Wednesday, March 30, 2011

Pengalaman Berasaskan Sekolah. (PBS)

“Guru umpama cermin kepada murid-muridnya. Dialah pantulan dari segala segi. Dialah paparan wajah-wajah gembira, sedih dan yang mengkagumkan dunia.”

21 Mac 2011, bermulalah sebuah ceritera. Inilah Pengalaman pertama melihat realiti dunia pendidikan sebagai seorang bakal guru. Mula juga merasa pengalaman dipanggil cikgu oleh anak-anak murid.  Sebuah pengalaman yang akan sentiasa terpahat di memori hati. Tidak akan pernah padam dari ingatan, dan tidak akan pernah hilang dari  lakaran mindaku.

Sekolah Kebangsaan Batu 10 Lekir, Sitiawan, Perak. Sebuah Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah  kategori  luar bandar. Walaupun masih tidak mendapat bangunan baharu yang lebih kondusif, namun, para pelajar di sini begitu cekal menimba ilmu. Tenaga Pendidik di sini begitu kreatif melakukan apa yang termampu bagi keselesaan semua.

Wajah-wajah Anak Bangsa.
Ini pelajar lelaki dari kelas 3 Creative
Program Latihan Kebakaran.
Nama pelajar ini Al Hadi.
Pelajar Darjah 3 Courtesy. Cita-citanya mahu menjadi seorang Penyanyi.
Sungguh, memang suara pelajar ini merdu!.
Para pelajar Darjah 1 Harmoni. Di Hadapn itu namanya Khairul Amri.
Ada yang mahu menjadi pemimpin, seorang arkitek, pelukis, engineer. Ada juga yang mahu menjadi ahli bomba, polis dan juga tentera. 

Barisan Pendidik:
Kepada Guru Besar, Pentadbiran, dan Guru-guru di sana, Terima Kasih Cikgu. Walaupun hanya seminggu, namun terlalu banyak ilmu yang ditimba. Cerita suka-duka anda, menjadi inspirasi buat kami semua.

TERIMA KASIH SK BATU 10 LEKIR.


nota: 
juga buat sahabat, Ahmad Fikri Bin Hashim, dan keluarganya, terima kasih kerana sudi menumpangkan saya, Khirman, dan Akmal selama seminggu. Kami Tak pernah lapar selama di rumah anda. Harap-harap, jangan serik ya..=)

Ditulis oleh:
Taufiq Jamal.

Wednesday, March 9, 2011

Permohonan Dalam Talian Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Jun 2011 (KPLSPM)

Permohonan Dalam Talian 
Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Jun 2011 (KPLSPM)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Permohonan Baharu akan ditutup pada 22 MAC 2011.


Bagi maklumat lanjut sila klik di sini:

Untuk melihat MAJOR-MAJOR yang ditawarkan  dan SYARAT-SYARAT KEMASUKAN pula, 
sila klik di sini:


Nota:
Kepada yang berminat dan berkelayakan, InsyaAllah akan ada rezeki anda. Yang penting ialah kita mencuba. Rezeki semuanya ketentuan Tuhan. 

"BERSAMA MEMARTABATKAN PROFESION  PERGURUAN". 

Friday, March 4, 2011

MAAF

assalamualaikum...buat rakan-rakan, 
Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Nur Lailam dan Siti Aqilah.

Buat Lailam: aku tak pernah isukan pasal baju. aku pun faham akan hal-hal tender ini. Sungguh aku diam. Waktu kawan-kawan kita marah pun, aku malas nak campur. walaupun manusia itu hakikatnya inginkan kesempurnaan. Tetapi manusia itu juga tidak mahu melakukan kesalahan. Namanya juga manusia kan.Aku sendiri pernah alami perkara yang sama. Sungguh, memang tekanan jiwa. Oh ya, hal telefon itu, memang tak patut seorang lelaki bercakap cmtu pada perempuan. Aku memang tak dapat kawal waktu itu. Aku ditekan dari semua penjuru, seolah-olah aku yang membuat keputusan, sedangkan aku hanya si tukang taip. Aku mohon maaf sekali lagi. Taufiq mengaku yang taufiq tak profesional ketika itu. Ini yang terakhir. Sungguh ini yang terakhir. 

Qilah: Maaf..maaf..maaf..maaf..maaf..maaf...maaf..maaf..maaf..maaf..maaf..maaf..maaf..maaf..maaf.  :(
Taufiq memang tak ada niat nak cakap macam tue kat Qilah. Waktu tue, semua orang marah Taufiq. Pressure taufiq. Tuhan je yang tahu. Perit Qilah apa yang taufiq rasa. Jujur taufiq katakan, memang Qilah baik, tak pernah taufiq nampak Qilah marah kat orang. Memang tak patut taufiq marah qilah. Taufiq mengharap sangat Qilah dapat maafkan taufiq. Taufiq tahu Qilah memang tak bersalah dan sebenarnya tak ada pun kawan-kawan Qilah yang salah. Taufiq yang bersalah. Taufiq yang bersalah. Lelaki memang tak patut marah pada seorang perempuan. Qilah, taufiq tak mahu kehilangan sahabat mcm Qilah. 

sungguh, aku berada dalam keadaan yang sangat perit.
kerana perilaku jahilliah tempoh hari.
saya mengaku saya yang salah,
Ya Allah, andai ini dugaan yang timpakan padaku,
aku terima dengan redha Ya Allah,
tetapi.. sungguh dugaan ini berat untuk aku tanggung.
untuk aku tampung dalam hati.
Nilai sabahat yang tercalar ini,
bagaimana hendak kuganti...

Dari hati Taufiq Jamal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...