Thursday, November 22, 2012

Peristiwa cuti aku


Peristiwa hari ni: Yeahhh, saya dah dapat kerja.

10.00 pagi : Adik, isi form ni, letak gambar passport dan pergi ke kaunter sebelah sana (kaunter pertanyaan)

10.15: Ok, kami terima adik kerja, tapi adik kena jaga department minuman keras. Sebab tak lama lagi Krismas. Banyak stok kena letak, dan mesti ramai orang nak beli.

10.18: Errr.. kak, tapi saya Muslim. Mana boleh pegang benda tu.

10.19: Alah, xpe.. muka adik kan macam Cina, mesti takda sapa yang perasan punya. Adik buat muka selumber jer waktu kerja.

10.20: Department lain xde ke kak?

10.21: Takde lah dik. Yang tu je kerja yang kami ada.

10.22: Takpa lah kak, daripada saya kerja pegang benda haram, saya rela duduk rumah.

10.23: Sure?

10.24: Sure, kalau bab2 lain mungkin saya boleh kow-team lagi, tapi bab-bab haram ni maaflah.

10.25: Gua keluar dari situ.

Yang suruh gua isi borang tu Islam, Yang tawarkan gua kerja pun orang Islam, yang suruh gua jaga department arak tu pun orang Islam. Istigfar atas motor sampai rumah.

Dalam masa 20 minit je dah jadi balik penganggur. :)


Saya nak gi tgk AFF Suzuki Cup dekat stadium, tapi duit xda. Kepada datin-datin, puan sri-puan sri di Malaysia ni yang sudi nak belanja, boleh comment dkt bawah. Xpun boleh pm saya k ;)




Thursday, November 15, 2012

Page: Saya taknak couple sebab couple haram dalam Islam.

Asslamualaikum semua :)


Page baru di facebook.  (^_^) 

Insya-Allah dapat beri banyak informasi pada diri kita.

Jom LIKE :)

Langkah 1: 

                   (Saya taknak couple sebab couple haram dalam Islam)
Klik :  http://www.facebook.com/SayaTaknakCoupleSayaNakTerusKahwin

Langkah 2: 

         click "LIKE"


Langkah 3

         Alhamdulillah, anda sudah menjadi sebahagian daripada keluarga besar page ini :)




Assalamualaikum semua :)


Salam Maal Hijrah 1434H. Percayalah, jalan menuju Tuhan tetap bercahaya, walaupun terpaksa menempuhi  rintangan dalam kehidupan. Semoga kita meraih syurga-Nya. Insya-Allah.


Saturday, November 3, 2012

18SX: Honeymoon time!

Salam hujung minggu bulan November! :)

"The uncommon man is merely the common man thinking and dreaming of success in larger terms and in more  fruitful areas" Melvin Power.

Bangun tidur, mengadap buku, buka laptop, dengar mp3, fishing sites, reading e-newspapers, and suddenly I'm thinking about my dream last night. A honeymoon vacation with my "wife".  Spend my time at a place that very beautiful,  romantic and authentic. (kenapa mimpi tak mai waktu malam jumaat?) hehe

Jadi, apa kata pagi ni buat research sikit tentang tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat berbulan madu. Cari majalah libur tapi tak jumpa! jadi kena google lah jawabnya. Kejap, nak yang tempat di Malaysia ke oversea sekali? Yang dalam Malaysia jer lah ea?


"Assalamualaikum, boleh saya bantu?"

"Saya cari tempat berbulan madu."

"Encik nak tempat yang macam mana?"

"Romantik!"

"Baiklah, di sini kami ada beberapa tempat yang terdapat di Malaysia yang menarik cantik dan sesuai untuk dijadikan tempat berbulan madu encik."

1. Pulau Sipadan, Sabah.

2. Pulau Langkawi

3. Cameron Highland

4. Kundasang 

5. Pulau Perhentian

"Wah, menariknya semua tempat ni, tapi macam mana dengan harga pakej yang anda tawarkan?"

"Harga kami bergantung pada customer, mereka kena ukur baju di badan sendiri dahulu sebelum buat keputusan nak pilih yang mana satu"

"Erk, ok!"


Perkahwinan adalah ikatan yang menyatukan dua hati yang ingin bersatu. Separuh hati adalah kasih sayang, separuh lagi adalah pengorbanan. Namun, kedua-duanya diselaputi dengan selaput iman yang teguh di sisi Tuhan.




Tuesday, October 2, 2012

Memori: Pengakap + Ragbi.

Assalamualaikum.. :)

lama tak datang sini. laman sendiri pun tak datang. hee.
penat, saya penat.
penat gila!

Sebenarnya kawan ada blog baru. tapi belum betul2 ready nak publish. Lain dari yang ni. Tapi gua janji, tetap akan update dekat sini.

Hidup kita mesti kena sentiasa ada peningkatan. Untuk jadi lebih baik dari sehari ke sehari prosesnya tak mudah kawan-kawan. Mesti cekal dengan dugaan, mesti tabah dengan cabaran! Dalam perjalanan menuju kejayaan, banyak halangan yang menduga. Banyak juga asam garam dunia yang akan kita lihat depan mata. Terpulang ke manakah kita hendak usung badan kita. Tersilap langkah susah hendak kembali ke pangkal. Di dunialah tempat kita bermuhasabah diri. panjang saya tulis kali ni. huhu

Selepas puasa, kemudian raya bersama keluarga, balik semula ke IPG, ada dua perkara penting yang saya hendak kongsi. Satu perkongsian yang bersifat peribadi. Maaf kepada pembaca yang tak berkenan dengan cara saya menulis entri kali ini.


*******************************************

                  Program: Perkhemahan Badan Uniform Pengakap Zon Tengah. 
                                 (IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Ipoh dan IPG Kampus Tuanku Bainun)
                  Tempat : PULAKO IPG Kampus Ipoh, Perak.
                  Tarikh   : 25.09.2012 - 28.09.2012.

Hidup ini umpama pelangi. Ia menarik untuk ditatap tetapi cantiknya tak kekal lama. Lihatlah dan tenunglah selagi pelangi masih ada.





Cinta itu indah, jadi terpulang bagaimana kita menghargainya. Andai cinta itu galang gantinya adalah melepaskan, maka lepaskanlah. Kerana itu akan membuatkan kita lebih menghargai erti sebenar cinta.



***********************************************


                            Program: Kejohanan Ragbi 10's Piala Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas 2012.
                            Tempat  : Padang Ragbi IK.
                            Tarikh    : 29.09.2012-30.09.2012

Our greatest glory is not in never falling, but in rising up every we fail -Ralph Waldi Emerson-

Tak tahu nak gambarkan apa lagi bila tengok gambar-gambar ni. Bertahun-tahun bekorban, berusaha dan bekerja keras, maka inilah hasilnya. Walaupun masih belum di puncak, tetapi inilah permulaan untuk meniti satu laluan pendakian yang penuh dengan cabaran. 




Senyum itu sedekah. Senyuman itu indah. Indah apabila kita tahu menilai erti sebenar sebuah senyuman.

Tuhan itu adil menilai hambanya. Kekalahan mengajar kita erti pahitnya rasa gagal. Namun, DIA juga tahu bagaimana hendak membalasnya. Manisnya mengecapi nikmat gembira kerana berjaya. Tahniah!



Tuesday, July 31, 2012

Program Bina Insan Guru Fasa IV : Program Anak Angkat


At last, ada juga post untuk bulan ini. Huihuihui..

Assalamualaikum dan selamat berpuasa untuk semua :)

Tahun ni, kita pakat-pakat puasa penuh! Jangan ada lagi yang dok nyorok-nyorok makan bawah meja, buat-buat basuh mulut tapi sebenarnya minum air, kunci bilik makan maggi. Tang tengok blu siang-siang belum kira lagi.

Konsep entri kali ni, wordless but meaningful.:p
Biar gambar yang bercerita.
Biar hati yang mentafsir
Biar rasa yang meneka.


******************************************


                            Nama Program : Program Bina Insan Guru Fasa IV (Anak Angkat)
                            Tempat             : Felda Ijok Selama Perak.
                            Tarikh               : 12 Julai 2012 - 15 Julai 2012
                            Masa                : 4H 3M.






dekat atas tu ada sotong masak kicap, sambal petai, telur itik masak lemak, sayur goreng udang, ikan goreng, dan rendang itik!


Ni je jawapan kepada masalah panas tengah-tengah hari buta. Makan bawah pokok kelapa, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, redup lagi! 




From nothing to something.
with commitment and cooperation, we were finished our job! Perfect new musolla :)



Hari terakhir, bangun pagi-pagi pergi sini. Airnya sejuk, air terjun pun stail. Kami 7 beradik semua gi. Balik rumah terus makan makanan yang mama masak, dan balik semula ke kota batu lepas solat zohor. Selaku yang paling comel antara mereka, guwa nak ucap terima kasih kepada mama dan abah kerana sudi terima kami seadanya. :)


I  BIG


p/s: Tak semua perkara sempurna, namun kita boleh cuba jadikan semuanya sempurna. Terpulang bagaimana cara kita lakukannya. 



Saturday, June 23, 2012

Makanan Bajet

Ini merupakan tips terunggul dari guwa. Ahakss!

Kita mulakan dengan introduction dulu ok?

*************************************************

Apakah makanan rakyat Malaysia waktu hujung bulan? Waktu duit gaji dah pakat tibai habis, buat belanja awek shopping, bayar hutang rumah, kereta, beli susu anak, bini nak baju baru, perabot rumah dah rosak nak kena ganti, bagi duit belanja anak gi sekolah lagi.

bagi student-student yang tengah further study dekat universiti/ipg, waktu yang paling menyesakkan lagi menyendatkan jiwa, hati, perasaan bila duit pt/elaun tak masuk-masuk lagi.. wakakakaka

Jadi untuk mengatasi masalah duit, apa kata kata kita berjimat!

"Anda nak berjimat?"

"Mari ikut tips saya" wakakaka.. ayat tak boleh blah gila.

Kita buat penjimatan dari segi makanan. Ok? Kita pilih makanan yang sedap tapi murah. Apakah makanan kegemaran rakyat malaysia waktu tengah hujung bulan, waktu gaji tak reti-reti nak masuk, duit ptptn dah habis.elaun pun tak tinggal nyawa-nyawa ikan je? hehehe..


*******************************************************

meh tengok dekat bawah.

Mi segera.
Kalau tengok duit dalam akaun dah tinggal ciput, dalam wallet tinggal beberapa hingget, janganlah dok menggatal excited makan mcD, KFC, Pizza hut, fish manhattan ke, kenny rodgers bagai. macam mi segera sudah. Waktu makan tu, bayangkan sedang makan laksa ke, spagetthi ke, mee kari ke. Mesti berselera punya! ehehe. Lagi pun, sekarang mi segera kan dah banyak favour. Rm10.00 dah dpt 2 bungkus mi segera. Boleh tahan untuk stok 2 minggu. Jimat gila-gila.

Roti canai.
biasanya orang Malaysia makan roti canai waktu sarapan je. tapi, waktu tengah pokai ni, apa kata kita jadikan roti canai ni sebagai main dish waktu makan malam ke, tengah hari ke. Walaupun roti canai dah naik harga, tapi masih ada lagi kedai mamak yang bagi murah. RM1 masih boleh dapat. Makan sekeping untuk tengah hari, malam kang makan lagi sekeping. Air? air kosong sudahhh. 

Nasi Lemak bungkus.

Waktu korang melangkah masuk ke kedai makan tuh, dengan segera mata tu carik nasi lemak bungkus! Dah jumpa, cepat-cepat ambek. walaupun nasi tuh sikit, tapi lengkap apa hidangannya. ada telur, ikan bilis sket, sambal. Kira ok lah tu. Kalau masih lapar, makan 2 bungkus. Sebungkus baru RM1. Lagi sekali, air ambik air kosong je. Jimat!!!!

Roti/biskut lemak
Makanan ni antara favourite guwa. Murah, sedap, senang! hahaha. Kepada sesapa yang tengah pokai gila-gila duit, sampai nak gi kedai makan pun tak boleh, sebab nak save minyak motor, korang cuba test makanan ni. Kalau yang dah kije tu, OTW balik kerja, singgah kedai runcit kejap, capai biskut kering, roti, dengan jam 1. Tak yah eksen demand jenama apa, sapu je yang murah. Tukaq-tukaq makan. Tengah hari makan roti, malam makan biskut. Boleh diet skali!. Cicah dengan air milo panas ke, teh o panas yang buat sendiri gerenti lemak gila rasanya! Kalau makan macam ni 3 hari berturut-turut, 2,3 kilo confirm turun!

Nasi putih+Kicap+telur mata
Pakej ni yang paling jimat. cuma masak nasi, kemudian goreng telur mata sebiji 2, letak kijap banyak-banyak sket. harga telur 10 biji baru RM3. Takkan dekat rumah xda nasik langsung kan. Kicap tu beli 1 botol, share 1 rumah! murah..murah..murah. Makan pun bunyi mengecap-ngecap.
Sedap!








p/s: 

say nothings without money! 

Elaun, please be nice to me. Masuk minggu depan ya sayanggg. Abang dah takda duit ni. -.-

Waktu tengah takda duit macam ni, banyak pulak benda nak kena bayar! menci..menci..menci




Monday, June 18, 2012

PRU Ke-13: PAS dan UMNO Bersatu?


Mulakan dengan angan-angan!

Masih belum PRU Ke-13, maknanya masih ada masa, masih ada peluang. Saya bukan agen UMNO, saya bukan ahli PAS. Saya tak ada kepentingan dengan mana-mana parti. Saya cuma bercakap sebagai pengundi muda. Orang muda yang dambakan perpaduan. Orang muda yang ingin bersama-sama pemimpin membentuk persekitaran umat Islam yang lebih kuat dan lebih utuh.

Namun perjuangan untuk menjadikannya realiti bukan semudah yang disangka. Jalannya tak seindah sentuhan mata. Pangkalnya masih jauh, jalannya juga belum tiba

Saya percaya, bukan saya seorang yang memasang impian untuk melihat dua parti tunggak umat Islam ini bersatu, bahkan jutaan umat Islam di Malaysia ini menginginkannya. Ahli kedua-dua parti ini juga 100% Islam!

*********************************

Meh teman cerita, apa pengertian di sebalik lambang.

WARNA HIJAU. 
Kenapa guwa letak warna Hijau dekat bahagian atas berbanding warna kuning yang duduk bahagian bawah? Hijau itu melambangkan agama Islam yang sentiasa berada di atas, dan warna kuning itu adalah lambang Institusi diraja yang menjadi Ketua Negara. Andai Islam tidak berada di atas, sejauh bijak mahupun adil seorang pemimpin, tetapi tidak mengamalkan dan menghayati ajaran Islam, negara akan musnah akhirnya. 


Bulatan warna PUTIH.
bulatan ini melambangkan perpaduan umat Islam yang tidak dipenuhi dengan penyakit hasad dengki, busuk hati dengan kejayaan orang lain serta ikhlas dalam perjuangan memartabatkan ummah. Andai umat Islam bersatu, bulat akan kekal bulat, warna putih tidak akan dikotori dengan titik-titik nista dan akan terus menerangi kehidupan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kerana andai umat Islam kuat di Malaysia, itu bukan ancaman kepada golongan minoriti, sebaliknya umat Islam akan menjaga kepentingan mereka berpandukan lunas-lunas perlembagaan yang sah.


Tulisan Jawi dan Warna Merah.
Walaupun makna tulisan jawi itu maksudnya PEKEMBAR, namun itu bukan makna yang saya maksudkan. Tulisan Jawi itu lebih utama daripada makna tulisan itu. Tulisan jawi perlu segera dimartabatkan semula. Jangan biarkan ia jadi segan silu di bumi sendiri, padahal majoriti rakyat di Malaysia beragama Islam. Jangan biarkan umat Islam sendiri tidak tahu menulis dan mengeja tulisan jawi! Makna merah itu maksudnya berani bertindak demi mempertahankan hak Umat Islam di Malaysia dan di dunia. Ingat, Hak tidak sekali-kali mampu bercampur dengan batil!


Warna Kuning.
Warna kuning membawa perlambangan kepada Institusi diraja di negara kita. Institusi diraja merupakan tunjang kepada perlembagaan yang perlu sentiasa dipelihara dalam konteks kenegaraan.Namun, seperti yang saya tulis di atas, kuning tetap dan masih berada di bawah warna Hijau, kerana dalam menentukan pemimpin, pemimpin yang memelihara kepentingan ummah dan menjaga hak-hak umat Islam di Malaysia perlu diutamakan. Andai pemimpin atasan seperti Raja dan Sultan tidak mahu patuh dengan ajaran Islam dan tidak lagi mendaulatkan Agama Islam, pemimpin yang mengangkat Agama Islam dan beragama Islam ddengan ikhlas dan tidak mempunyai agenda peribadi perlu diberikan keutamaan untuk menjalankan pentadbiran dan pemerintahan negara.


p/s:
bersatulah untuk kepentingan ummah. Mungkin parut sejarah yang pahit ketika cuba bersatu suatu ketika dahulu masih ada dan sukar untuk diterima, namun tidakkah kita terfikir, itulah proses membentuk keserasian. Dalam proses pembelajaran ada pahit, ada yang manis. Masin dan masam juga bertukar ganti. Kepada pihak yang lagi satu, jangan kerana anda sudah lemah, anda mempergunakan pihak lain untuk menjadi kuat kembali! Perpaduan untuk anda berdua bukan kerana agenda peribadi mahupun kepentingan parti, namun fikirkan masa depan ummah. Sudah diingatkan berulang kali, jangan bongkak dalam menguruskan harta negara, jangan taksub dengan kuasa dunia.

Ingat, jika masih ada hasad dan kepentingan peribadi untuk bersatu, perpaduan tidak akan dapat menjadi kenyataan. Musuh mahu kita berdua lemah, mahu kita berdua kalah, mereka mahukan orang lain yang mengetuai kuasa, bukan anda berdua.

Sebatang lidi akan patah jika dilentur, namun sukar dipatahkan jika ia diikat dengan ratusan lidi yang lain. Kita tidak lupa dengan pepatah ini bukan? Moga-moga angan-angan menjadi kenyataan!

Salam.


Sunday, June 17, 2012

Entri untuk Abah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri blog kali ini guwa buat special untuk hari bapa.
First of all, selamat menyambut hari bapa untuk semua ayah/abah/daddy/bapak/walid di luar sana, especially untuk bapa saya Encik Jamal bin Suip yang tengah duk manja-manja agaknya dengan puan siti dekat rumah tu. Hee

Dah lama tak menulis, rasa macam janggal pulak. Haha. Padahal internet yang slow bebenOh dekat kampung tuh, yang tak membolehkan guwa update! :p

To the YB P146 Muar, please do something better to widening the internet connection, especially untuk kampung YB sendiri. Kampung Wifi Programme maybe is the right solution. As a voters we need the accomodations. Hangin jugak kadang-kadang, sebab dekat kampung guwa bukan area kawasan 3G!. GPRS saja tahu! Ehehe... (kalau member-member guwa baca ni, habis kena kutuk seminggu!) tapi jangan risau dowang bukan baca pun blog ni. Wakakaka.

Hari ini hari bapa. Hari ini juga hari Isra dan Mikraj. Nice combo for today. Both are important right? Sebagai orang Islam, kita perlu mengetahui kepentingan peristiwa Isra dan Mikraj. Solat diturunkan dan diwajibkan untuk ditunaikan. Jadi jangan tinggal lagi solat kita tu ok. (based on my experience!) haha. Be a better person everyday.


**************************************


Oklah, entri kali ni  nak cerita tentang kisah tentang hari bapa. Cerita yang nak disampaikan ni bukan cerita tipu-tipu. Tapi kisah benar yang biasa terjadi pada diri kita sebagai anak. Saya tahu saya bukan individu yang baik! Sungguh saya tak tipu! Banyak buat silap, banyak buat salah, banyak sakitkan hati. Itulah saya. Ramai jugak yang kata saya berlagak! Tapi guwa tak marah, sebab takda sebab nak marahkan orang lain. Maybe they are right.

If you need to know who you are, you cannot simply using a mirror as your jugde!

Mana cerita hari bapanya ni cik kiah oiii?

Haha... ok,ok.. ni ceritanya.

***************************************


(kenangan dengan arwah atuk dan nenek)
Saya yang pakai songkok tu! (haha, tetiba mention)
handsome kan! hee

Sebagai seorang anak, orang yang paling kita sayang tentunya ibu bapa kita kan? Tapi biasanya ibu bapa kita lah orang yang selalu kita abaikan. Tapi bukan semua, dan guwa masih yakin, walaupun anak-anak pernah marah, tengking atau tak puas hati dengan mak/ayah, kita tetap sayang mak ayah. Kalau raya, mesti tergerak hati nak beli baju dekat ayah dgn mak. Bila kita makan sedap-sedap, tiba-tiba terfikir, agak-agak mak ayah aku makan apa je sekarang ni. Hmmm :(

Biasanya kita akan selalu ingat hari Ibu berbanding hari bapa. Sebab orang kata, ibu lebih dekat dengan diri kita. Ok, kalau macam tu, sempena hari bapa ni, kita sebagai anak carik pengalaman yang paling tak boleh dilupakan antara kita dan bapa kita. Kalau nak diikutkan memang banyak gila pengalaman dengan abah. Dari pengalaman kena bantai dengan tali pinggang, kena tibai guna hanger, abah belikan basikal lagi.

Tapi ada 1 pengalaman yang guwa tak akan lupa sampai bila-bila. Pengalaman hantar dan ambil guwa dari sekolah masa kecik-kecik dulu. Masa Prasekolah sampai darjah 2 kot.

Satu hari tu hari sukan sekolah dan guwa terlibat dengan permainan sukaneka. Yela, waktu tu masa prasekolah lagi kan, jadinya sukaneka lah satu-satunya acara yang dibolehkan masuk!

Tapi, pagi tu anakanda tercinta abah ni bangun lewat. Mandi lewat, sarapan lagi lah lewat. Ibu dah membebel tak berhenti-henti. Kalau korang nak tahu, waktu kecik-kecik dulu guwa ada 1 tabiat, iaitu suka termenung waktu mandi. ½ jam baru cedok 1 gayong air. Lepas tu termenung balik.

Lepas dah siap-siap pakai baju sukan, abah suruh cepat-cepat suruh pakai kasut. Hari tu, dia nak hantar gi sekolah guna basikal je.

Tapi, tiba-tiba...

Waktu nak melintas jalan, basikal tu kena langgar dengan sebijik kereta. Guwa tergolek, abah pun tergolek kat tepi jalan. Bunyi langgar tu kira kuat lah jugak, sampai jiran-jiran ada yang keluar rumah. Abah terus peluk guwa kuat-kuat. Abah menangis.

 Abang tak apa-apa?

Maafkan abah nak, abah tak nampak kereta tu tadi sambil badannya menggigil

Aku hanya diam, sebab memang terkejut.

Tangan abah berdarah, mungkin sebab tangannya bergesel dengan tar. Dari jauh, nampak ibu berlari mendapatkan kami. Ibu pun nangis jugak waktu tu. Dia peluk kami kuat-kuat.

Tapi abah tetap hantar aku ke sekolah. Lepas explain dekat Cikgu Suria (Nama cikgu prasekolah), guwa Cuma boleh duduk tepi je. Sepanjang hari guwa diam je, tak bercakap sepatah pun. Dari start acara sukan, sampai majlis penutup ayah guwa duduk sebelah.

dan rumah sukan guwa kalah teruk kena bantai dalam sukaneka tu. Nombor last weh. kalau guwa ada,mesti tak jadi teruk macam tu. wakakaka

Itulah ceritanya.


Untuk abah, abang nak abah tahu, abang bangga ada seorang ayah seperti abah.


p/s:

ustaz Pahrol bin Joi pernah cakap:

Kita seringkali mengeluh dengan kerenah ibu dan ayah kita yang sudah tua. Namun, kita lupa betapa cinta mereka terhadap jasad yang bernama anak itu lebih besar dari segala-galanya. Ya, mungkin benar kata pepatah, sejarah ialah benda yang sudah berlalu, dan benda yang sudah berlalu itulah perkara yang sering membuatkan kita lupa siapa diri kita sebenarnya!



Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru Cikgu!


16 Mei tiap-tiap tahun ialah hari yang dikhususkan untuk cikgu. Toksah mengada-mengada nak habaq 16 Mei hari usahawan tani berjaya ka, hari model cantik sedunia ka. Kalau nak, 17 Mei bole.:p

Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu sekalian.

Untuk entri kali ni, guwa tulih ringkas je taw, sebenaqnya bizi ni. Almaklumlah musim-musim exam. kena lah pulun sikit. kang mampuih kena pukul balik rumah bawak slip degree xda A. Ada yang kena bagi ceramah lah jawabnya nanti. Taw-taaw lah puan siti kat rumah tu. hehehe.


      ************************************


Kalau kita cakap ja sambutan hari guru, apa yang ampa dok bayang la ni? Mesti hadiah kan? Hadiah apa lah yang nak bagi kat cikgu-cikgu kat sekolah tu. lagi-lagi buat cikgu-cikgu pempuan yang kiut-kiut, comel-comel. Mesti depa lah paling banyak dapat hadiah. sampai tak menang tangan nak pegang. Cuba cikgu disiplin. takda nya dapat hadiah menimbun lagu tuh!

termasuklah guwa. waktu hari guru kat sekolah dulu, boleh kata tiap-tiap tahun guwa bagi hadiah kat cikgu. Tapi kat sesetengah jela.. hehe. (budak sekolah kan ta cukup duit lagi. sebab tu lah kita ta bagi kat semua cikgu kan.kan?) haha

lagi pulak, waktu nak bagi hadiah pulak saja tunggu cikgu yang guwa suka tu dok sebelah cikgu yang garang. Kang buat muka paling kiut, pi huloq kat cikgu tu.


"Cikgu, ni hadiah saya bagi kat cikgu. Selamat Hari Guru cikgu."


Waktu tu, guwa syak cikgu lain dok usha panas je. Takkan cikgu nak mintak kat anak murid hadiah pulak kan. haha.. So, depa jeling jelah.

Lagi 1 kumpulan cikgu yang susah nak dapat hadiah, ialah cikgu lelaki. Melainkan cikgu laki tu ensem. Sapa setuju? Biasanya budak-budak pompuan lah yang bagi. Setakat bunga rose tu, kad bentuk love, dah biasa sangat guwa tengok cikgu-cikgu laki dapat. Nak ngejas lah tu, lagi-lagi cikgu yang ta kahwin lagi.

Dalam entri kali ni, nak share dengan ampa semua jenis-jenis hadiah yang biasa bebudak bagi pada cikgu. Ni zaman masa sekolah rendah dulu. Taktaw lah zaman la ni, ada ke dak lagi hadiah-hadiah macam ni.




agak-agak bila start mengajaq nanti, dapat hadiah apa ek? bagi ipad kat cikgu boleh? tak pun mai bagi samsung S III pun dah cukup! hahaha..:p

Semoga semua warga pendidik tidak jemu untuk terus berbakti kepada negara. Buat rakan-rakan bakal guru, semoga kita sama-sama meneruskan kegemilangan mereka. 

Buat guru-guru di Tabika kemas kat kampung, sekolah rendah lama guwa, sekolah menengah, dan di ipg, Selamat Hari Guru buat anda semua!


p/s:
Guru umpama baja yang menyuburi sepohon pokok. Andai baja tidak diberi, pokok masih boleh tumbuh, namun tumbuhnya dengan bunga yang tidak mekar  dan buah yang tidak ranum


Saturday, May 5, 2012

Pengalaman Bersunat

Dengar lagu korea pagi-pagi buta dekat mp3. Hmm, bosan lah hujung-hujung minggu macam ni. Tak taw nak buat apa. Nak tengok The Avengers, budak-budak ni dah gi tengok! Janji tak ditepati! menci menci menci. Tak kan nak gi melepak dekat mid valley tu sorang-sorang semata-mata nak tengok wayang. Tak ada kije.

Oleh sebab dah takda kerja nak dibuat, bukak lah youtube. Termenung sorang sorang. Nak carik video apa? Carik video-video korealah!. Untung-untung dapat jugak tengok awek cun. Ampa minta group mana? Guwa minat SNSD!. Dia punya menari, pergh! boleh layan stim kadang-kadang. Ngee~

Cik awek kat sini jangan jeles kalau pakwe-pakwe ampa tu dok hingaq minat korea tetiba. Ringtone pun korea, fashion korea. Tiba-tiba bila keluar dating, dia ubah penampilan. Pakai seluar skinny, suka guna warna striking, baju fit, pakai specx clear tu besaq-besaq. Selalu kan jumpa spesis orang Malaysia ni kat shopping mall? Sumpah annoying, tapi bukan semua. Kalau ang dah taw muka ang ala-ala pecah rumah, warna kulit pun putih nyer lagi sikit dari gelap, toksah lah pakai macam tu. Tak sesuai doh! Pakai lah ikut kekesuaian diri. Bukan pakai sebab fashion tu tengah trand!. Nanti jadi mangsa gelak je.

Tapi bagusnya cerita korea ni, kita dapat belajaq bahasa korea. Annaseo~ . Kot-kot boleh tackle awek korea yang cun, cute lagi seksi! hehe.. Tapi pelik, orang lelaki kalau suka benda tu, dia suka biasa-biasa je. tak macam orang pompuan. Awek-awek kat Malaysia minat tahap gaban dengan pelakon ke artis korea yang lelaki. Simpan gambaq, dok tatap hari-hari. Apa special sangat depa tuh kalau nak dibandingkan dengan laki-laki tempatan? Habaq sikit.


Ampa taw dak, depa tu tak sunat! 


Ampa nak ke kawen dgn laki tak sunat?? hahaha...



(lebih kurang kan guwa dgn lee min ho? hoho)
guwa rasa sama ja! :p

Buat artis-artis korea tu semua, meh ak share dgn ampa semua tentang pengalaman bersunat! 
tengok ampa berani ke dak! 

Dulu waktu kecik-kecik, macam-macam mitos tentang sunat ni. Ada yang kata kalau salah cara ang sunat, kote ang akan jadik bengkak! Selamber je pakcik-pakcik kampung pulak cakap, kalau doktor tu silap potong, mawu-mawu jadik pendek! Erk! Sapa maw benda alah tu pendek kan! h

Guwa sunat masa darjah 4 nak naik 5. Waktu tu dah adalah 4,5 orang member yang dah sunat awal dari guwa. So, dengan title lagend, depa buat soal siasat. Dok tanya macam-macam.ang punya buta ke dak? "buta" ni orang-orang laki je taw. Guwa kata TAK kot!. depa cakap, kalau buta, mesti sakit! Biasanya doktor mesti guna gunting yang besaq sikit. Tak pon, nak bagi lembut, kena guna pisau yang potong ayam tuh!

Erk, sumpah muka guwa merah padam waktu tu! Takot punya pasal, guwa ambek basikal guwa, terus blah balik rumah. Sampai rumah, guwa terus masuk bilik. Bila kat meja makan waktu makan malam , guwa dengan muka harapan tanya soalan.


"Boleh tak abang sunat tahun depan abah?"


"NO!"

simple x jawapan ayah guwa? 
Dalam hati waktu tu, kenapalah lelaki kena sunat! Argghhhhh.


Mula-mula ayah guwa nak guna cara tradisional. Duduk atas batang pisang. Sunat dgn Tok mudim. Tak nak guwa! sebab muka tok mudim tu garang gila. Guwa ingat cerita-cerita dekat tibi tu saja nak takut-takutkan guwa, dok tunjuk muka tok mudim yang garang dan menakutkan. Satu hari tu, rasanya dalam 4 hari lagi nak sunat kot, ayah guwa suruh pergi rumah tok mudim. Pi hantaq makanan, dan tolong ingatkan dia tentang tarikh sunat tu. Bila guwa beri salam, dia jengah dekat tingkap sambil tengah asah pisau.


"Tok, ni abah suruh bagi dekat tok."


"Oh, ini anak Jamal yang nak sunat tu?" Dia buat suara garau yang garang.


"Tak lah tok, saya dah sunat, yang nak sunat tu adik saya." guwa tipu.


Tiba-tiba dia raut pisau tu dekat tempat asah sampai keluar bunyi tajam yang kuat.


"Jangan tipu tok, bapak kau dah cakap yang nak sunat tu engkau!. Kau nampak benda ni?" sambil tunjuk pisau yang ada kat tangan pada guwa.


Guwa tak cakap banyak, ambek basikal kayuh laju-laju balik rumah. Tok mudim tu  punya misai, perghhh, melentik bak bang. Sapa yang sunat ikut cara tradisional? share rr sikit citer korang. Tok mudim tempat ampa garang tak? budak-budak kampung guwa pulak cakap kalau sunat dengan tok mudim dia guna pisau sembelih lembu! Xda bius! Puas gak guwa pujuk ayah guwa, suruh sunat dekat klinik.

( nak tanya: relevan lagi ke batang pisang ni untuk bersunat?)

Waktu dah sunat pulak, dok kecoh cakap tak boleh makan ayam, teloq, burgers, itu ini. Alasan nya? Untuk elak daripada bentan! Kalau sesapa yang tak taw tu, bentan tu sejenis masalah yang sering berlaku pada orang yang tengah sunat. Pipit akan jadi bengkak, sakit dan akan lambat baik. Makanan tu semua DILARANG sebab benda tu semua benda gatal. Tapi, ada je member-member guwa yang lain, makan. Elok je, baik pun lebih kurang sama je. 

Gampang gila.

Bila guwa tanya balik mak guwa masa dah besO ni, dia senyum je. Dia cakap, benda dah lama lepas, tapaya tanya lagi lah! Ibu dah boleh dapat cucu dah! (guwa jem sekejap waktu tu). Alih-alih sepanjang guwa sunat, guwa makan nasik lauk kicap dgn ikan haruan goreng! seminggu dok ngadap lauk yang sama.


 

benda alah ni lah yang guwa tak dapat makan sepanjang guwa sunat! 
Memang anak-anak guwa nanti pun, guwa tak bagi makan. :p

Waktu nak bukak balutan, punya lah gabra. Apa taknya, sepupu guwa yang sunat sekali dgn guwa punya keluar darah! Nanges kot waktu tu. Waktu tu dia masuk bukak dulu. Lepas tu baru guwa. Tapi bila dah bukak, takda lah sakit mana. Siap doktor tu puji lagi. Dia cakap guwa pandai jaga. cepat kering tempat jahitan tu.

Sepanjang waktu sunat, perkara yang paling guwa benci sekali, bila nak berak. Nak basuh punya lah payah! Macam-macam skill guwa guna bagi tak kena TuuuuTTTttt. Terpusing-pusing tangan guwa, sekejap ke kiri, sekejap kanan. Belakang pun guwa test jugak. Sepanjang seminggu tu jugak, guwa tak mandi. Main lap-lap je. Itu pun mak guwa lapkan.

Tapi, bila terkenang balik, waktu sunat tu best jugak. Semua yang kita nak, confirm dapat. Petik je, nak milo ais, kang tak lama lepas tu, datang milo ais. Kang bila haus lagi, nak fresh orange pun boleh dapat. Bila rasa nak makan jajan, adik guwa kena paksa beli dekat kedai! hahaha. balik bagi jajan dekat guwa, dengan muka masam! Cuba kalau tak sunat, jerit lah macam mana pun, takda nyer orang nak layan.nak air, pi dapOq, buat sendiri.

Waktu tu jugak, duit orang bagi berkepuk-kepuk. Orang datang je bagi duit. Beratus jugak lah dapat waktu tu. Tapi tiap kali orang datang, tiap kali tu jugak lah dok gatal nak tengok guwa punya!. Memang guwa tak bagi rr! hahaha. Sihat-sihat je, request basikal baru kat abah guwa!. 


p/s:
All of us want to be the best, but we must know the best among the best is belongs to one person only. So, the person must "like" an angel. Try to be perfect although we know we are not a perfectionist. Remember, we are star and can be a brighter star. No pain no gain!



Thursday, May 3, 2012

Rumah Idamanku!

Cerita tentang dunia, memang memenatkan. Ibarat sebuah perjalanan mendaki sebuah gunung yang tinggi. Adakala kita jatuh, adakala kita berjaya mendaki puncaknya. Kalau cukup bekal, pasti kita punya tenaga. Jika persiapan yang dibawa juga sambil lewa, peluang untuk sampai ke puncak sememangnya tipis! Hanya mereka yang benar-benar kuat akan berjaya.

Salam...
Apa khabar kawan-kawan? Guwa rasa ramai yang sihat-sihat. Ada yang tak sihat ke? Kalau ada tu, kita satu geng lah! Guwa demam! (motif, bagitahu orang). hahaha. Maklumlah, kampus guwa tengah panas dengan deman denggi! Sampai berduyun-duyun keluar masuk hospital. Tapi tak taw lah kena denggi ke tak guwa ni. Tak KOT!. Demam biasa-biasa je rasanya. Pulak sekarang cuaca tak menentu. Kadang-kadang hujan tanpa diduga.. Panas terik yang tak dipinta! Dunia sedang bergolak untuk terus kekal sebagai dunia. Errkk..

Banyak benda yang menduga sepanjang April. Kalah, kalah dan kalah. Nak cakap apa lagi, memang dah kalah! Fact is always fact right? Hahahaha. Tapi, sekali kita jatuh, tak semestinya kita terus jatuh kan? Aku ni jenis manusia yang sangat percaya dengan USAHA berbanding bakat. Walaupun ang tak ada bakat "gifted" tapi kalau kita berusaha pasti kita boleh lebih berjaya berbanding orang yang ada bakat tapi tak dimanfaatkan. Tapi dgn syarat, kalau orang lain usaha sekali ganda. kita mesti berusaha keras 5 kali ganda! Yes, we must sacrifice. Bersedia untuk sakit jika hendak berjaya.

Panjang gila intro.

******************************************

Ok lah, back to the topic, sebagai seorang yang sedang blajaq dan tak lama lagi nak kije, mesti kita ada simpan angan-angan untuk merealisasikan semua impian yang dah terbuku di hati kita sejak dari kecik-kecik. Mesti ampa semua ada impian ampa sendiri kan, macam nak pi bercuti keliling dunia, nk kompol mainan2 yang tak dapat beli waktu zaman budak-budak sebab mak tak bagi bagi. kan kan? Tapi satu benda yang kita semua nak ada ialah rumah. Betoi dak? Yela, kang dah kahwin, mesti kita nak tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak dgn isteri-isteri isteri kita yang comel tuh duduk dekat rumah yang selesa. Boleh jugak bawak mak bapak duduk sekali.

Tapi guwa tak kata, rumah idaman seseorang tu semestinya kena banglo 5 tingkat, ada swimming pool, ada lift bagai. parking lot untuk 6 biji kereta! semua kena ikut kemampuan masing-masing. Ada orang suka rumah macam apartmen, kondo, flat. yang tinggi-tinggi. Ada pulak yang suka rumah sebijik-sebijik macam banglo. Tu belum cerita yang suka duduk dekat kampung ke bandar. Nak modernnnn lah, nak tenang lah.

Pernah dak waktu zaman kecik-kecik dulu dekat sekolah, cikgu ampa suruh lukis gambaq rumah idaman saya? Lukisan guwa waktu tuh, memang hiperbola gila! Guwa siap buat pelan lengkap. Ada ruang bawah tanah. Ada terowong nak lari kalau-kalau rumah kena rompak! Dalam rumah guwa tak main pakai tangga. Kena guna eskulator. Lift pun guwa sumbat sekali. Keliling rumah, guwa letak kolam ikan cup yang mahal nak mampuih tu. Ada swimming pool kat tepi. Nak kasi ceria sikit lukisan guwa tuh, keliling rumah guwa buat konsep English Garden. Tanam bunga ros, bunga apa-apa jelah, janji bagi warna-warni. Waktu tu mana tahu jenis-jenis bunga ni semua.


MAMPU?? puiiii


Itu kalau guwa jadik businessman boleh lah guwa buat, ini idak, kang keje jadik cikgu je. Takde nyer mampu nak buat rumah besaq lagu tuh. Mula-mula excited nak jadik angkasawan. Sebab mak guwa kata, ang kalau dapat jadik angkasawan Malaysia yang pertama, ang mesti pemes. Mesti kaya! Jadinyer asal cikgu tanya je nak jadik apa time dah besaq nanti, guwa pun jawablah nak jadik angkasawan!


Bila cikgu tanya, kalau x dapat jadik angkasawan nak jadi apa?


Guwa pun jawab nak jadik Businessman cikgu!. Nanti boleh pakai Mers, dgn Ferrari cikgu! (waktu tu guwa kenal 2 kete tu je!) budak kampong doh. Tapi, lama-lama angkasawan tah ke mana, businessman tah ke mana. alih-lih tukaq jadi cikgu. InsyaAllah, lagi 2 tahun.


Dah lepas guwa belek-belek gambar rumah yang keluar dekat goole tuh, inilah 3 contoh rumah idaman guwa. Biasa-biasa je. Xda swimming pool, xda ikan cup!

(jenis rumah taman yang guwa suka)

(kalau ada rezeki lebih, guwa lagi suka buat rumah sebijik macam ni. Tengok rumah je, abaikan kolam yang dekat depan tuh! haha)

(rumah kayu macam ni pun guwa minat gak! cantik kan)

Mak guwa pesan, jangan cari rumah yang macam flat ke, kondo ke, apartmen ke, sebab dia tak suka tinggi! lagi 1 dia dok habaq, ang tak kesian ka kat mak ayah ang ni, dah tua-tua nak dok tinggi-tinggi. Kang kot-kot lift rosak, ang nak suruh kami guna apa? hahahaha, guwa jawablah. Lah, tangga kan ada.

pedepek, kena selipar sebijik kat muka! keh keh keh.


p/s:
ukur baju di badan sendiri. Kalau badan ang kecik, tapi enxited pakai baju besaq, takkan nampak cantik punya. Percayalah! Macam tu jugak kalau badan ang besaq, tapi pakai baju sendat sangat, pun jadi tak cantik. Pakai biaq padan dengan kita. baru selesa! 


Monday, April 16, 2012

Cuti-cuti: 7 Hari di Kedah Darul Aman!

Salam! dah lama gila tak update kan. Alasan biasa guwa, bizi lah. Siyes aku tak tipu. Ok, guwa start dengan peristiwa yang terjadi pd guwa minggu ni. Hari tu, online fb jap. ada org keluar friend request. Malas guwa nak stalker sapa yg add guwa kat fb ni. Sekali tengok, DP macam cantik, so terus approve. Orangnya free hair, muka posing seksi, pakai baju nmpak lurah bilOt.. hee. Tak lama lepas tu, biasalah, keluar mende ni kat wall guwa.


Thanks for the approval! :)


Waktu tu tak kena masa, guwa tengah penat sebab pidato tuh. Kalah boh! hahaha. So, malas nak comment, guwa tekan like je. Tiba-tiba, boleh private msg pulak pompuan ni


"hi, boleh kenal?"
"Badan awak tough lah!" benda alah ni lah yang masuk dekat fb chat guwa yang diiringi bunyi ting dr fb tuh.


"Erk, awak ni sapa?"


Saya Mira, umur saya 20. Sebenarnya guwa ada tanya, dia budak U mana. Tapi guwa tanak mention kat sini, kang tak boleh terima pulak student2 U tu yang laen dengan perangai student sorang ni. Tak masal-masal guwa kena banned. Awak, nak mintak YM awak boleh? dia mintak dekat guwa.


"Nak buat apa?"


"Nak kenal-kenal. Takpa lah kalau tak boleh. K bai"


"eh..eh, jangan lah macam tuh, tak cakap pun tak bagi. Meh bagi alamat YM awak. Meh saya add." Guwa kalau bab-bab YM ni tak kesah sangat. Sesapa pon guwa tak kesah. Tapi yang tak annoying rr. Kalau buat palat dgn guwa, kau add lah sampai kiamat, takde nyer aku nak approve! hahaha


" = ) "


"okie, saya dah add awak."


First2 je, dah share picture dgn guwa. Tak banyak cekadak, guwa terus accept. Nak taw gambar apa? Gambar tet*k! Ish, gila betul budak ni! Senang gila bagi tunjuk. Kenal pun tak sampai bape minit, tiba-tiba je terus bagi! Dah macam babak dalam drama Melayu kat tibi dah guwa tengok, ta expect pulak benda ni jadi kat diri sendiri. Tapi guwa tak save pon gambar tu. kecik. Ahahahahaha!


GAMPANG GILA


Lepas tu, guwa cuma sempat balas "  ?  " je.


dia terus tulis panjang nak mampuih.


Abang nak tak?
Mira tengah gersang lah!
Hmm.. jom kita jumpa nak?
Mira nak bagi big hug kat abang! 
Mintak no tepon abang boleh?
Boleh Mira call abang sekarang, kita wat phone s*x!
Abang.....jomlah! plizz.


Huh, guwa tarik nafas panjang-panjang. Kalau ikut mulut guwa, memang dah kena maki dah. You should not be like that!. Tapi, guwa cuma tulis Sorry, saya tak minat lah awak benda-benda macam ni. Awak cari orang lain ok? Sebab mengenangkan hang tu bukan family lah, guwa berlembut lagi.

Selamat guwa takda adik perempuan!
tak payah susah-suah pikir benda-denda ni semua!

Kalau nak fikir pasal gersang, memang rr gersang! tapi takda sampai tahap guwa nak layan cikaro-cikaro macam ni. Kang tak memasal free-free dapat HIV! Sorry, im not like that ok. Guwa utk bini guwa je. Mutkamad! Serius gila babi bab-bab macam ni.

Untuk wanita-wanita yang ada di luar sana, tolonglah jaga body awak-awak tu. Lagi-lagi yang comel-comel, seksi-seksi, cutting yg superb! protect lah sikit. Bukan suka-suka bagi kat orang.

Panjang pulak intro.

Sebenaqnya, guwa nak share dgn ampa semua gambaq-gambaq guwa waktu pergi buat PBS dekat Kedah hujung bulan 3 hari tuh. Oleh sebab intro guwa dah panjang berjela, kat bawah ni, guwa letak gambar-gamabr je ok. Sometimes, picture can express our feeling. It's depends on people who judge the picture itself. Believe me! :)

********************************









Ada gambar dekat Muzium Padi, Pusat Sains Negara (Utara) tapi carik ta jumpa! kang aku tambah Ok. Seminggu dok Kedah, banyak lagi tempat kami p. Main lari-lari dekat bendang, pusing-pusing aloq staq, padang besaQ, pi makan dekat Kuala Perlis, jalan-jalan rumah mat anip dkat KODIANG!. Kalau nak list semua, ta sanggop guwa. Guwa nak ucap terima kasih manyak-manyak untuk kawan guwa Ammar Imran. Rumah yg lu carik tu, terbaik bro! BBQ lagi! Ampa nak taw daj, awek kedah cantik-cantik bak ang!


p/s:
Hati seorang lelaki kekadang perlu sekeras waja, ada masanya mesti selembut sutera. Ah lelaki, jika jiwamu tulus kerana ILLAHI, pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...