Thursday, September 30, 2010

CERITERA ORANG MUDA.

Alkisah tersebutlah sebuah hikayat ceritera remaja zaman ini. Punya segala macam kemewahan, diapit dengan kesenangan yang tinggi menggunung, serta diulit dengan mimpi kebebasan yang berpandukan mazhab nafsu hingga membuatkan remaja bagai seekor Hering yang dambakan mangsa. Bagai seekor Serigala angkuh.

erbicara tentang fenomena kebejatan akhlak dalam kalangan remaja hari ini ibarat bercerita tentang kisah Sang Mentari dan Rembulan. Tiada kesudahan. Bak kata bahasa penjajah “The Endless Stories”. Paparan kisah rogol, pembuangan bayi, zina, minum arak, perjudian, serta krisis agama merupakan modal bicara seorang remaja. Bagai diadaptasi daripada kisah filem yang entah apa-apa kualitinya, serta rendah mutu moralnya telah menghumban remaja ke lembah neraka. Kemajuan yang dicanang kepada rakyat bertukar menjadi mimpi ngeri akibat lupusnya jati diri dan integriti. Akibat ghairah mengejar wang saku negara, segala macam cara dibenar walau berlawanan dengan agama majoriti rakyatnya. Maka sangkar maksiat bermaharajalela di setiap segi tanah pusaka bangsa. Bagai cendawan selepas hujan banyaknya. Terpampang megah kilang arak di Malaysia, bangunan judi menghias indah suasana di ibu kota, serta berbondong-bondong umat Melayu mengadakan “Lawatan Sambil Belajar” di Pusat Urut dan Spa seantero negara. Itu belum dicampur dengan kejayaan Malaysia menjadi pusat ternakan babi terbesar di Asia Tenggara.

Maka, apa yang dibimbangi segelintir rakyat yang kecil kuasanya ini menjadi realiti. Kes pembuangan bayi menjadi-jadi. Itu yang “terkantoi”. Yang tidaknya pula beduyun-duyun. Zina punya angkara. Hasil haram seperti judi pula kini tanpa segan silu didedah mahu diangkat sebagai salah satu sumber pendapatan negara. Alasanya mahu mengawal gejala perjudian haram. Saya mahu bertanya, adakah wujud perjudian yang dihalalkan dalam agama Islam? Segala sumber yang datang daripada yang haram itu, tetap haram hukumnya. Ini bukan bicara seorang hamba, tetapi ingatan daripada Pencipta.

(Telah dijanjikan Allah, Bayi yang dijemput Tuhan itu tempatnya di syurga. Dia akan berada di pintu syurga bagi menanti ibu dan ayahnya masuk bersama. Persoalannya, adakah bayi semalang ini akan menjemput ibu dan ayahnya yang punya sifat sekeji binatang?)

Lihat sahajalah pada malam ambang merdeka dan sambutan tahun baharu. Pesta menghiasi segenap penjuru negara. Bagi mereka, inilah nikmat dunia. Berkepit tak tentu hala sehingga lupa akan norma agama. Mereka begitu taksub dengan syurga dunia. Maruah diri digadai begitu mudah. Penguatkuasa pula terpaksa dikerah meninggalkan anak dan isteri semata-mata mahu membendung perkara ini. Berdozen-dozen kondom pula terpaksa dikutip pekerja Pihak Berkuasa Tempatan pada keesokan hari. Punya agama tetapi tidak pernah menghayati, maka lahirlah manusia yang tidak lagi mengenal Pencipta. Inilah remaja Islam Melayu yang kebanyakannya punya latar belakang gelap warnanya.

  
(suasana lazim pada malam ambang merdeka. adakah ini cara kita meraikan jerih payah pejuang bangsa dulukala menggapai kemerdekaan dengan konsert yang dijamu dengan segala macam dosa? inikah sebenarnya erti kemerdekaan negara?)

(Aksi anak muda yang baharu sahaja memasuki alam remaja. sayang, mereka punya akal tetapi akal mereka diletakkan di kaki.)

Berapa banyak hotel dan pusat peranginan yang pekerjanya mematuhi tuntutan pakaian dalam islam (aurat). Hanya kerna kegilaan mengejar pelancong seluruh benua, identiti diri diperjudi. Mungkin benar, kebanyakan taukeh-taukeh hotel ini bukan bertuhankan Yang Esa, tetapi kerajaan bisa kiranya menggariskan klausa kepada mereka. Umat Islam wajib menutup aurat. Satu anologi mudah saya berikan, lihat sahaja di barat, mereka maju kerana mereka punya rakyat yang bangga dengan identiti mereka. bagi mereka pergaulan bebas itu lumrah, tetapi bagi orang asia dan islam secara khususnya itu dipanggil davien.( satu bentuk tingkah laku yang bertentangan dengan norma). Itu yang diajar oleh guru. Sedangkan majoriti daripada kita bertuhankan Yang Esa. Pekerjanya pula? Huh, umat Islam banyaknya! Di barat, mereka terang-terangan menolak pemakaian purdah,dan hijab, kerna itu bukan budaya mereka. Itu davien bagi mereka. Kerna itulah mereka menolak. Mereka tentang dengan segala macam cara. Mereka tidak mahu budaya asing mencerap dalam kehidupan mereka. Berbeda pula dengan kita, budaya asing diangkat melangit, budaya yang disyorkan agama, dikebumi di perut bumi. 

Konsep keterbukaan yang dicakna, melantun ke muka. Dasar yang dirangka pemerintah akhirnya menjerat diri. Inilah akibatnya kalau terlalu takbur membelakangkan hukum hakam Sang Pencipta. Diberi madu, dipilihnya toba. Punya Al-Quran untuk dikaji, tetapi hanya dibaca berulang kali, tanpa sebarang erti dan pengisian. Maka lahirlah barisan pemimpin yang jahil lagi keras kepala.

Si ibu dan bapa pula bagai melepas batuk dI tangga.  Rintihan si anak yang dambakan kasih sayang tidak diendah  dan dibiar berkeliaran keliling kota. Mereka hanya ngerti soal kerja dan kejarkan pangkat semata-mata. Akibatnya, zuriat anugerah Illahi terpaksa mencari orang ketiga untuk berpaut dan berteduh. Mengharap insan baharu yang bisa memberi secebis kasih sayang kepada diri mereka. Persoalannya siapakah rakan baru anak anda tersebut? Jika Si kaya atau teknokrat berwibawa, tidaklah hamba begitu kisah, tetapi manusia perosak bangsa. Dadah dijadikan juadah minda, seks bebas lambang hakiki orang muda, arak pula diteguk saban hari. Adakah hamba perlu matikan diri dalam perkara sebegini?, Bisu tanpa sebarang bicara, sedangkan hamba mampu berbuat sesuatu? Si ibu dan ayah hanya dijadikan boneka. Ditipunya si ibu dan ayah sesuka hati. Bonda dan ayahdanya pula bagai terpukau dengan tingkahlaku si anak yang begitu tertib di hadapan mereka. begitu dungu hingga tidak berbuat usul periksa walau pernah ternampak dengan mata kepala sendiri? Alasannya, pelanduk dua serupa. Kita dianugerahi Tuhan akan zuriat penyambung warisan. Kita punya tanggungjawab untuk dibereskan. Itu sebenarnya tugas hakiki seorang manusia yang bergelar hamba.


Natijahnya, bicarawara soal remaja, merupakan satu episod yang tiada kesudahan. Kukuh atau longgarnya jati diri dalam kalangan remaja bergantung kepada tuan empunya diri. Mungkin segala macam ilham bisa dicetuskan untuk mengatasi masalah ini. Mungkin jutaan ringgit bisa dihabiskan untuk menampan masalah yang menimpa. Dalam lanskap negara kita hari ini, kita perlu balik semula ke pangkal. Mencari semula sinar keberkatan dan nur hadayah Tuhan. Tauhid dalam kalangan rakyat tidak akan dapat ditegakkan jika pemerintahnya sendiri alpa dan leka dengan kuasa dunia hingga sanggup kurangkan pemberatan agama dalam sistem pentadbiran mereka. Pemikiran remaja yang disadurkan dengan konsep kapitalis penjajah harus dinyahkaan segera dalam negara ini. Islamisasi perlu segera disuburkan dalam jiwa rakyat. Peranan anda sebagai seorang warga perlu digerakkan. Tidak kiralah anda seorang pemimpin terkemuka, ahli agama, tokoh akademik mahupun rakyat biasa, perkara ini memerlukan peranan kita bersama, kerana kita yang cipta masalah ini. Maka, ini tanggungjawab kita bersama. 


Created by: Taufiq Jamal.

Wednesday, September 29, 2010

IB RAGAZZO.

IB RAGAZZO RUGBY TEAM.
Atas ( dari kiri): Ghazmil, Chiko, Jeb, Pidut, Khirman, Wafi, Hassan, Hakim, Meor, Yien.
Hadapan (Dari Kiri): Zaki, Hisham, Alip, Farid,
Tiada Dalam Gambar: Syafiq.

Perihal setia menjadi pemanis kata bicaraku kali ini. Mungkin ini kisah picisan seputar alam. Nampak remeh, tetapi hakikatnya membawa seribu satu kepentingan. Ini kisah tentang seorang sahabat yang cinta akan teman-temannya. Ini kisah kehidupan seorang insan yang tak akan sekali-kali mengkhianati teman-temannya.
Semangat setia kawan, kepercayaan, kerjasama, dan potensi diri, nadi utama kekuatan pasukan kami.
walaupun seriously aku memang tak minat ragbi, tapi entah kenapa tah, sekarang ini berminat lak nak mendalami sukan ini.
IB RAGAZZO vs IPIK A.
( 0-5 )
IPTI A vs IB RAGAZZO
(0-0).
 Khusuk korang dengar taklimat daripada Team Manager, En.Aizuddin. Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Bahasa Melayu.
Inilah yang dinamakan semangat setia kawan. Roomate sokong roomate cm 
FIQ=AKMAL.
ARM=ALIF. 
and TAUFIQ JAMAL..nk jugak.. Penyelaras Pasukan tu ... huhu..:)

Walaupun nasib tak menyebelahi IB tahun ini, tetapi kita selayaknya berbangga, dengan pasukan yang baru dibentuk tidak sampai seminggu nie.( rasa-rasanya 3 hari jew kot). Tugas kita pada tahun ini iaitu untuk memperkenalkan team ini kepada IPG-IPG lain sudah pun tercapai. Sekalung tahniah buat teman-teman.   
            
HARAPAN:  
Kepada mereka yang galak menjaja cerita di luar sana, jangan hanya tahu bermain kata, mengadu domba setiap masa. Janganlah Kerana KECEWA, sanggup berubah menjadi Luncai yang bertalam dua mukanya. Menjadi Si Kitol yang sanggup mengkhianati Empayar Melayu Melaka, hanya kerna dendam kesumat di dada. Bukankah berusaha memecah-belahkan masyarakat ini Babil tendakannya? Berubahlah menjadi manusia yang luhur jiwanya, profesional dalam tugasnya, dan komited ketika berkhidmat. 

DEDIKASI KHUSUS BUAT SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PASUKAN INI.
IKHLAS DARIPADA: Taufiq Jamal.

Sunday, September 26, 2010

MY LOVE.

For me you are my angel,
With your own unique beauty,
You are pretty as a flower,
The fairy in my dreams,
and the Queen in my fantasy.

I am your fan,
Your innocent smile,
Make everything perfect,
You are an inspiration for many and aspiration for me.
I don’t know how quickly I fell in love with you,
How tremendous is my love to you.

Honey, I want you to know how deep I love you.
I am here, waiting for you.
came to me and be the angel,
you are everything in my life.

CREATED BY: Taufiq Jamal.


SKETSA PRIBUMI.

Di mana boleh cari ramai Melayu?
Pastinya di Kelantan, Johor dan Trengganu,
dan juga di pasar malam dan pasar minggu.
Di Akademi Fantasia dan Juara Lagu.
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu.
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu.
Di jalanan, lumba haram tak buka lampu.
Di pejabat duit rasuah depa sapu.
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu.
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baharu.
Terkinja-kinja “best giler” menari macam hantu.



Apakah hobi orang Melayu?
Terkenal dengan budaya malas dan lesu.
Berlepak buang masa tak jemu-jemu.
Atau baca majalah Mastika cerita hantu.
Tengok telenovela dari Mexico dan Peru,
Sambil makan "junk food", kacang, dan muruku.
Mana tak gendut berpenyakit selalu.
Kalau nak berlagak, melayu memang nombor satu,
Asal bergaya sanggup makan nasi dan tauhu.
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku ?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu ?
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu ?
atau beribadah di masjid saban waktu?
Ada tapi kurang sangat ke situ
.


Mengapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa? 
ibu bapa atau guru?
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu?
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu.
Nak harap kerajaan saja bantu!
Terutama sekali kontraktor kelas satu, 

Tak habis-habis bergaduh nak jatuhkan siapa dahulu!
Suka sangat dengan budaya mengampu.


Sampai bila kita nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa termaju ?
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu.
Pertama dengan banyak menguasai ilmu.
Kata nabi ikutlah Al Quran dan sunnah ku.
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu,
tapi apakah yang kita tahu,
cuma baca nak halau hantu.

edited by: TAUFIQ JAMAL.

SKRIP KELUARGA MELAYU

Melayu,
Kita tumbuh daripada akar yang sama,
Melilit di pohon serupa,
Segar bugar daripada baja yang tidak punya beza.
Melingkar mewarnai dunia bersama.

Namun,
Beberapa purnama kita semeja, engkau bertingkah,
Angkara Si Dajjal yang punya angkara,
Punya muslihat retakkan keluarga.
Akhirnya pecahlah Melayu berpakat-pakat,
Hingga mengamuk, bertikam segala,
Derita si anak tidak ditimbang,
Akibatnya luka mula menanah, dan membusuk,
Dipanggil segala dukun datang mencuba
Namun, tidak terkesan penawar yang di bawa.

Melayu,
Kembalilah bermain di padang yang sama,
Tidur sebantal di pondok serupa,
Beralaskan lantai cinta,
Berbumbungkan kasih mesra,
Berbekalkan Tuhan yang Satu,
Jagalah wasiat KETUANAN MELAYU,
Jangan tergadai walau sesaat,
Takut disumpah hingga akhirat.

created by: TAUFIQ JAMAL.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...