Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru Cikgu!


16 Mei tiap-tiap tahun ialah hari yang dikhususkan untuk cikgu. Toksah mengada-mengada nak habaq 16 Mei hari usahawan tani berjaya ka, hari model cantik sedunia ka. Kalau nak, 17 Mei bole.:p

Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu sekalian.

Untuk entri kali ni, guwa tulih ringkas je taw, sebenaqnya bizi ni. Almaklumlah musim-musim exam. kena lah pulun sikit. kang mampuih kena pukul balik rumah bawak slip degree xda A. Ada yang kena bagi ceramah lah jawabnya nanti. Taw-taaw lah puan siti kat rumah tu. hehehe.


      ************************************


Kalau kita cakap ja sambutan hari guru, apa yang ampa dok bayang la ni? Mesti hadiah kan? Hadiah apa lah yang nak bagi kat cikgu-cikgu kat sekolah tu. lagi-lagi buat cikgu-cikgu pempuan yang kiut-kiut, comel-comel. Mesti depa lah paling banyak dapat hadiah. sampai tak menang tangan nak pegang. Cuba cikgu disiplin. takda nya dapat hadiah menimbun lagu tuh!

termasuklah guwa. waktu hari guru kat sekolah dulu, boleh kata tiap-tiap tahun guwa bagi hadiah kat cikgu. Tapi kat sesetengah jela.. hehe. (budak sekolah kan ta cukup duit lagi. sebab tu lah kita ta bagi kat semua cikgu kan.kan?) haha

lagi pulak, waktu nak bagi hadiah pulak saja tunggu cikgu yang guwa suka tu dok sebelah cikgu yang garang. Kang buat muka paling kiut, pi huloq kat cikgu tu.


"Cikgu, ni hadiah saya bagi kat cikgu. Selamat Hari Guru cikgu."


Waktu tu, guwa syak cikgu lain dok usha panas je. Takkan cikgu nak mintak kat anak murid hadiah pulak kan. haha.. So, depa jeling jelah.

Lagi 1 kumpulan cikgu yang susah nak dapat hadiah, ialah cikgu lelaki. Melainkan cikgu laki tu ensem. Sapa setuju? Biasanya budak-budak pompuan lah yang bagi. Setakat bunga rose tu, kad bentuk love, dah biasa sangat guwa tengok cikgu-cikgu laki dapat. Nak ngejas lah tu, lagi-lagi cikgu yang ta kahwin lagi.

Dalam entri kali ni, nak share dengan ampa semua jenis-jenis hadiah yang biasa bebudak bagi pada cikgu. Ni zaman masa sekolah rendah dulu. Taktaw lah zaman la ni, ada ke dak lagi hadiah-hadiah macam ni.




agak-agak bila start mengajaq nanti, dapat hadiah apa ek? bagi ipad kat cikgu boleh? tak pun mai bagi samsung S III pun dah cukup! hahaha..:p

Semoga semua warga pendidik tidak jemu untuk terus berbakti kepada negara. Buat rakan-rakan bakal guru, semoga kita sama-sama meneruskan kegemilangan mereka. 

Buat guru-guru di Tabika kemas kat kampung, sekolah rendah lama guwa, sekolah menengah, dan di ipg, Selamat Hari Guru buat anda semua!


p/s:
Guru umpama baja yang menyuburi sepohon pokok. Andai baja tidak diberi, pokok masih boleh tumbuh, namun tumbuhnya dengan bunga yang tidak mekar  dan buah yang tidak ranum


Saturday, May 5, 2012

Pengalaman Bersunat

Dengar lagu korea pagi-pagi buta dekat mp3. Hmm, bosan lah hujung-hujung minggu macam ni. Tak taw nak buat apa. Nak tengok The Avengers, budak-budak ni dah gi tengok! Janji tak ditepati! menci menci menci. Tak kan nak gi melepak dekat mid valley tu sorang-sorang semata-mata nak tengok wayang. Tak ada kije.

Oleh sebab dah takda kerja nak dibuat, bukak lah youtube. Termenung sorang sorang. Nak carik video apa? Carik video-video korealah!. Untung-untung dapat jugak tengok awek cun. Ampa minta group mana? Guwa minat SNSD!. Dia punya menari, pergh! boleh layan stim kadang-kadang. Ngee~

Cik awek kat sini jangan jeles kalau pakwe-pakwe ampa tu dok hingaq minat korea tetiba. Ringtone pun korea, fashion korea. Tiba-tiba bila keluar dating, dia ubah penampilan. Pakai seluar skinny, suka guna warna striking, baju fit, pakai specx clear tu besaq-besaq. Selalu kan jumpa spesis orang Malaysia ni kat shopping mall? Sumpah annoying, tapi bukan semua. Kalau ang dah taw muka ang ala-ala pecah rumah, warna kulit pun putih nyer lagi sikit dari gelap, toksah lah pakai macam tu. Tak sesuai doh! Pakai lah ikut kekesuaian diri. Bukan pakai sebab fashion tu tengah trand!. Nanti jadi mangsa gelak je.

Tapi bagusnya cerita korea ni, kita dapat belajaq bahasa korea. Annaseo~ . Kot-kot boleh tackle awek korea yang cun, cute lagi seksi! hehe.. Tapi pelik, orang lelaki kalau suka benda tu, dia suka biasa-biasa je. tak macam orang pompuan. Awek-awek kat Malaysia minat tahap gaban dengan pelakon ke artis korea yang lelaki. Simpan gambaq, dok tatap hari-hari. Apa special sangat depa tuh kalau nak dibandingkan dengan laki-laki tempatan? Habaq sikit.


Ampa taw dak, depa tu tak sunat! 


Ampa nak ke kawen dgn laki tak sunat?? hahaha...



(lebih kurang kan guwa dgn lee min ho? hoho)
guwa rasa sama ja! :p

Buat artis-artis korea tu semua, meh ak share dgn ampa semua tentang pengalaman bersunat! 
tengok ampa berani ke dak! 

Dulu waktu kecik-kecik, macam-macam mitos tentang sunat ni. Ada yang kata kalau salah cara ang sunat, kote ang akan jadik bengkak! Selamber je pakcik-pakcik kampung pulak cakap, kalau doktor tu silap potong, mawu-mawu jadik pendek! Erk! Sapa maw benda alah tu pendek kan! h

Guwa sunat masa darjah 4 nak naik 5. Waktu tu dah adalah 4,5 orang member yang dah sunat awal dari guwa. So, dengan title lagend, depa buat soal siasat. Dok tanya macam-macam.ang punya buta ke dak? "buta" ni orang-orang laki je taw. Guwa kata TAK kot!. depa cakap, kalau buta, mesti sakit! Biasanya doktor mesti guna gunting yang besaq sikit. Tak pon, nak bagi lembut, kena guna pisau yang potong ayam tuh!

Erk, sumpah muka guwa merah padam waktu tu! Takot punya pasal, guwa ambek basikal guwa, terus blah balik rumah. Sampai rumah, guwa terus masuk bilik. Bila kat meja makan waktu makan malam , guwa dengan muka harapan tanya soalan.


"Boleh tak abang sunat tahun depan abah?"


"NO!"

simple x jawapan ayah guwa? 
Dalam hati waktu tu, kenapalah lelaki kena sunat! Argghhhhh.


Mula-mula ayah guwa nak guna cara tradisional. Duduk atas batang pisang. Sunat dgn Tok mudim. Tak nak guwa! sebab muka tok mudim tu garang gila. Guwa ingat cerita-cerita dekat tibi tu saja nak takut-takutkan guwa, dok tunjuk muka tok mudim yang garang dan menakutkan. Satu hari tu, rasanya dalam 4 hari lagi nak sunat kot, ayah guwa suruh pergi rumah tok mudim. Pi hantaq makanan, dan tolong ingatkan dia tentang tarikh sunat tu. Bila guwa beri salam, dia jengah dekat tingkap sambil tengah asah pisau.


"Tok, ni abah suruh bagi dekat tok."


"Oh, ini anak Jamal yang nak sunat tu?" Dia buat suara garau yang garang.


"Tak lah tok, saya dah sunat, yang nak sunat tu adik saya." guwa tipu.


Tiba-tiba dia raut pisau tu dekat tempat asah sampai keluar bunyi tajam yang kuat.


"Jangan tipu tok, bapak kau dah cakap yang nak sunat tu engkau!. Kau nampak benda ni?" sambil tunjuk pisau yang ada kat tangan pada guwa.


Guwa tak cakap banyak, ambek basikal kayuh laju-laju balik rumah. Tok mudim tu  punya misai, perghhh, melentik bak bang. Sapa yang sunat ikut cara tradisional? share rr sikit citer korang. Tok mudim tempat ampa garang tak? budak-budak kampung guwa pulak cakap kalau sunat dengan tok mudim dia guna pisau sembelih lembu! Xda bius! Puas gak guwa pujuk ayah guwa, suruh sunat dekat klinik.

( nak tanya: relevan lagi ke batang pisang ni untuk bersunat?)

Waktu dah sunat pulak, dok kecoh cakap tak boleh makan ayam, teloq, burgers, itu ini. Alasan nya? Untuk elak daripada bentan! Kalau sesapa yang tak taw tu, bentan tu sejenis masalah yang sering berlaku pada orang yang tengah sunat. Pipit akan jadi bengkak, sakit dan akan lambat baik. Makanan tu semua DILARANG sebab benda tu semua benda gatal. Tapi, ada je member-member guwa yang lain, makan. Elok je, baik pun lebih kurang sama je. 

Gampang gila.

Bila guwa tanya balik mak guwa masa dah besO ni, dia senyum je. Dia cakap, benda dah lama lepas, tapaya tanya lagi lah! Ibu dah boleh dapat cucu dah! (guwa jem sekejap waktu tu). Alih-alih sepanjang guwa sunat, guwa makan nasik lauk kicap dgn ikan haruan goreng! seminggu dok ngadap lauk yang sama.


 

benda alah ni lah yang guwa tak dapat makan sepanjang guwa sunat! 
Memang anak-anak guwa nanti pun, guwa tak bagi makan. :p

Waktu nak bukak balutan, punya lah gabra. Apa taknya, sepupu guwa yang sunat sekali dgn guwa punya keluar darah! Nanges kot waktu tu. Waktu tu dia masuk bukak dulu. Lepas tu baru guwa. Tapi bila dah bukak, takda lah sakit mana. Siap doktor tu puji lagi. Dia cakap guwa pandai jaga. cepat kering tempat jahitan tu.

Sepanjang waktu sunat, perkara yang paling guwa benci sekali, bila nak berak. Nak basuh punya lah payah! Macam-macam skill guwa guna bagi tak kena TuuuuTTTttt. Terpusing-pusing tangan guwa, sekejap ke kiri, sekejap kanan. Belakang pun guwa test jugak. Sepanjang seminggu tu jugak, guwa tak mandi. Main lap-lap je. Itu pun mak guwa lapkan.

Tapi, bila terkenang balik, waktu sunat tu best jugak. Semua yang kita nak, confirm dapat. Petik je, nak milo ais, kang tak lama lepas tu, datang milo ais. Kang bila haus lagi, nak fresh orange pun boleh dapat. Bila rasa nak makan jajan, adik guwa kena paksa beli dekat kedai! hahaha. balik bagi jajan dekat guwa, dengan muka masam! Cuba kalau tak sunat, jerit lah macam mana pun, takda nyer orang nak layan.nak air, pi dapOq, buat sendiri.

Waktu tu jugak, duit orang bagi berkepuk-kepuk. Orang datang je bagi duit. Beratus jugak lah dapat waktu tu. Tapi tiap kali orang datang, tiap kali tu jugak lah dok gatal nak tengok guwa punya!. Memang guwa tak bagi rr! hahaha. Sihat-sihat je, request basikal baru kat abah guwa!. 


p/s:
All of us want to be the best, but we must know the best among the best is belongs to one person only. So, the person must "like" an angel. Try to be perfect although we know we are not a perfectionist. Remember, we are star and can be a brighter star. No pain no gain!



Thursday, May 3, 2012

Rumah Idamanku!

Cerita tentang dunia, memang memenatkan. Ibarat sebuah perjalanan mendaki sebuah gunung yang tinggi. Adakala kita jatuh, adakala kita berjaya mendaki puncaknya. Kalau cukup bekal, pasti kita punya tenaga. Jika persiapan yang dibawa juga sambil lewa, peluang untuk sampai ke puncak sememangnya tipis! Hanya mereka yang benar-benar kuat akan berjaya.

Salam...
Apa khabar kawan-kawan? Guwa rasa ramai yang sihat-sihat. Ada yang tak sihat ke? Kalau ada tu, kita satu geng lah! Guwa demam! (motif, bagitahu orang). hahaha. Maklumlah, kampus guwa tengah panas dengan deman denggi! Sampai berduyun-duyun keluar masuk hospital. Tapi tak taw lah kena denggi ke tak guwa ni. Tak KOT!. Demam biasa-biasa je rasanya. Pulak sekarang cuaca tak menentu. Kadang-kadang hujan tanpa diduga.. Panas terik yang tak dipinta! Dunia sedang bergolak untuk terus kekal sebagai dunia. Errkk..

Banyak benda yang menduga sepanjang April. Kalah, kalah dan kalah. Nak cakap apa lagi, memang dah kalah! Fact is always fact right? Hahahaha. Tapi, sekali kita jatuh, tak semestinya kita terus jatuh kan? Aku ni jenis manusia yang sangat percaya dengan USAHA berbanding bakat. Walaupun ang tak ada bakat "gifted" tapi kalau kita berusaha pasti kita boleh lebih berjaya berbanding orang yang ada bakat tapi tak dimanfaatkan. Tapi dgn syarat, kalau orang lain usaha sekali ganda. kita mesti berusaha keras 5 kali ganda! Yes, we must sacrifice. Bersedia untuk sakit jika hendak berjaya.

Panjang gila intro.

******************************************

Ok lah, back to the topic, sebagai seorang yang sedang blajaq dan tak lama lagi nak kije, mesti kita ada simpan angan-angan untuk merealisasikan semua impian yang dah terbuku di hati kita sejak dari kecik-kecik. Mesti ampa semua ada impian ampa sendiri kan, macam nak pi bercuti keliling dunia, nk kompol mainan2 yang tak dapat beli waktu zaman budak-budak sebab mak tak bagi bagi. kan kan? Tapi satu benda yang kita semua nak ada ialah rumah. Betoi dak? Yela, kang dah kahwin, mesti kita nak tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak dgn isteri-isteri isteri kita yang comel tuh duduk dekat rumah yang selesa. Boleh jugak bawak mak bapak duduk sekali.

Tapi guwa tak kata, rumah idaman seseorang tu semestinya kena banglo 5 tingkat, ada swimming pool, ada lift bagai. parking lot untuk 6 biji kereta! semua kena ikut kemampuan masing-masing. Ada orang suka rumah macam apartmen, kondo, flat. yang tinggi-tinggi. Ada pulak yang suka rumah sebijik-sebijik macam banglo. Tu belum cerita yang suka duduk dekat kampung ke bandar. Nak modernnnn lah, nak tenang lah.

Pernah dak waktu zaman kecik-kecik dulu dekat sekolah, cikgu ampa suruh lukis gambaq rumah idaman saya? Lukisan guwa waktu tuh, memang hiperbola gila! Guwa siap buat pelan lengkap. Ada ruang bawah tanah. Ada terowong nak lari kalau-kalau rumah kena rompak! Dalam rumah guwa tak main pakai tangga. Kena guna eskulator. Lift pun guwa sumbat sekali. Keliling rumah, guwa letak kolam ikan cup yang mahal nak mampuih tu. Ada swimming pool kat tepi. Nak kasi ceria sikit lukisan guwa tuh, keliling rumah guwa buat konsep English Garden. Tanam bunga ros, bunga apa-apa jelah, janji bagi warna-warni. Waktu tu mana tahu jenis-jenis bunga ni semua.


MAMPU?? puiiii


Itu kalau guwa jadik businessman boleh lah guwa buat, ini idak, kang keje jadik cikgu je. Takde nyer mampu nak buat rumah besaq lagu tuh. Mula-mula excited nak jadik angkasawan. Sebab mak guwa kata, ang kalau dapat jadik angkasawan Malaysia yang pertama, ang mesti pemes. Mesti kaya! Jadinyer asal cikgu tanya je nak jadik apa time dah besaq nanti, guwa pun jawablah nak jadik angkasawan!


Bila cikgu tanya, kalau x dapat jadik angkasawan nak jadi apa?


Guwa pun jawab nak jadik Businessman cikgu!. Nanti boleh pakai Mers, dgn Ferrari cikgu! (waktu tu guwa kenal 2 kete tu je!) budak kampong doh. Tapi, lama-lama angkasawan tah ke mana, businessman tah ke mana. alih-lih tukaq jadi cikgu. InsyaAllah, lagi 2 tahun.


Dah lepas guwa belek-belek gambar rumah yang keluar dekat goole tuh, inilah 3 contoh rumah idaman guwa. Biasa-biasa je. Xda swimming pool, xda ikan cup!

(jenis rumah taman yang guwa suka)

(kalau ada rezeki lebih, guwa lagi suka buat rumah sebijik macam ni. Tengok rumah je, abaikan kolam yang dekat depan tuh! haha)

(rumah kayu macam ni pun guwa minat gak! cantik kan)

Mak guwa pesan, jangan cari rumah yang macam flat ke, kondo ke, apartmen ke, sebab dia tak suka tinggi! lagi 1 dia dok habaq, ang tak kesian ka kat mak ayah ang ni, dah tua-tua nak dok tinggi-tinggi. Kang kot-kot lift rosak, ang nak suruh kami guna apa? hahahaha, guwa jawablah. Lah, tangga kan ada.

pedepek, kena selipar sebijik kat muka! keh keh keh.


p/s:
ukur baju di badan sendiri. Kalau badan ang kecik, tapi enxited pakai baju besaq, takkan nampak cantik punya. Percayalah! Macam tu jugak kalau badan ang besaq, tapi pakai baju sendat sangat, pun jadi tak cantik. Pakai biaq padan dengan kita. baru selesa! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...