Tuesday, June 21, 2011

TIPS: Menjaga Rahsia.


Pernahkah anda menjadi seorang yang menjaga rahsia orang lain? Ataupun, anda sering dijadikan tempat mengadu?

Weh, aku ada cerita nak” share” dengan kau, tapi kau kena janji, kau jangan cerita pada orang lain. Pernah juga mengalami situasi sebegini?.

Huhu, saya percaya, mesti ramai yang pernah mengalami situasi seperti di atas. Actually, susah nak jadi penjaga rahsia orang lain. Banyak hati kena jaga, banyak juga risiko yang perlu ditanggung. Right??

Manusia sering bersikap ingin tahu tentang sesuatu perkara, tak kiralah perkara tersebut baik ataupun tidak. Kalau ada seseorang yang sedang bercakap di belakang anda, pasti kita akan curi-curi dengar..hehe, perkara ini sering berlaku kalau mak ayah kita sedang bercakap/berbincang. Mesti curi-curi dengar punya.

Kadang-kadang, kalau kita ternampak member-member tengah lepak, mesti kita nak join skali, untuk tahu apa yang mereka sedang bincangkan, kalau tiba-tiba mereka senyap waktu kita datang, pasti kita akan tertanya-tanya, apa yang sebenarnya mereka cakapkan, tentang diri kita ke, atau ada perkara yang mereka taknak kita tahu ke? Hah, time tu, mesti kita akan berusaha dengan gigih (hihi) untuk dapat maklumat tu.
Ok, di bawah ini, saya paparkan 3 jenis situasi yang sering terjadi di sekeliling kita, tidak kiralah apa pun status anda, atau dengan siapa perkara ini terjadi. Boleh dikatakan perkara ini berlaku dalam kehidupan semua orang dan berlaku di mana-mana sekalipun waima di stesen bas.

Situasi 1:
Anda tahu tetang rahsia si A, dan perkara ini sesuatu yang memalukan tentang siri si A, Tetapi,waktu tengah duduk dengan member yang lain, mereka sibuk dok bercakap tentang si A. Apa yang mereka cakapkan itu, tak betul dan sama sekali salah tentang si dia. Waktu itu, adakah anda perlu diamkan diri sahaja, atau mula bercerita kepada mereka tentang perkara yang sebenar?

Jawapan:
Anda jangan sekali-kali mendedahkan rahsia si A, kerana kemungkinan besar rakan-rakan anda akan memandang serong terhadap diri anda. Si A juga akan membenci anda habis-habisan, kerana kelakuan anda. Jadi, apa yang perlu dilakukakan? Begini, anda hanya perlu berpura-pura tidak tahu, atau pun, anda hanya cuba mengeluarkan andaian/ yang samar-samar.


Situasi 2:
Anda tahu perangai sebenar si B. Tetapi, ketika sedang lepak dengan member-member yang lain, mereka memuji-muji si B, bagaikan dia memang seorang manusia yang sangat baik sedangkan dia sebaliknya!. Jadi, apa yang perlu anda perlu lakukan waktu itu? Adakah anda perlu mendedahkan perangai sebenar si B?

JAWAPAN:
NO, Tak Perlu!, sebab kalau anda cakap ketika itu, pastinya rakan-rakan anda yang lain tidak akan percaya dengan apa yang anda cakapkan. Sebaliknya, anda pula yang akan dituduh sebagai penipu atau pembawa cerita!. Akibatnya, anda pula yang akan disisihkan oleh mereka, dan si B akan cuba mempengaruhi mereka bagi menutup perangai sebenarnya. Apa yang perlu anda lakukan adalah, membiarkan mereka mengetahui sendiri tentang B. Wujudkan situasi yang membolehkan mereka melihat sendiri perangai B. Banyak cara yang boleh dilakukan. Gunakanlah kreativiti anda.


Situasi 3:
Seorang rakan anda bernama C sering mengadu/ bercerita tentang dirinya kepada anda. Mungkin dia menganggap anda seorang rakan yang baik/ rapat dengannya. Rakan-rakan anda yang lain mengetahui tentang perkara ini. Suatu hari, C berperangai pelik dan menjadi tidak mesra dengan semua orang, dan ada dalam kalangan mereka yang bertanya kepada anda. “Taufiq, kenapa dengan C? Nak hangin tak tentu pasal dengan semua orang!”. Pernah kan anda berhadapan dengan situasi sebegini? Jadinya, apa yang perlu anda buat? Adakah anda patut memberitahu, sebenarnya C itu ada problem dengan balak dia, pasal tulah dia jadi camtu, ataupun tidak?

JAWAPAN:
Tidak perlu, kerana ini akan merosakkan hubungan anda dengan C. Ini akan menjadikan C bertambah teruk, kerana dia sudah tidak mempunyai tempat untuk meluahkan perasaannya. Apa yang perlu anda lakukan, adalah, gunakan posisi anda sebagai orang yang rapat dengan C untuk menasihatinya dengan cara yang paling sopan, jangan sesekali menggunakan ayat sindiran, atau ejekan. Dan anda just bagi tahu kepada rakan-rakan yang lain, tak ya la korang terasa dengan dia itu. Alah, C je kan. Member-member pun nak kecil hati ke?. Chill la bro =) . Nampak? Sekarang anda bukan sahaja tidak akan menjejaskan hubungan dengan Si C, bahkan anda boleh membantu menyelesaikan masalahnya, dan mungkin dapat merapatkan hubungan C dengan rakan-rakan anda yang lain.

Kesimpulannya, tak mudah untuk menjadi seorang yang menyimpan rahsia orang lain. Seperti yang saya tulis di awal rencana ini, banyak hati kena jaga, banyak perkara yang perlu diambil kira. Kadang-kadang kalau tersilap langkah membocorkan rahsia orang, anda akan menanggung akibat buruk. Nasihat saya, kalau ia tidak melibatkan diri anda secara langsung, elakkanlah daripada menjadi penyimpan rahsia orang lain, takut-takut nanti anda akan dicop sebagai penyibuk atau dengan bahasa yang lebih tersusun, “Suka Jaga Tepi kain orang lain”. Namun, kalau kita sudah pun menjadi penyimpan rahsia, jadilah seorang penyimpan rahsia yang amanah, kerana dalam Islam sekalipun, menjaga aib orang lain itu adalah wajib. 

Ditulis oleh:
Taufiq Jamal

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...