Friday, January 27, 2012

Senyumlah Kuala Lumpur!

Selamat pagi semua!.

I don't know how to start this entry. Tak banyak benda berlaku sepanjang minggu ni. Just balik kampung sambut raya cina dlm keadaan yang sungguh tragis!  Not much money in my pocket at the moment. Duit yang ada pon cukup-cukup nak buat duit tambang bas gi balik KL.  sebab elaun tak masuk lagi! member-member suma dah dok tanya, 

"Bila elaun nak masuk topek?"

"Elaun? lagi 5 minit masuklah!". Kena kau.

"Babi." AmekO! kena sebijik babi kat muka aku. 

Jemu tu jemu gak, awatlah ampa tak tanya jpp ka, hep ka, unit kewangan ka, ini idak pi tanya aku. Tapi apa ada hal, member-member guwa.  layankan je. Pasal msg2 tipu yang guwa send tu, guwa mintak maap noh. dengan post yang guwa post kat facebook hari tuh ek.

Akhirnya, pada 26 Januari 2012 bersamaan hari Khamis, jam 2.30 pagi, elaun yang ditunggu-tunggu masuk! Masing-masing senyum sampai ke telinga. Ada yang dah siap buat list lagi, apa yang di shoppingkan. kasut futsal, contact lens wane brown, baju baru, seluar baru..bla..bla..bla. Use your money gud-gud OK.

******************************

Cukup-cukup, sekarang back to the title of this post. Dah baca kan tadi. Malas nak taip ulang-ulang. Lagu nih, hari tu kluaq dalam paper dok habaq New York merupakan bandar paling sombong dekat US. Dok tulih yang cara depa jalan laju-laju sampai tak hiraukan apa yang terjadi kat sebelah. Berselisih bahu kat jlan pun tak say sorry. Wat dono je tak bertegur sapa. Senyum pun idak.

Sorry to say, tapi guwa tengok dekat KL ni pon dah lebih kurang macam perangai kat sana. Bukan aku kata semua yang dok KL ni lagu ni, tapi makin hari makin ramai yang perangai cmni. Kalau tak caya, cuba pi naik train, tengok, berapa ramai pelancong2 yang cuba senyum kat orang kita, tapi kita wat taktau je. Berapa ramai jantan-jantan yang duduk kat dalam train tu walaupun nampak makcik2, pakcik2, ibu-ibu mengandung dok saja diri, dia wat dono je duduk. 

kalau naik KTM pulak, berapa ramai yang dok masuk koc wanita, sedangkan hang taw hang tu laki? Kalau waktu jalan, terlanggar bahu orang, bape ramai yang mintak maaf? Say sorry . Paling2 cikai pon, senyumlah sket kak!

siap main himpit-himpit lagi! Udah lah main langgaq ja barisan time nak masuk train. Bau tu jgn citer!

penjawat awam pon masih ramai yang kedek nak senyum time layan pelanggan. tak rugi pun kalau kita beri senyum dan tunjukkan rasa mesra depan pelanggan. Janganlah sombong sangat dengan kami yang jadi pelanggan tuan/puan nih. kami faham awak penat kerja dari pagi sampai petang, 

ya, mmg kadang-kadang tu kita tergesa-gesa nak gi satu tempat. kena rushing nk jumpa client, nak cepat balik sebab takda sapa nak jaga anak kat rumah, dan alasan-alasan yang sama waktu dengannya. Tapi... kita kan dah nak capai negara maju 2020, takkan lah kita nak teruskan sikap lagu nih? Ada satu pepatah inggeris cakap


if you can change your attitude, and show good manners, means you can change your country.

Takkan lah kita nak org tulis pulak lepas ni dalam paper dok habaq, Kuala Lumpur Bandar Sombong di Asia. Sapa yang dok malu nanti? Its not good for tourism and businesses. We can attract more people to visit Malaysia by showing our first class attitude. Boost our economy and inject our tourism industry. tapi kalau kita teruskan sikap sombong lagu nih, alamatnya tak ke mana pelancongan kita. Takkan nak harapkan kempen tarik pelancong dari govt je, sedangkan kita sebagai rakyat tak berusaha langsung untuk tarik pelancong.

ps:

teringat pulak lagu Chek Mek Molek.
Meh dengar meh



2 comments:

Unknown said...

bagus... senyum.. tak perlu kata apa2.. salam kenal :)

Cikgu Iqmal said...

=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...