Wednesday, March 30, 2011

Pengalaman Berasaskan Sekolah. (PBS)

“Guru umpama cermin kepada murid-muridnya. Dialah pantulan dari segala segi. Dialah paparan wajah-wajah gembira, sedih dan yang mengkagumkan dunia.”

21 Mac 2011, bermulalah sebuah ceritera. Inilah Pengalaman pertama melihat realiti dunia pendidikan sebagai seorang bakal guru. Mula juga merasa pengalaman dipanggil cikgu oleh anak-anak murid.  Sebuah pengalaman yang akan sentiasa terpahat di memori hati. Tidak akan pernah padam dari ingatan, dan tidak akan pernah hilang dari  lakaran mindaku.

Sekolah Kebangsaan Batu 10 Lekir, Sitiawan, Perak. Sebuah Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah  kategori  luar bandar. Walaupun masih tidak mendapat bangunan baharu yang lebih kondusif, namun, para pelajar di sini begitu cekal menimba ilmu. Tenaga Pendidik di sini begitu kreatif melakukan apa yang termampu bagi keselesaan semua.

Wajah-wajah Anak Bangsa.
Ini pelajar lelaki dari kelas 3 Creative
Program Latihan Kebakaran.
Nama pelajar ini Al Hadi.
Pelajar Darjah 3 Courtesy. Cita-citanya mahu menjadi seorang Penyanyi.
Sungguh, memang suara pelajar ini merdu!.
Para pelajar Darjah 1 Harmoni. Di Hadapn itu namanya Khairul Amri.
Ada yang mahu menjadi pemimpin, seorang arkitek, pelukis, engineer. Ada juga yang mahu menjadi ahli bomba, polis dan juga tentera. 

Barisan Pendidik:
Kepada Guru Besar, Pentadbiran, dan Guru-guru di sana, Terima Kasih Cikgu. Walaupun hanya seminggu, namun terlalu banyak ilmu yang ditimba. Cerita suka-duka anda, menjadi inspirasi buat kami semua.

TERIMA KASIH SK BATU 10 LEKIR.


nota: 
juga buat sahabat, Ahmad Fikri Bin Hashim, dan keluarganya, terima kasih kerana sudi menumpangkan saya, Khirman, dan Akmal selama seminggu. Kami Tak pernah lapar selama di rumah anda. Harap-harap, jangan serik ya..=)

Ditulis oleh:
Taufiq Jamal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...