Tuesday, October 2, 2012

Memori: Pengakap + Ragbi.

Assalamualaikum.. :)

lama tak datang sini. laman sendiri pun tak datang. hee.
penat, saya penat.
penat gila!

Sebenarnya kawan ada blog baru. tapi belum betul2 ready nak publish. Lain dari yang ni. Tapi gua janji, tetap akan update dekat sini.

Hidup kita mesti kena sentiasa ada peningkatan. Untuk jadi lebih baik dari sehari ke sehari prosesnya tak mudah kawan-kawan. Mesti cekal dengan dugaan, mesti tabah dengan cabaran! Dalam perjalanan menuju kejayaan, banyak halangan yang menduga. Banyak juga asam garam dunia yang akan kita lihat depan mata. Terpulang ke manakah kita hendak usung badan kita. Tersilap langkah susah hendak kembali ke pangkal. Di dunialah tempat kita bermuhasabah diri. panjang saya tulis kali ni. huhu

Selepas puasa, kemudian raya bersama keluarga, balik semula ke IPG, ada dua perkara penting yang saya hendak kongsi. Satu perkongsian yang bersifat peribadi. Maaf kepada pembaca yang tak berkenan dengan cara saya menulis entri kali ini.


*******************************************

                  Program: Perkhemahan Badan Uniform Pengakap Zon Tengah. 
                                 (IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Ipoh dan IPG Kampus Tuanku Bainun)
                  Tempat : PULAKO IPG Kampus Ipoh, Perak.
                  Tarikh   : 25.09.2012 - 28.09.2012.

Hidup ini umpama pelangi. Ia menarik untuk ditatap tetapi cantiknya tak kekal lama. Lihatlah dan tenunglah selagi pelangi masih ada.





Cinta itu indah, jadi terpulang bagaimana kita menghargainya. Andai cinta itu galang gantinya adalah melepaskan, maka lepaskanlah. Kerana itu akan membuatkan kita lebih menghargai erti sebenar cinta.



***********************************************


                            Program: Kejohanan Ragbi 10's Piala Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas 2012.
                            Tempat  : Padang Ragbi IK.
                            Tarikh    : 29.09.2012-30.09.2012

Our greatest glory is not in never falling, but in rising up every we fail -Ralph Waldi Emerson-

Tak tahu nak gambarkan apa lagi bila tengok gambar-gambar ni. Bertahun-tahun bekorban, berusaha dan bekerja keras, maka inilah hasilnya. Walaupun masih belum di puncak, tetapi inilah permulaan untuk meniti satu laluan pendakian yang penuh dengan cabaran. 




Senyum itu sedekah. Senyuman itu indah. Indah apabila kita tahu menilai erti sebenar sebuah senyuman.

Tuhan itu adil menilai hambanya. Kekalahan mengajar kita erti pahitnya rasa gagal. Namun, DIA juga tahu bagaimana hendak membalasnya. Manisnya mengecapi nikmat gembira kerana berjaya. Tahniah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...