Friday, January 27, 2012

Senyumlah Kuala Lumpur!

Selamat pagi semua!.

I don't know how to start this entry. Tak banyak benda berlaku sepanjang minggu ni. Just balik kampung sambut raya cina dlm keadaan yang sungguh tragis!  Not much money in my pocket at the moment. Duit yang ada pon cukup-cukup nak buat duit tambang bas gi balik KL.  sebab elaun tak masuk lagi! member-member suma dah dok tanya, 

"Bila elaun nak masuk topek?"

"Elaun? lagi 5 minit masuklah!". Kena kau.

"Babi." AmekO! kena sebijik babi kat muka aku. 

Jemu tu jemu gak, awatlah ampa tak tanya jpp ka, hep ka, unit kewangan ka, ini idak pi tanya aku. Tapi apa ada hal, member-member guwa.  layankan je. Pasal msg2 tipu yang guwa send tu, guwa mintak maap noh. dengan post yang guwa post kat facebook hari tuh ek.

Akhirnya, pada 26 Januari 2012 bersamaan hari Khamis, jam 2.30 pagi, elaun yang ditunggu-tunggu masuk! Masing-masing senyum sampai ke telinga. Ada yang dah siap buat list lagi, apa yang di shoppingkan. kasut futsal, contact lens wane brown, baju baru, seluar baru..bla..bla..bla. Use your money gud-gud OK.

******************************

Cukup-cukup, sekarang back to the title of this post. Dah baca kan tadi. Malas nak taip ulang-ulang. Lagu nih, hari tu kluaq dalam paper dok habaq New York merupakan bandar paling sombong dekat US. Dok tulih yang cara depa jalan laju-laju sampai tak hiraukan apa yang terjadi kat sebelah. Berselisih bahu kat jlan pun tak say sorry. Wat dono je tak bertegur sapa. Senyum pun idak.

Sorry to say, tapi guwa tengok dekat KL ni pon dah lebih kurang macam perangai kat sana. Bukan aku kata semua yang dok KL ni lagu ni, tapi makin hari makin ramai yang perangai cmni. Kalau tak caya, cuba pi naik train, tengok, berapa ramai pelancong2 yang cuba senyum kat orang kita, tapi kita wat taktau je. Berapa ramai jantan-jantan yang duduk kat dalam train tu walaupun nampak makcik2, pakcik2, ibu-ibu mengandung dok saja diri, dia wat dono je duduk. 

kalau naik KTM pulak, berapa ramai yang dok masuk koc wanita, sedangkan hang taw hang tu laki? Kalau waktu jalan, terlanggar bahu orang, bape ramai yang mintak maaf? Say sorry . Paling2 cikai pon, senyumlah sket kak!

siap main himpit-himpit lagi! Udah lah main langgaq ja barisan time nak masuk train. Bau tu jgn citer!

penjawat awam pon masih ramai yang kedek nak senyum time layan pelanggan. tak rugi pun kalau kita beri senyum dan tunjukkan rasa mesra depan pelanggan. Janganlah sombong sangat dengan kami yang jadi pelanggan tuan/puan nih. kami faham awak penat kerja dari pagi sampai petang, 

ya, mmg kadang-kadang tu kita tergesa-gesa nak gi satu tempat. kena rushing nk jumpa client, nak cepat balik sebab takda sapa nak jaga anak kat rumah, dan alasan-alasan yang sama waktu dengannya. Tapi... kita kan dah nak capai negara maju 2020, takkan lah kita nak teruskan sikap lagu nih? Ada satu pepatah inggeris cakap


if you can change your attitude, and show good manners, means you can change your country.

Takkan lah kita nak org tulis pulak lepas ni dalam paper dok habaq, Kuala Lumpur Bandar Sombong di Asia. Sapa yang dok malu nanti? Its not good for tourism and businesses. We can attract more people to visit Malaysia by showing our first class attitude. Boost our economy and inject our tourism industry. tapi kalau kita teruskan sikap sombong lagu nih, alamatnya tak ke mana pelancongan kita. Takkan nak harapkan kempen tarik pelancong dari govt je, sedangkan kita sebagai rakyat tak berusaha langsung untuk tarik pelancong.

ps:

teringat pulak lagu Chek Mek Molek.
Meh dengar meh



Tuesday, January 17, 2012

"Frust" Dalam Bercinta aka Kena Reject!

Semenjak dua menjak ni, hati guwa rasa semacam je. buat benda semua serba tak kena. Nak kata tension sebab kerja banyak tak lah banyak sgt rasanya, tapi i felt something different. Mungkin sebab kena reject kot. walaupun tak cakap terang-terang, tapi saya faham apa yang cuba awak sampaikan. action imagine words. =)

saya tahu, saya antara jenis lelaki yang susah untuk disukai, dicintai, dan disayangi oleh perempuan. sebab saya tak macam awak. awak banyak kelebihan, saya banyak kekurangan. Tapi saya nak awak tahu, i can accept your decision. awak berhak untuk pilih yang terbaik dan awak ada hak untuk menolak sesiapa.

***********************

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.


Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.”Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. 

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” 

Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” 

barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih! 

Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. 

Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

************************

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dlm bercinta itu satu ujian kehidupan. Ingatlah, alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya & belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yg tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali. 

Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, 


“apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” 


Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru   hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. 

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata,“we cannot  direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.

Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Sematkan di hati kata pujangga ini:“Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

Oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi.


p/s 
perasaan suka tanpa cinta umpama melihat semangkuk mi kari yang sedap namun tidak mahu dimakan.

#tak boleh buat apa-apa kalau dah tak suka#


Sunday, January 15, 2012

Quotes: Cinta

Cinta tu macam makan coklat. Tak boleh makan laju-laju, anda perlu menikmatinya. 


(taufiq jamal jan_2012.)

Saturday, January 14, 2012

Tips Fesyen Lelaki.

Hari sabtu camni, biasanya ramai yang dok dressing kiut2 nak keluar pi jenjalan. Kalau kat area tempat guwa ni, Mid Valley lah depa pi. (eh2, bukan depa ja, guwa pon join sekaki gak.) Tapi awai2 sem ni, guwa tengok member2 guwa asyik dok teperap je kat bilik. berdengkor sampai tengah hari, ngadap laptop sampai petang. Nak gi dating dgn awek pon sanggop pospone..hak hak hak.. pasai apa? Elaun tak masuk lagi boh. nak kuar lagu mana. Encik elaun, mai lah masuk cepat sikit. aku dah kering hang taw dak.

Pagi ni, bila guwa bangun, tetiba je rumate guwa pun cakap pasai elaun. 


"Bobby kata elaun masuk tengah bulan 2, Puan Mahani duk habaq."


"Tengah bulan 2?" hmmm...


Adehh, mati rr kalau camni. bila tengok saving guwa, tinggal bape hingget je lagi. Nak mintak kat mak ayah segan. Time nak balik IB hari tu, guwa dah buat muka seposen mintak duit. banyak gak rrr. takkan nak mintak lagi. kang ada yang kena smash dgn encik ayah kang


"Tulah, time cuti sem hari tu, aku suruh keja hang tak maw. Tidoq ja hang buat." Hati baik guwa bg ceramah.


"Bukan tak maw keje, tapi keja yang takdak!" jawab setan.

********************

Actually, i dont want to talk about money. cewah, speaking konon!. Hari ni guwa nak share dgn ampa suma tentang 1 benda yang common dlm hidup kita. 

?????????????

FESYEN. 

keh keh keh....awat ampa gelak? betoi apa aku habaq. Tapi aku nak buat confession awai2. Tak semestinya aku cakap pasai fesyen, aku ni metroseksual. Aku takda rr sampai lagu tuh. Cuma kalau kita dok pakai ikut hentam keromo ja, it will humiliate ourselves.

Tapi, aku pun xda rr expert sgt pasai fesyen2 bagai ni suma. Dulu pun aku pakai ikut suka ja. asal boleh sarung, muat. pakai. Tak kesah warna apa, cutting macam mana. bla..bla..bla...

Tu yang SINGLE lagi tu..keh keh keh

Sebenaqnya, penampilan seseorang lelaki tu penting sebab penampilan melambangkan keperibadian seseorang. Mungkin ada yang dok kata, don't judge a book by its cover. TIPU sebab benda pertama yang kita dok nampak kalau nak pi beli buku, mesti cover tu kita tengok dulu. 

Kalau cover dah tak menarik, bosan, warna dull, keinginan kita untuk beli buku tu mungkin akan berkurang 20%-30% walaupun isinya best. Lagi-lagi kalau ada buku lain yang ada cover yang cantik dgn isi yang menarik waktu yang sama. Agak-agak hang nak beli yang mana satu kalau ang cuma boleh beli 1 buku ja? 

Sama jugak konsepnya, kalau kita nak ngurat perempuan. kita nak perempuan tu suka kat kita. tapi dalam masa yang sama, 2,3 ekor jantan lagi dok try nak ngurat awek yang sama. Compem2, cik awek tuh nak cari yang sedap mata memandang. Tapi aku takda lah kata yang sedap mata memandang tu semestinya handsome. Kulit putih, rambut lurus, tinggi. Tapi lelaki yang tak berapa nak selekeh. kuikuikui.

Sometimes,we must accept our weaknesses, but we can try to improve ourselves. Why not? Sebab benda tu untuk kebaikan diri kita gak. Bukan kita buat untuk orang lain. betoi dak?.

Banyak pulak aku exlain. Mana tips ye???? ahahaa.. ni kat bawah ni. 


1.Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Kalau boleh hang cari pakaian yang fit to body. Sebab apa? ia akan membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Tapi kena ingat, fit bukan bermakna ketat.

2.Simple tapi smart - bukan bermakna hang perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya. 

3.Pemakaian pastikan sepadan - Sentiasa pastikan hang berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau awai2 lagi hang dak tengok pelik semacam je depan cermin, baik hang pi tukaq. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. WTF? 

4.Jangan mengabaikan benda yang remeh temeh. contohnya, kalau hang pakai baju warna purple plain dgn jeans, takkan lah hang nak kena pakai gak jam tangan hang yang warna kuning tu. Accessories pun kena gak matching dgn baju ampa. 

5.Sentiasa peka part ni ramai lelaki yang buat selalu ambik mudah. contohnya, kita diundang untuk mai majlis. kat kad undangan tuh dah terang-terang dok habaq tema pakaian warna hitam putih. Yang hang pakai baju tak ikut tema tu pasai apa. Lagi satu, kalau event2 majlis rasmi yang memerlukan kita pakai baju formal, jangan dok menggatal pakai baju kasual. 

6.Jangan terikut pada trend & brand- contohnya, ada design baju baru untuk jenama X. Anda merupakan peminat jenama ni. Walhal, design baru tu tak sesuai dgn hang. takkan hang nak perabes duit dok beli benda tu! baik hang pi carik yang lain. Kadang-kadang, kalau baju yang xda brand tu "masuk" dgn hang, kenapa tak hang beli ja. Tok sah malu pakai baju murah. 


7.Bereksperimen dgn gaya- jangan takut untuk try benda yang baru. contohnya, kalau sebelum ni, hang asyik dok pakai baju yang gelebeh je, apa kata hang try pakai baju yang fit to body. then mintak pendapat member. tak pon tengok sendiri kat cermin. Kalau rambut dulu selalu belah tengah je, cuba try buat cutting lain. layaer skit je. spike ke. 

8.Ikut bentuk badan- kalau kita nak pilih baju, benda yang sangat penting untuk kita take note ialah body shape kita. takkan lah kalau badan kita berisi, kita dok gatai tangan pakai baju saiz S. kalau badan berisi, carik baju yang warna gelap. Walaupun kita nampak baju yang warna terang cantik2 design nyer kat kedai, tapi warna yang gelap lebih sesuai dgn ampa. 


"Eh, tapi tadi hang gak yang cakap topek, kena pakai baju fit to body."


"Lah, kan aku dah habaq awai2 tadi. Fit to body tu bukannya ketat!. tapi selesa. Keep it"


9. Pastikan muka bersih dan Kemas- bersih kat sini, bukanlah aku maksudkan tak boleh ada 1 jerawat pun kat muka hang. tapi kena jaga kebersihan diri. Cuci muka selalu. Take note pasal kulit sikit2. Kalau ada jambang/kumis tu, reti2 lah shave kalau dah panjang. takkan nak biO je 2,3 bulan tak shave.





p/s:
Jangan ampa jadi mangsa fesyen dah. Jom karok kat Aladdin Pertama.

Tuesday, January 10, 2012

Cuti-cuti: Cameron Highland

Starting this year, I’ll become more mature in order to write the articles or anything in my blog. (wondering) kuikuikui

kalau ada sesapa yang perasan, blog guwa dah berubah wajah. Serabot rr yg sebelum ni. dah malas nak download layout2 yg merepek2 tu. back to basic. tak poning kepalo den.

Dulu guwa punya lah skema, layout pun tah apa-apa, tapi sekarang guwa decide nak buat BLACK and WHITE je. Xdelah semak cam dulu. Simple pun simple. Tapi satu je guwa failed bab-bab blog ni, guwa TAK TAW camna nak BUAT HEADER yang cun2! Ada tak cik-cik awek yang sudi nak tolong ajaQ?:P

**********************************

Ok, Post kali ini guwa nak share dgn ampa suma tentang trip kelas kami pi Cameron Highland.

“What?? Cameron Highland??!!”


“ Oh man, bapak bosan!” Kata adik aku.


!@2#$^**%UIU(@*%^#@$&@*!O!!!!IT##T


Cilake. Ada jugak yg minum air sirap perisa kaki ni kang.

“Errkkk..errkkk...Aku taw lah Cameron tu TAK sejuk macam dulu-dulu, kami pi sana nak buat projek bukan pi makan angin hang taw!”

Tup2 sampai sana, hujan manjang. Dia punya sejuk sampai guwa nak demam. pagi sampai malam selubung dgn sweater. Sejuk macam kat London... Ok itu tipu.

WalaupOn makan tom yam sebab nak panaskan badan, tapi tetap rasa nak demam. Apa taknya, makan tom yam CAIR +nasi putih+air teh O panas =RM10.00!! nasib baik dah sumbat dalam perut, kalau tak, memang tak hingin aku makan kat situ lagi.

Fakkkkkk

1st night just jenjalan kat pasar malam Brinchang. Jalan kaki je, sebab hotel kami memang kat area town. 5 minit dah sampai. Petang tu guwa dgn bebudak ni sempat balon eskem strOberi dgn Waffle strOberi kat Big Red Strawberi Farm. Harga jgn tanya.

MAHAL OK.



****************************

2nd day kami pun start buat kerja. Merayap kat merata-rata tempat kat Cameron tu. Mula-mula pi ladang Teh Boh, dgr ceramah india tu...bla..bla..bla..(dengar ceramah je dah nak ½ jam).

Gampang.

Tapi, pemandangan dekat Boh tu memang terbaik. Waktu naik “roller coaster” depa, kiri kanan ladang teh. terbentang seluas mata memandang. Inilah ciptaan Tuhan yang perlu kita syukuri.





Ok, malas nak bukak citer pasal uncle india bawak bas kat lereng bukit tu laju2, pasal story budak2 ni jakOn sebab asap kuar kat mulut sebab sejOk, dgn beli baju yg ada tulisan Cameron Highland ramai2.. guwa list down tempat-tempat lain yang kitorang gi.

·         Honey Bee Farm
·         MARDI.
·         Last skali singgah dekat Ladang Teh Bharat.





Malam, ramai2 makan char kuew tiow, pusing-pusing pekan, lepak-lepak. Malam tu guwa tido punya lah lena, sebab Man.United menang 2-0 dgn QPR. Keh..keh..keh

p/s:
Some people say you must give and show your love to your friends after family, but why some people still make their friends like enemy and don’t show their respect to them?

Maybe someday you will know the real meaning of friend.



Wednesday, January 4, 2012

Memori Darjah 1


Hari ni guwa dftar balik kolej kediaman, so wajib hakikilah kena kemas bilik. Sapu bagai, mop, buang sampah, bla..bla..bla..

Lelaki pun kena gak take note pasal kebersihan. Takkan nak biar je bilik bersepah, habuk, baju sampai seminggu tak basuh. Tu yg sebab tumbuh jerawat hang taw dak! Keh keh keh

Waktu awal-awal tahun camni, seronok tengok budak-budak masuk sekolah, pakai baju sekolah baru-baru mai datang sekolah.  Lagi2 yang first time, budak-budak darjah 1. Siap mak bapak temankan, takut anak nangis. Sampai ada yg sanggup ambik cuti seminggu sebab nak temankan anak!

Dulu time guwa nak masuk darjah 1, takde nak berteman-teman ni semua, lepas habis daftar je, ayah terus menonong balik rumah. Terkontang kanting guwa sorang-sorang kat sekolah. Dah lah kawan sekor pun x kenal lagi. 

“Dah, sekarang hang pi masuk kelas, abah nak balik.”

“Ya, abah”

Zaman sekarang ni, guwa tengok ada trend baru. Sesi “orientasi” pada bebudak darjah satu. Tujuannya nak perkenalkan persekitaran sekolah katanya.

Dulu seingat guwa, takde mende2 ni semua, hang mai sekolah teruih duduk kat kelas ang, Cikgu masuk bawak rotan besar gedabak. Bukan jenis kecik, tahap dewa punya besar! Masuk2 kelas cikgu terus warning

“Ampa suma mai sekolah pasai nak blajaq, bukan buat bising. FAHAM!”

“Kalau cikgu dengaq ampa bising, cikgu sebat ampa guna pembaris ni!” diikuti dengan hayunan pembaris kuning di atas meja guru. Kuikuikui.

(benda alah ni lah yang guwa paling takot. sekali kena hayun kat tangan, dia punya bisa, pergggh!!)

waktu tu, suma kecot perot, apa taknya first day dah kena tengking cmtu. mawu tak takot. Tapi sekejap je, lepas 2,3 bulan, bila dah dpt geng 3,4 org, setan dah mula masuk, hambik kau, eksen taiko kat sekolah.

Lagi-lagi waktu cikgu tak masuk kelas, tak pun waktu rehat. Dulu main police entry paling famous, cari 3,4 member, buat team. Dia punya bising, 1 sekolah boleh dengar. Satu hari tu cikgu terpaksa keluar dr bilik mesyuarat, bawak rotan, suruh kami suma masuk kelas. Sekor2 kena sebat kat bontot. Masa tu masing-masing buat muka tak bersalah! Tapi, lepas lima minit, bising balik.

Waktu darjah satu, ayah bagi RM0.50 je pi sekolah. 30sen buat beli nasik lemak, 20sen beli air. Zaman sekarang, cuba makcik-makcik bagi RM0.50 kat anak makcik buat jajan sekolah, compem depa hingaq.

“Mak, mana cukup RM0.50. dapat apa je kat sekolah.” Paling2 sikit, kena bagi RM2.00!

Kalau ampa tak caya, Cuma ampa bawak RM0.50 kat kantin, lepas tu mintak kat makcik kantin tu nasi lemak siap ada telur, kacang, ikan bilis dgn sambal. Mintak makcik kantin tu bubuh dalam daun pisang sekali. Kalau tak kena pelempang, kena maki hang dapat!

cakap pasal nasi lemak ni, tetiba teringat pulak kat mak jah.(allahyarhamah). Dia punya nasik lemak punya lah sedap. Complete dgn telur, ikan bilis, kacang, sambal. Cuma RM0.30! siap bungkus dgn daun pisang lagi. Lepas dia dah tak ambik tender kantin lagi, tiap2 kali raya, msti guwa dtg raya rumah dia sebab dia akan bagi makan nasik lemak.

Dulu masa darjah satu, semua rilek2 je. Kerja sekolah tak susah. Paling-paling susah pun sambung huruf, tak pun gunting-gunting gambar pastu dok pelekat dekat kertas. balik sekolah je, terus siap2 nk pi sekolah agama. tapi bukan belajar sgt pon, dok rematch main bola guna tin. tak pon main cop2 tiang! hak hak hak.

(1997-2003)

terima kasih kepada cikgu2 yang penah ajaq masa sekolah rendah dulu, Cikgu Sazali(KH), Cikgu Zainab(Disiplin), Teacher Hafizah(BI), Cikgu Asiah(SN), Cikgu Hasnah(SN/HEM), Cikgu Rahimah(MATH), Cikgu Jamali(BM pemahaman), Cikgu Aspa(MATH), Teacher Shafida(BI), Cikgu Hadijah(BM/PSS), Cikgu Anita(BM penulisan), Cikgu Hilmi Izuan(SN), Cikgu Suria(PRA SEK), dan guru besar Puan Halimah. Terima kasih cikgu.

p./s
My former primary school is SK Seri Menanti Muar (1997-2003)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...