Friday, April 22, 2011

Hari Bumi Sedunia.

SAJAK: KEINDAHAN YANG HILANG.


I
Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.

Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.

Malam hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.

II
Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.

Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

III
Bulan kini bukan menara kasih jernih
bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.


Ditulis kembali oleh:
TAUFIQ JAMAL.





Wednesday, April 20, 2011

Saya Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu.

“Guru umpama cermin kepada murid-muridnya. Dialah pantulan dari segala segi. Dialah paparan wajah-wajah gembira, sedih dan yang mengkagumkan dunia.”

PISMP Pengajian Sosial/PJ/BM.
(2011-2014)

Assalamualaikum.
Actually, nak join Sahabat Blog IPG nie lama dah, tapi oleh kerana kekangan masa, ruang dan waktu, jadinya baru skunk aku join. First of all, aku nak ucap Thanks to Mr Azman Roslan coz buat Sahabat Blogger utk student2 IPG cm kami nie. 

Kat IPG, aku ambil major: Pengajian Sosial.
Elektif 1: PJ
elektif 2: BM.

Kat sekolah nanti, aku akan mengajar mata pelajaran Sejarah dan Sivik, tp kalau kena posting sekolah yang tak cukup guru, kami memang ready nak kena ngajar apa2.... yang penting IKHLAS.. =)

pengalaman manis time jadi student kat IPG nie, bila kita gi sekolah untuk PBS/Prkatikum. Wah, murid-murid panggil kita cikgu!!. sweet~
Aku dah dapat rasa dah, time wat PBS kat SK Batu 10 Lekir, Sitiawan dulu. Nie antara pic aku dgn murid-murid:
Cikgu Taufiq nie handsome rr..hehe:P

pengalaman pahit, kalau duet elaun lambat masuk. Huh, boleh hangen 1 badan wOo. Asssignment lagi, dan yg paling pahit skali, time duet elaun tinggal cket coz dok beli brg jerk memanjang....hee~

Personal view about our educational system in Malaysia: 
We already had a high quality system. Just follow the flow. Jgn pasai politik punya pasal, pendidikan kita tergadai. To all the Trainee Teacher, we are the agen to CHANGE our people. Their mind set, knowledge, culture, and everything are such of our responsibilities. So, put it on your shoulder.

Sape2 nak join, mai kat site nie:

Tuesday, April 19, 2011

Cuti-cuti: Taman Botani Negara.


Tarikh: 2.4.2011.
Hari:  Sabtu.
Tempat: Taman Botani Negara Shah Alam.


Maaflah, lama rasanya tak menulis di sini. Kekangan masa, ruang dan jadual padat membataskan semuanya. Kerja bertimbun-timbun bak ang~
assignment lah,
itu lah, ini lah.. haishhh~

Ok, lets go through my entry. Kali nie nak habaq pasai Taman Botani nie hah. Taman Botani nie dulunya, orang panggil Taman Pertanian Bukit Cerakah. Hanya mengambil masa 20 minit untuk sampai ke sana dari IB.(IPG KBM). Actually, gi satu kelas, coz utk projek KPK sem nie. Memang Happening gler kat sini. Tak macam duk kat KL!!!. Sure ta tipu...huhu. 

Ini classmate sy. Nama acik nie Cik ila. die pun ade blog gak au.. search ila momochan.=)

Kat sini ade banyak taman, antaranya:
~Taman Haiwan.
~Taman Cendawan.
~Empangan Sg.Baru.
~Taman Kaktus
~Dusun Buah-buahan.
~Sky Trek.
~Swimmping Pool.
~Berkayak.
~Paint Ball.

With Yana.die nie special cket. Y??
coz bufday die same dgn aku. 27.03.1991. Tu je~ huhu.
eh..eh..lupe lak nak citer kite owg kat mn nie. Nie kat Sangkar Ikan Air Tawar kat Empangan Sg. Baru. Cantik gler tempat nie..

hee~
 
nie kat Menara Tinjau.
(comel an...) lalalala :P
Cape suke durian? angkat tangan cm sy... ( usup wilcha) kui3
Btau, durian kat sini, tebal2..cdp-cdp lak tue...
 part nie, bawu nak masuk Taman Haiwan kat sini. Ada byk gak binatang kat sini. 
Ade burung kakak tua, ada landak. rusa pun ade gak.
hehe~
gambar...gambar...gambar...=)
Thanks to the organiser, dybba, teha, and adila. Fira coz using her cable.hee~
and all my classmates. We will still stand as friend, and family.
 Love u all.

by:
Taufiq Jamal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...