Wednesday, February 29, 2012

Kebebasan Untuk Memilih.

Tak tahu nak start apa. Tapi nak gegehkan diri jugak hapdate hari ni. Lah, takkan lupa, tahun ni kan tahun lompat. Bukan senang nak jumpa tarikh macam hari ni. 4 tahun sekali baru jumpa balik boh!

Oh, sebelum terlupa, Happy Bufday kepada mereka-mereka yang sambut bufday hari ni. Semoga panjang umur dan dimurahkan lagi rezeki. Mesti sambut grand2 kan. Tak macam guwa, bufday pon boleh itung bape kali je sambot.


tacing~


Incik Taufiq minggu ini masih sibuk dengan hal dunianya. Tak tahu nak explain lagu mana kat ampa. Pagi jejak ke malam semua ada ja benda nak kena buat. Ok, sebenaqnya nak tanya kat ampa semua ni. Ampa semua tengah buat apa? cihat?. Yang tengah baca entri ni dah makan ke belum? Kalau belum, pi lah makan dulu. Kang perut tuh masuk angin pulak. huhu


 Macam kimak je ayat guwa kali ni!


Tak memasal skema. hak hak hak.


************************************

Oleh kerana hari ini hari yang tak selalu datang dalam hidup kita, guwa nak buat enrti yang special jugak lah. Lets talk about our special things yang kita impikan dalam hidup kita. Nak?

Dalam hidup kita, mesti banyak benda yang kita impikan. Yang elok-elok. Yang baik-baik. Dari benda yang sekecik-kecik kuman pon, kalau boleh kita nak yang paling baik. Dah namakan pun manusia cik kiah oi, mestilah kita nak yang elok. Takkan lah ampa nak pi amek benda yang tak elok untuk diri kita sendiri. Betoi dak?


Kalau rumah, mesti kita nak rumah yang besaq-besaq. Kalau guwa, kena siap ada swimming pool. Perabot wajib import. tak nak pakai perabot jati ni sume. :p

Kalau kereta... hmmm, kalau boleh nak pakai BMW lah! X6..

Tak pon  Mercedes ke, Ferrari ke. paling cikai2 pon Porsche ke. Tak de nyer nak pakai kereta proton , perodua semua tu. bak kata org2 kaya, no local car in my house!


gurau kasaq namanya ni.. hee~


Kadang-kadang kita akan jumpa orang-orang yang tak sebulu dgn kita. Yang lain cara dengan kita. Kita cakap A, dia buat B. Kita mintak itu, dia beli ini. Perkara ni terjadi dekat rumah, bila puan siti meminta incik Jamal membeli sos cili yang habis dekat rumah.


"Abang, tolong belikan Sos Cili, dah habis dekat dapur tu"


"ok" Jawab incik ayah ringkas.


Setengah jam kemudian, incik ayah pun balik sambil membawa sebotol sos tomato.


"Kenapa tomato?"


"Abang sebenaqnya teringin nak rasa sos tomato pulak. Awak asyik masak guna cili je, hari ni masak lah ayam masak tomato pulak. bole kan sayang?"


Puan siti aka mak guwa hanya mampu senyum bila tengok incik ayah buat muka sweet nyer!

=)

Kita jadikan kebebasan untuk memilih satu perkara yang unik. Jangan jadikan perbezaan sbg syarat untuk menwujudkan permusuhan dan pergaduhan. ok?

Sama jugak konsepnyer kalau nak pilih awek untuk buat bini!

Mesti kita sebagai lelaki cuba untuk carik awek2 yang lengkap dr atas sampai bawah. Kalau tanya guwa, compem-compem guwa request yang comel-comel, cute, cutting badan slim. Senyum pun manis je. Bukan apa, sejuk ati kalau balik kerja bila tengok muka isteri kita berseri-seri. Kalau tengah gersang, boleh layan sekejap.

 keh keh keh.


Inilah yang dinamakan kebebasan untuk memilih.


Dalam hidup kita, kita telah diberi hak untuk memilih benda yang perlu untuk diri kita sendiri. tak kisah lah benda tu baik atau sebaliknya. Pucuk pangkalnya, kita telah diberi peluang untuk memilih. Namun persoalannya, sejauh mana kita gunakan kebebasan yang telah diberikan kepada kita tu dengan betul? Berapa banyak nikmat yang telah Allah beri pada kita yang telah kita sia-siakan? Tanya diri.

Ada gaya ustaz tak? kuikuikui

Bukan apa, sebenaqnya sebelum guwa tulis post ni, guwa dok lepak-lepak dengan member2. Dok sembang-sembang. dari isu baju sukan yang menyakitkan hati hinggalah cerita tentang seorang kawan. Cerita insan yang terkhilaf dalam memilih haluan hidup. Yang tersalah pilih jalan untuk masa depan. Tersentuh, tapi inilah yang dinamakan dunia. Hidup di kota besar seperti Tokyo Kuala Lumpur tak semudah yang dijangka, tak sesenang yang difikirkan. Guwa harap, dia berubah!


I'm not the right person to talk about this, but as a Muslim it is still my responsibility.


Lepas baca, cuba dengar lagu  Rapuh nyanyian Opick. Lepas tu, spend a few minutes to revised everything that we have done in our life.



p/s:
Tahniah buat Tuan Pengarah, Para Pelakon, dan seluruh Kru Produksi Lantai Putih yang telah menjayakan pementasan TEATER BABAK TERAKHIR. Nice performances from you guys.


Tadi, guwa TER-ponteng kuliah Anatomi Fisiologi. ehehehe (tertido dgn bantal peluk baru!) Maaf ye Ketua Kelas Ayahanda Ammar Imran.




Tuesday, February 21, 2012

Kalaulah Doreamon Ada!

Salam. :)

Senyuman untuk semua yang membaca. Nak update, tapi belum ada masa. Ini pun gagahkan diri tulih smbil dengar lagu Rela nyanyian Tila.(lagu feveret). Keadaan guwa dah macam apa dah. Kalau tengok keadaan bilik guwa dkt JEPUN Malaysia ni, dah macam tongkang pechah dibuatnya. Baju dah bertimbun. Meja tak kemas. cadar serabai. Kerja melambak. Argghhhh... sampai guwa tiba-tiba rasa semacam dekat otak guwa,

Bebudak ni macam dah buat komplot terancang je nak jatuhkan pointer guwa sem ni. Hak hak hak.

GURAU OK

Kuliah haram ta masuk otak, kerja menimbun, sukan lagi, jumpa lecturer. Paling latest, assignment dah mula dapat. Bukan jenis senang. Jenis yang kena perah otak kalau nk siapkan. Menci..menci..menci. Selamatlah ada classmates yang boleh masuk 1 kepala. Rumate guwa pon tak banyak cekadak. Boleh bawak ngumpat2 kalau ada masa! hee..

Kadang-kadang guwa fikir jugak kalaulah guwa ada PA kan best. Awek yang pakai seksi2, comel? itu confirm!. Yang boleh tolong urutkan guwa bila tengah stress. Yang boleh tolong buat air bila guwa penat. Yang boleh buat geli-geli waktu tengah gersang. Ahahahaha. OK. INI TIPU. Berkhayal je pun


Hidup kita mesti akan bercampur dgn kesedihan, terluka, gembira. kecewa, Betul kan?


Sebenaqnya, tak kiralah dlm keadaan macam mana sekalipun, you just keep your smile on duty. 24/7. Senyumlah walaupun palsu, kerana ikut kajian sains senyuman mampu membuatkan kita tenang dan berada dalam keadaan relax. Sebab waktu senyum, otot pipi kita bekerja dan menghantar signal aka impuls ke otak. So, bila ampa senyum, automatically, kita akan cuba menghantar signal positif kepada otak.

Bila pandang assignment guwa, boleh tak guwa nak request something. Ampa kenal dak Doreomon? Kucing yang paling comel dekat dunia tuh. Alah yang warna biru putih tu. Siap boleh bercakap lagi. Benda paling best pasal doreamon ni, benda alah ni ada alat-alat yang canggih giler.

Kalau hari sabtu, jangan sesapa kacau tibi. itu jam memang hari guwa. Selamat lah adik guwa lelaki, boleh kaw team. Petang layan power rangers sesama. Maghrib tengok chin chan terus tengok doreamon. Banyak kali jugak kena sebat sebab liat nak sembahyang maghrib. Apa taknya, time part nobita kena buli, ngadu-ngadu dekat doreamon, time tu jugak lah kena paksa solat!. Hee

Can I get doreamon? Ada sesapa tahu kat mana benda alah ni ada jual? Mahal pun guwa sanggup beli. Guwa rasa benda alah tu je yang boleh tolong guwa untuk selesaikan masalah dunia ni dengan cepat.


come to papa sayang! 

itu tak termasuk lagi dengan masalah dunia yang menyerabotkan kepala guwa ni. Awek cuba terjOn bangunan bila guwa mintak nak clash dgn dia. Nak kena pujuk2 bagai. Kes guwa kantoi dgn datin ABCD sebab jadi anak ikan puan seri DEFG. Duit yang sentiasa tak cukup sebab belanja awek. Kan senang bila doreamon ada. Kalau takde duit, boleh mintak mesin duit. Kalau awek marah-marah, mintak keluarkan mesin bagi letak dia sekejap dekat tahun 1900.

OK TIPU LAGI.

*********************************

Sebagai orang Islam, bila mana kita berhadapan dengan hidup yang kucar-kacir, tak terurus, rasa beban, tension bla..bla..bla.. benda yang sepatutnya kita buat ialah berserah diri kepada Allah. Kita tahu, kita takkan diberi ujian macam itu kalau kita tak mampu buat. HE know what is the best for you. Jangan sesekali guna benda-benda lain untk tenangkan fikiran dari stress. 

Kadang-kadang sesetengah ujian yang diberi kepada kita sebab nak uji kekuatan diri kita. Nak nilai keutuhan iman kita pada Pencipta. Bukannya kerana Allah dah benci pada kita. :)



p/s:
Life is like a painting. You must sketch before draw. Sometimes we must use bright or dark color. Put a suitable color at suitable place. Then you can see a nice drawing in front of you!







Thursday, February 16, 2012

She is not single anymore!

"Salam"

" Kenapa tiba-tiba mesej ni?" mesej masuk tanda berbalas.

"Kenapa you buat I macam ni?"

"Sorry." balasnya ringkas.

"Saya tak sangka awak pilih dia :( "

"Saya suka dia, saya sayang dia!"

"Habis saya macam mana?" laju aku membalas.

"Awak? Cukup-cukuplah lah. Kita tak ada apa-apa lagi ok!"

"Awak.. awak tahu kan saya susah nak terima benda ni"

"Tolonglah jangan ganggu saya dan dia lepas ni lagi ok!"

"Awak...:( "


Tiada lagi mesej masuk, tanda berakhirnya sebuah perhubungan. Takdir tidak mengizinkan kami bersama. Sesungguhnya, perancangan manusia tidak sehebat rancangan Pencipta. Perit lagi memilukan, itu perasaan yang melanda hati guwa sekarang ni, tapi ini takdir yang harus aku tempuh. Tabah bro!


Ini kisah dgn cik awek yg paling cantik yang pernah guwa suka : LISA SURIHANI


**********************************

Tanggal 23 februari 2012 ni, awek pujaan guwa selama ni dah nak kahwin dgn mamat tuh! Arghh..tinggal 7 hari lagi! KECEWA. Siapa yang tak kecewa bila dengar pengumuman Lisa Surihani nak kawen dgn Yusry. Pakai pulak cantik-cantik, duduk dekat pelamin yang guwa impikan selama ini. Ingatkan kita bersama, namun, panas tak sampai petang, apa boleh buat!

 

Tiba-tiba muncul 1 soalan. 

"Malam Pertama"

Arrrggghhhh!!!!!!!!!!! cilake

Yuss.. guwa harap lu jaga awek kesayangan guwa tuh elok-elok. Sayang dia macam tatang minyak yang penuh ok? Jangan main-main tangan dgn dia! Guwa doakan korang bahagia sehingga ke akhir hayat. Dapat anak banyak-banyak.

Buat Lisa, saya harap awak bahagia bersama Yusry. Jadi Isteri yang solehah ye. Jangan sakitkan hati suami awak. Ingat pesan saya, perempuan yang dipandang mulia oleh lelaki ialah wanita yang menjaga akhlak, tutur kata, dan menjaga auratnya. Saya doakan yang terbaik buat awak.

Semoga pasangan ini kekal sehingga ke anak cucu. Tak pelah, guwa akan mengalah kali ini. Berdoa untuk kebahagiaan orang lain terutama orang yang kita sayang adalah perkara yang paling mulia jika boleh kita lakukan. Pahit, namun besar ganjarannya di sisi Pencipta.

Cerita di atas hanya rekaan semata-mata.

Sekadar menulis tentang artis kegemaran guwa. Gembira kerana dia akan mendirikan rumah tangga. Guwa memang minat Lisa Surihani! cara lakonan, perwatakan dia yang santun, dan tingkahlaku yang baik semamangnya diimpikan untuk dijadikan isteri bagi mana-mana lelaki. INI FAKTA.

Yuss, kalau tetibe ubah fikiran, bagi taw guwa cepat-cepat!! keh keh keh



p/s:
Lisa, i wish i will get your invitation card. I really want to see u. As a fan. Can I? Hehehe




Sunday, February 12, 2012

KFC dan pelanggan

Sebenaqnya guwa nak update minggu depan. Special entry pasai Lisa Surihani!. Maklumlah dia kan dah nak kahwin 23 haribulan ni. Bila Lisa buat pengumuman nak kahwin dengan Yusry, guwa lah orang yang paling kecewa! Bekas awek guwa yang paling cun pernah guwa dapat tuh! Ok itu tipu.


Entry ni guwa tulis bila guwa dgn member guwa lepak dekat KFC petang tadi dekat KL Sentral. Semuanya bermula bila mesej masuk petang tadi


"Pek, jom pi makan, aku lapaq bak ang"


"Ang taw dak pukol bapa la ni? Hujan lagi kat luaq tuh!"


"Aduh, aku tak makan dr pagi. JPP kena handle pendaftaran ppg, lepas tu aku pi tengok bola"


"Padan muka ang, sapa suruh jadi jpp" keh keh keh


***********************************

Dah-dah. cerita pasai Lisa Surihani tu, biaq guwa citer panjang lebaq minggu depan. La ni, guwa ada benda nak share dgn ampa semua. Ingat dak, 2,3 hari lepas gempaq 1Malaysia pasai video pekerja KFC dgn pelanggan tuh? Heboh, sampai masuk paper bagai, dok hingaq ckp pasai perkauman suma, apa jadah tah org kita la ni. Asal ada timbul isu ja,suma nak politikkan!. Cuba 1 hari ampa jangan cakap pasai politik boleh dak?

BOSAN TAHU!

Macam semua tahu, dekat Malaysia la ni, ada macam-macam kedai fast food. Cakap je nak yang dari mana, arab, China, Barat suma ada. Mmg betoi lah orang dok kata, Malaysia Truly Asia. apa yang ada dekat luar negara sana, suma boleh dapat dekat sini. Salah satu daripada syarikat  paling famous ialah KFC. Seingat guwa, sejak sekolah rendah lagi guwa dah melantak KFC. Ayam dia memang tak rr sesapa nak challenge. 



Sampai satu hari bila guwa cakap dekat mak guwa.


"Mak, awat ayam yang mak goreng tak sedap macam KFC tuh?"


"Kalau tak sedap ang tak payah makan!"


 Ambek kau setepek kena smash. Sampai ke sudah mak guwa tak bagi makan ayam goreng tuh. adik guwa yang balon. kah kah kah.

Dalam kes pekerja KFC tuh, kita sebagai pengguna kena gak faham. Cuba ampa bayangkan sapa yang tak penat keja 8 jam lagi-lagi dok kat kitchen yang panas tuh. Serius penat! Guwa cakap berdasarkan pengalaman guwa kerja pizza hut lepas spm dulu.

kadang-kadang orang selalu marahkan pekerja fast food ni serve lambat lah, makanan habis lah, salah datang order lah, dan macam-macam lah. Human makes mistake kot cik timah oi. Memang tagline pengguna "customer always right" but at least you must know certain part of humanism. Guwa pun banyak kali gi KFC. Bila mintak ayam hot n spicy, depa kata dah habis. Kalau nak kena tunggu 1/2 jam.


Kalau ikut sakit hati, apa ada hal marah-marah dekat pekerja tu. 


"Dah tahu ayam tu tinggal sikit, awat ang tak pi goreng dari tadi?!"


"Pasai pa dah habis baru terhegeh-hegeh nak goreng?!"


"Ang tak nampak ka orang ramai memang suka ayam hot n spicy?!!"




Tapi cuba ampa pikiaq, apa faedah kita buat lagu tu dekat depa? Tak salah kalau kita sebagai pelanggan bertolak ansur dengan depa. Bukannya tak pernah langsung makan ayam hot n spicy tuh. Kalau makan yang original bukan boleh bawak mati pon.

Guwa yakin, sebab utama ramai orang kita buat lagu tuh sebab nak tunjuk ego. Betoi dak? Cuba kita ubah tabiat ni. Ya, ampa bayaq makanan tu, so memang hak ampa nak makan apa yang ampa nak. Tapi tak boleh ka sekali-sekala tolak ansur? Bukan tiap-tiap kali pun ampa order hot n spicy tapi dapat yg original. KADANG-KADANG je kan? Dah memang ayam hot n spicy tu habis waktu tu, apa salahnya ambiil yang original. Ego memang perlu, tetapi perlu diletakkan pada tempat yang betul.  

Kalau tak dapat, siap ada yang tarik muka, sindir-sindir pekerja. Awat ampa ingat depa tu patung ka yang hang bole cakap ikut suka ja.

Depa tu pon manusia, ada hati ada perasaan. Kalau sekali dah tak tahan, tu yang jadi macam video tu. So, jangan salahkan pekerja KFC tu je. Customer also must be responsible. 


Pokok takkan bergoyang kalau tak ditiup angin cik jah oi.

Ampa kena ingat, walaupun kedai tutup pukul 11.00 malam, keja mereka-mereka yang kerja waktu closing tuh tak habis takat pukul 11.00 malam ja. Kena kemas kitchen lagi, mop bagai, buang sampah, cuci lantai, cuci pinggan bagai! boleh makan 2 jam tahu! Dgn haba panas lagi, penat lagi.  

Hmm, tapi aku takda lah kata semua salah salah pelanggan je, ada je pekerja KFC yang dok kat kaunter tuh tak senyum, tarik muka dengan pelanggan. Ambik order pon nak tak nak je. Pernah sekali depa terjerit-jerit dekat kitchen. Kalau macam ayam yang pelanggan mintak dah habis, cakap lah elok-elok dgn pelanggan. Kami faham yang you penat keja, tapi at least senyum. Cakap lembut-lembut. Insyaallah, pelanggan memahami. Bukan semua pelanggan yang kepala batu! 

So, nak simpulkan semua cerita, guwa harap kejadian yang berlaku macam dekat dlm video tu, takkan berlaku lagi. Sebagai pelanggan, jadilah pelanggan yang bertolak ansur. Buang tabiat suka protes dlm restoren. kalau dah tak boleh tahan marah tu, masuk kereta ang nanti maki lah puas2. jangan pi maki depan org ramai. kang ang jugak yang malu. Tak pasal-pasal org cop ang tak berbudi bahasa!.

Yang jadi pekerja, buat kerja dgn ikhlas. Layan customer dgn baik dan mesra. Banyakkan senyum ketika bekerja. InsyaAllah semua akan elok. Tak maw gado-gado. OK?


p/s:
Berbudi bahasa amalan mulia.


Manchester United (2) vs Liverpool (1)
(Luiz Suarez, awat ang takmaw salam dgn Evra?) hak hak hak



Wednesday, February 8, 2012

Segmen Quote Cinta: Intro Bersama Dr.Taufiq

Salam semua!. Dah seminggu tak updated belog ni. Banyak kerjalah Cik Jah Cik Kiah uii. Kuliah, latihan sukan, meeting lagi, urus itu, urus ini. Penat lah shialll. Macam nak masuk spa je, sambil kena urut dengan awek-awek spa yang tak pernah tak comel tuh sedap gak. Untung-untung dapat gak buat stok geli-geli. Ahahaha. Siapa percaya bangang. 

Kalau ampa perasan, guwa ada letak satu label baru dekat sini. Segmen Quotes. Betul kan? Haha... mesti korang excited nak bersama saya, Dr Taufiq dalam segmen Cintan Cintun. Seorang pakar bedah cinta! keh keh keh. 


"cam babi." sampuk si mat rempit.


"Mat Jambu." kata jantan-jantan lain.

Inilah akibatnya kalau berangan nak jadi Doktor betul-betul tapi tak dapat. Bukan sebab tak minat, tapi subjek Bio time dekat sekolah dulu bengap sikit. Bila cikgu ajar, guwa main. Suruh hafal lari. Kesian cikgu guwa. Asal masuk kelas kena marah. 

So, nak pendekkan cerita, guwa nak realitikan apa yang guwa suka. Suka tulis benda-benda macam ni. Tapi janganlah percaya pulak 100%  dengan apa yang guwa tulis. Sekadar mengutarakan pendapat tak salah kan? Pucuk pangkal ialah hati. Kalau Allah belum mengizinkan cinta datang dalam hidup kita, maka cinta tidak akan hadir dalam hidup anda!. Namun orang kata, berusaha kan tangga kejayaan. Tak gitu Cik Jah? Tapi, yakin dan percayalah, setiap manusia berhak memiliki cinta, dan tidak salah mencari cinta. Sebab cinta adalah keperluan bagi manusia seperti kita.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...