Sunday, September 26, 2010

SKETSA PRIBUMI.

Di mana boleh cari ramai Melayu?
Pastinya di Kelantan, Johor dan Trengganu,
dan juga di pasar malam dan pasar minggu.
Di Akademi Fantasia dan Juara Lagu.
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu.
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu.
Di jalanan, lumba haram tak buka lampu.
Di pejabat duit rasuah depa sapu.
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu.
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baharu.
Terkinja-kinja “best giler” menari macam hantu.



Apakah hobi orang Melayu?
Terkenal dengan budaya malas dan lesu.
Berlepak buang masa tak jemu-jemu.
Atau baca majalah Mastika cerita hantu.
Tengok telenovela dari Mexico dan Peru,
Sambil makan "junk food", kacang, dan muruku.
Mana tak gendut berpenyakit selalu.
Kalau nak berlagak, melayu memang nombor satu,
Asal bergaya sanggup makan nasi dan tauhu.
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku ?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu ?
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu ?
atau beribadah di masjid saban waktu?
Ada tapi kurang sangat ke situ
.


Mengapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa? 
ibu bapa atau guru?
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu?
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu.
Nak harap kerajaan saja bantu!
Terutama sekali kontraktor kelas satu, 

Tak habis-habis bergaduh nak jatuhkan siapa dahulu!
Suka sangat dengan budaya mengampu.


Sampai bila kita nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa termaju ?
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu.
Pertama dengan banyak menguasai ilmu.
Kata nabi ikutlah Al Quran dan sunnah ku.
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu,
tapi apakah yang kita tahu,
cuma baca nak halau hantu.

edited by: TAUFIQ JAMAL.

1 comment:

Cikgu Fikri said...

only one word:

MANTAP! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...