Thursday, October 14, 2010

RUMAH DAUN BUNGA LILI.

Pernahkah kita menggambarkan sebuah rumah persis pulau yang dilengkapi dengan segala macam kemewahan dunia? inilah dia Rumah Daun Bunga Lily, atau dalam bahasa penjajah dikenali sebagai The Lily Leave Home Concept. Satu lagi sumbangan Yahudi terhadap dunia. Rekabentuknya yang bersifat futuristik dan menjangkau kewarasan akal menjadikan kita takjub dengannya. Idea ini hasil daripada konsep membina sampan dan perahu yang menjadikan cengal sebagai asas pembuatan. ketahanan serta keutuhan cengal selama puluhan tahun di air masin, segera dikaji, dan hasilnya terciptalah Rumah Si Daun Lily ini. Gambar di atas adalah sebuah rancangan mengenai rumah masa depan oleh Vincent Callebaut, seorang arkitek dari Belgium. Konsep tersebut dinamainya Daun Bunga Lili. Terobosan ini difikirkan dan dirancang oleh Vincent untuk menghadapi masalah perubahan iklim yang sedang melanda dunia pada hari ini dan kepadatan manusia akibat kesuburan yang halal dan haram. Sebuah Rumah Amfibia yang mempunyai ciri-ciri yang menarik, sistematik dan mengkagumkan.dan setiap satu rumah daun ini bisa menampung kira-kira 50 000 manusia. 

Di tengah rumah ini, terdapat sebuah tasik yang berperanan menyimpan dan menjernihkan air hujan. Oh ya, teringat pula idea YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-5, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah mencetuskan inovasi untuk mereka cipta satu alat bagi menapis air hujan agar dapat menjimatkan kos utiliti. Tetapi malangnya, idea tersebut dipinggir tanpa perhatian oleh rakyat, sebaliknya, idea ulung itu dicedok oleh Dajjal Dunia bagi memakmurkan sarwajagat alam dan mengayakan mereka. Rumah terapung ini akan hanyut mengikut pergerakan arus laut.

        
Reka bentuk daun ini pula dapat memuatkan 3 marina dan 3 gunung yang dikhususkan sebagai kota perniagaan dan pusat hiburan dunia. Sumber dayanya pula diperoleh daripada matahari, angin dan arus laut yang akan memproses tenaga yang digunakan oleh rakyat rumah terapung ini. Ia juga tidak mengeluarkan gas buangan, kerana semua karbon dan sisa buangan akan dikitar semula.

Dianggarkan pada tahun 2100 seramai250 juta orang akan melarikan diri dari perubahan cuaca,  atau yang disebut “Climactic Refugee”, kerana air laut akan menghancurkan kota-kota besar seperti New York, Shanghai, dan Tokyo. Vincent percaya, bahawa konsep buatannya ini adalah solusi alternatif jangka panjang untuk menghadapi peningkatan air laut. Kajian demi kajian yang dilakukan NASA untuk mencari " BUMI 2" masih di awang-awangan. Lantas, dengan terciptanya konsep ini, mungkin sinar untuk kehidupan akan menjadi kenyataan. Menurut Vincent lagi, kota terapung ini diinspirasi oleh daun Amazonia Victoria Regia. Sekadar catatan, daun Amazonia Victoria Regia adalah tanaman yang memiliki daun yang sangat rapat.

Cuma, tidak pula dinyatakan di sini, bagaimana pula dengan perihal haiwan ternakan sebagai sumber protein dan karbohidrat manusia, atau manusia pada zaman tersebut nanti sudah jemu untuk memakan daging? Bagaimana pula dengan padi untuk dijadikan beras? apakah makanan rugi manusia nanti?Mungkin inovasi ini mampu ditambah baik, mungkin daripada umat melayu nusantara yang diakui dunia akan kehebatan ilmunya. kesianlah orang minang tak dapat memakan daging kerbau. tiada lagi lembu untuk Hari Raya Qurban, tiada lagi kambing untuk dijadikan Aqiqah, tiada lagi daging ayam untuk dijadikan lauk kenduri kendara. huhu... sekadar bercandar...=)

Edited by: TAUFIQ JAMAL.

1 comment:

aigoo said...

hm, pe misi n visi ye cipta 2 pe?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...