Saturday, June 23, 2012

Makanan Bajet

Ini merupakan tips terunggul dari guwa. Ahakss!

Kita mulakan dengan introduction dulu ok?

*************************************************

Apakah makanan rakyat Malaysia waktu hujung bulan? Waktu duit gaji dah pakat tibai habis, buat belanja awek shopping, bayar hutang rumah, kereta, beli susu anak, bini nak baju baru, perabot rumah dah rosak nak kena ganti, bagi duit belanja anak gi sekolah lagi.

bagi student-student yang tengah further study dekat universiti/ipg, waktu yang paling menyesakkan lagi menyendatkan jiwa, hati, perasaan bila duit pt/elaun tak masuk-masuk lagi.. wakakakaka

Jadi untuk mengatasi masalah duit, apa kata kata kita berjimat!

"Anda nak berjimat?"

"Mari ikut tips saya" wakakaka.. ayat tak boleh blah gila.

Kita buat penjimatan dari segi makanan. Ok? Kita pilih makanan yang sedap tapi murah. Apakah makanan kegemaran rakyat malaysia waktu tengah hujung bulan, waktu gaji tak reti-reti nak masuk, duit ptptn dah habis.elaun pun tak tinggal nyawa-nyawa ikan je? hehehe..


*******************************************************

meh tengok dekat bawah.

Mi segera.
Kalau tengok duit dalam akaun dah tinggal ciput, dalam wallet tinggal beberapa hingget, janganlah dok menggatal excited makan mcD, KFC, Pizza hut, fish manhattan ke, kenny rodgers bagai. macam mi segera sudah. Waktu makan tu, bayangkan sedang makan laksa ke, spagetthi ke, mee kari ke. Mesti berselera punya! ehehe. Lagi pun, sekarang mi segera kan dah banyak favour. Rm10.00 dah dpt 2 bungkus mi segera. Boleh tahan untuk stok 2 minggu. Jimat gila-gila.

Roti canai.
biasanya orang Malaysia makan roti canai waktu sarapan je. tapi, waktu tengah pokai ni, apa kata kita jadikan roti canai ni sebagai main dish waktu makan malam ke, tengah hari ke. Walaupun roti canai dah naik harga, tapi masih ada lagi kedai mamak yang bagi murah. RM1 masih boleh dapat. Makan sekeping untuk tengah hari, malam kang makan lagi sekeping. Air? air kosong sudahhh. 

Nasi Lemak bungkus.

Waktu korang melangkah masuk ke kedai makan tuh, dengan segera mata tu carik nasi lemak bungkus! Dah jumpa, cepat-cepat ambek. walaupun nasi tuh sikit, tapi lengkap apa hidangannya. ada telur, ikan bilis sket, sambal. Kira ok lah tu. Kalau masih lapar, makan 2 bungkus. Sebungkus baru RM1. Lagi sekali, air ambik air kosong je. Jimat!!!!

Roti/biskut lemak
Makanan ni antara favourite guwa. Murah, sedap, senang! hahaha. Kepada sesapa yang tengah pokai gila-gila duit, sampai nak gi kedai makan pun tak boleh, sebab nak save minyak motor, korang cuba test makanan ni. Kalau yang dah kije tu, OTW balik kerja, singgah kedai runcit kejap, capai biskut kering, roti, dengan jam 1. Tak yah eksen demand jenama apa, sapu je yang murah. Tukaq-tukaq makan. Tengah hari makan roti, malam makan biskut. Boleh diet skali!. Cicah dengan air milo panas ke, teh o panas yang buat sendiri gerenti lemak gila rasanya! Kalau makan macam ni 3 hari berturut-turut, 2,3 kilo confirm turun!

Nasi putih+Kicap+telur mata
Pakej ni yang paling jimat. cuma masak nasi, kemudian goreng telur mata sebiji 2, letak kijap banyak-banyak sket. harga telur 10 biji baru RM3. Takkan dekat rumah xda nasik langsung kan. Kicap tu beli 1 botol, share 1 rumah! murah..murah..murah. Makan pun bunyi mengecap-ngecap.
Sedap!








p/s: 

say nothings without money! 

Elaun, please be nice to me. Masuk minggu depan ya sayanggg. Abang dah takda duit ni. -.-

Waktu tengah takda duit macam ni, banyak pulak benda nak kena bayar! menci..menci..menci




4 comments:

Unknown said...

mohon elaun keluar cepattt...sedih..T_T
nak mkn Mcd....

Cikgu Iqmal said...

nanti boleh lah belanja sy skali ye cik lyeen! heee

Unknown said...

JGN LUPA Makanan free ketika majlis makan malam dan penutupan pertandingan debat..
huhuhuh :)

psssst: sate debat alam sekitar...

Cikgu Iqmal said...

wakakakaka... sate oh sate kenapa engkau sedap..:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...