dikemaskini dan distruktur semula, puluhan juta mampu dijimatkan. Maka tidak perlulah dibelanjakan wang rakyat untuk membina pusat permata pintar negara dan fasiliti-fasiliti lain yang membazir sifatnya.

berkaitan dengan elaun KPLI PERMATA, saya awal-awal lagi SAKIT HATI. Elaun yang mereka peroleh hampir 100% lebih tinggi berbanding elaun IZAJAH di IPG!, sedangkan mereka hanya mengajar anak-anak kecil sekitar 3 hingga 4 tahun!. Berkursus pula hanya SETAHUN.

Namun secara keseluruhannya, Bajet 2011 ini lebih baik kualitinya berbanding bajet-bajet sebelum ini. ya, mungkin ini gula-gula politik untuk memancing undi menjelang PRU Ke-13. Tetapi ia tetap mendatangkan kebaikan.

akhirul kalam, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada saudara kerana memberi pandangan anda. Hakikaatnya perkara sebegini yang perlu didiskusikan. Buah fikiran orang muda harus didengar oleh orang atas, bukannya endah tak endah dengan kita. Kita ini bukannya dengkel pemikiran sehingga boleh dilambung-lambung di udara. Kita orang muda hari ini hakikatnya telah matang dan tidak mudah untuk ditepuk ditampar tanpa sebarang sebab. Salam. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...