Tuesday, December 7, 2010

10 FAKTA-FAKTA MENARIK.

  1.        Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud”ya” manakala mengangguk bermaksud” tidak”
  2.        Tiram boleh menukar jantinanya berkali-kali sepanjang hayatnya.
  3.        Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir berbanding wanita.
  4.         Gajah Afrika bunting selama 640 hari.
  5.         Pepatung hanya boleh hidup dalam tempoh 24 jam sahaja.
  6.         Kucing tidak boleh merasa rasa manis.
  7.         Ketika kita bersin, semua organ di dalam badan kita tidak berfungsi termasuklah jantung.
  8.       .  Menghidu pisang atau epal berwarna hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.
  9.         Kamera paling awal dicipta, memerlukan jangka masa lapan jam untuk mengambil sekeping gambar.
  10. .   .  Air liur manusia mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.

Monday, November 29, 2010

UTUSAN DARI LAUT.

Lucu benar tatkala bercerita mengenai isu ini. Unsur Kecindan yang dipamerkan, menggelikan hati setiap saat tatkala dibaca. Mungkin hamba bukan Orang Bahasa, tetapi gemar amat berbahasa. Sejarah dan Bahasa itu saling berkait antara mereka. Ini kisah Si Tahyul Putrajaya yang kononnya menakhoda Bahtera USS 16 September yang tidak pun sampai-sampai ke sana. Penat rasanya lutut ini menunggu di Seri Perdana dengan hanya berbekalkan Beca lama yang ditunggangi dari sebuah kota yang menjadi pintu masuk pertama terpahatnya Empayar Melayu Melaka. Besarnya Bahtera bukan kepalang, punya bekalan harta dari Negara Pengganas Dunia dan Si Dajjal pemula segala petaka menjadi kunci azimat untuk ke sana. Namun, mengapa bahtera yang kononnya sarat dengan muatan pembaharuan ini begitu lambat sampai ke Putrajaya? Beca lama yang uzur itu pula berjaya memintasnya. Karam agaknya di tengah lautan.


Setelah beberapa purnama silih berganti, lutut ini makin longgar menunggu. Hajat di hati mahu mengadakan keramaian sepanjang 7 malam pertama, tetapi perlu diganti agaknya dengan kenduri Tahlil Arwah pada jumlah malam yang sama. Telahan hati rupanya tepat membaca ombak dan angin laut. Rupanya, pelayaran dipukul badai tinggi lagi bergelora, keadaan lautan yang biasanya tenang bertukar gelap tanpa cahaya. Kilat pula sabung-menyabung saban waktu, bayu lautan menggoncang bahtera, hingga melambung-lambung ke langit rakyatnya. Tiada bulan penuh mahu pun sabit yang sudi menerangi bahtera keramat. Terhuyung hayang hingga membuatkan Kapten nya tergesa-gesa mencari perlindungan, terdampar rupanya di Kota Istanbul Turki. Mengapa sebegitu jauh untuk ke Putrajaya?

Diperbetul keadaan bahtera. Ditampal segala lompang. Ditutup segala lubang, dengan harapan Putrajaya akan mampu ditawan. Maka, pemuka-pemuka kabilah terkemuka bermusyawarah mencari jalan keluar untuk ke sana. Diberikan pula pidato kepada rakyatnya untuk meyakinkan mereka, bumi putrajaya akan mampu untuk mereka tawan dengan jayanya. Maka, berbondong-bondonglah rakyat biasa bersorak gembira, dengan janji kapten mereka. Lantas, bersegeralah mereka menggerakkan bahtera.

Purnama berganti lagi, namun mereka masih yakin dengan janji Kapten mereka kali ini. Tiba-taba, seorang kelasi menjerit dengan mengatakan telah Nampak atap Seri Perdana. Terpekik terlolong sesama mereka. dipersiapkan segala-galanya bagi mendarat di perairan keramat. Hanya menunggu gerbang dibuka. Bagi menunggu bahtera memasuki perairan putrajaya, telah diadakan pemilihan antara mereka untuk mengagih-agihkan kuasa. Kaptennya masih bersemanyam tanpa gugat. Cuma penolongnya yang mahu bersara. Posisi itu perlu diisi dengan segera. Maka, pengumuman diadakan, membuatkan beberapa di antara mereka begitu pegun dengan posisi itu. Sibuklah kapal itu beserta isinya. Mulanya tenang sesepoi angin membelah lautan. Berhujah kiri dan kanan bagi mendapatkan sokongan. Ke atas dan ke bawah kapal bagi memperoleh kejayaan.

Namun, ibarat kata Orang Laut, angin lautan sukar diramal. Bisa tenang, bisa juga ribut yang datang. Berpuak-puak mereka jadinya. Berperang mulut berhari-hari. Aneka berita tanpa henti. Di kanan mencaci di kiri. Yang di atas pula menemplak yang di bawah. Terhuyung-hayang bahtera jadinya. hingga ada yang membawa diri.




Didayungnya sampan mencari haluan, ada pula yang sudi menurutinya. mungkin berasa akan dilayan dengan buruk jika kekal di atas bahtera. Agaknya ya, siapakah yang akan sampai dahulu ke sana? Sampan kecil atau bahtera berkuasa? Atau akan karamkah kedua-duanya? Adakah rakyat Putrajaya sudi menerima tetamu baharu dengan rela, atau akan berperang habis-habisan menentang mereka? atau, akan wujudkah Si Kitol Moden yang akan membuka jalan pada kapten yang seorang ini dari dalam kota? Tunggu sahajalah gerbang di buka. 


Oleh: Taufiq Jamal.

Wednesday, October 27, 2010

Anugerah Cinta.


Canda tawa kini musnah tanpa bicara,
berbuai rindu berlagukan sepi
Tanpa teman tanpa cinta,
Hanya jerit tangis dalam kata,
Lara hati ini tiada bertepi
mengenang nasib mengusung pilu.
Berbunga-bunga mengejar cinta,
Namun duka penyeri jiwa,
Indah tapi lara,
Suka tapi kedukaan.
Rindu tapi diabaikan.
Ini musibah berbuah hikmah.
Ini cantingan alam dunia.
Yang latarnya penuh warna, babak dan juga dosa.
Menongkat hati, demi melatari sebuah kehidupan.

Hak Cipta terpelihara.
created by               : Mohamad Taufiq Jamal.
                                 (27 Oktober 2010.)

Saturday, October 23, 2010

KOMPLEKS PENDIDIKAN.


      
KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK,
NILAI NEGERI SEMBILAN.
Ramai dalam kalangan pelajar IPG tertanya-tanya tentang lokasi sebenar Kampus Induk. Ada yang berpendapat di Cyberjaya, di kawasan Felda dan juga di Nilai. Setelah puas mencari dan percaya dengan sumber yang diperoleh, akhirnya saya ingin memaklumkan kepada kalian bahawa Kampus Induk IPG terletak di Bandar Enstek Nilai, Negeri Sembilan. Bandar Enstek merupakan bandar yang sedang dibangunkan dan terletak berhampiran KLIA. LCCT 2 KLIA yang heboh dicanang sebelum ini juga berhampiran dengan kawasan ini. Kawasan ini juga menepatkan beberapa agensi kerajaan dan kolej-kolej swasta.


Pada Tahun 2007, kerajaan telah mengumumkan bahawa, satu Kompleks Pendidikan akan diwujudkan di Nilai dengan kos sebanyak RM 3.1 Billion. Wah banyaknya!!! Kompleks bersepadu ini dibangunkan di atas tanah yang bekeluasan 728 HEKTAR, sera dilengkapi dengan ciri-ciri moden dan canggih. Peletakan Batu asas telah dibuat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 29 MEI 2009. 








Kompleks Pendidikan ini telah dibangunkan oleh Syarikat Konsortium Sri Mantin Sdn. Bhd beralamat di no.23 First Floor, Jalan Bunga Matahari, 28400 Mentakab Pahang. Untuk maklumat lanjut berkenaan syarikat berkenaan sila lihat di sini. (http://www.cidb.gov.my/directory/local_contractor_details.php?cont_id=127717)

Namun, untuk makluman semua, Kompleks Pendidikan ini bukan hanya menempatkan Institut Pendidikan Guru (IPG) sahaja, tetapi digabungkan dengan  Institut Aminuddin Baki (Kampus Tambahan), Politeknik Nilai, Tengku Kursiah College (TKC), English language Training Center (ELTC) dan Jabatan Audit Negara.

Beruntunglah student-student IPG yang akan berpindah ke kawasan ini, tidaklah lagi terperuk di Kampus masing-masing seperti sebelum ini, tetapi jangan pula dipalit nama IPG dengan perangai buruk anda!. 

Penulisan di atas oleh: Taufiq Jamal.


Thursday, October 21, 2010

CUPCAKES.

Just RM 2.00.

Inilah hasil cupcakes yang dibuat sendiri oleh saya semasa Hari Pameran Seni yang telah dianjurkan oleh para pelajar PPISMP 3F( Pendidikan Seni) pada 20.0ktober 2010. Nama untuk cupcakes nie?? X sempat bagi lagi dah abes..kui3.. Sebelum tu, pergi mencanting batik la, menyumpit la, dan banyak lagi rr. 
Mula-mula tu, just tengok member-member buat, pastu lama2 rasa cam nak cuba pula.. agagaga...akhirnya, inilah hasilnya... amacam??cantik x?? huhu....
originally from Taufiq Jamal.

Saturday, October 16, 2010

LAPORAN LENGKAP BAJET 2011.



Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan supaya suatu Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi
menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk
perkhidmatan bagi tahun 2011 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk
perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

Bajet 2011 bertemakan: Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi. berdasarkan 4 strategi utama yang akan diguna pakai bagi memastikan keberkesanan segala yang telah dirancang. 

1.      Mendaya kembali pelaburan swasta.
2.      Membangun modal insan.
3.      mensejahterakan hidup rakyat.
      4.      Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.

Jumlah Keseluruhan Bajet 2011 ialah sebanyak: RM 212 Billion.

Belanja Mengurus: 76.79% ( RM 162.8 Billion)
Belanja Pembangunan: 23.21% ( RM 49.2 Billion)

  • Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
  • Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan
  • Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah
  • Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.
  • RM857 juta disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah
  • RM146 juta di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
  • Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan
  • Dalam menyuburkan sektor pertanian, kerajaan memperuntukkan RM3.8 billion ringgit bagi tahun 2011
  • Merancakkan industri pelancongan: antaranya RM85 juta untuk pembinaan hotel & resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi. RM50 juta untuk membina laluan pejalan kaki di kawasan lingkaran KLCC ke Bukit Bintang
  • Meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan ICT: RM1.119 Billion di peruntukkan untuk program MY Creative Content, melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama 2 tahun.
  • Telefon bimbit biasa dikenakan cukai 10 peratus manakala telifon bimbit yang mempunyai aplikasi seperti internet atau PDA, dikecualikan cukai jualan. bagi tujuan penyelarasan, cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM91 juta untuk pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, baik pulih, dan rombak & rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aerospace dan aeronautical.
  • Pembangunan koridor dan wilayah dengan bajet RM850 juta.
  • RM229 juta untuk projek Iskandar Malaysia – untuk membina jalan, kawasan perumahan, menyediakan & memperbaiki perkhidmatan pengakutan awam
  • Projek yang di jangka siap dalam tahun 2011 adalan Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet, serta Legoland dan Marlbrough College pada tahun 2012.
  • Industri Kreatif: RM200 juta ringgit di sediakan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama & dokumentri keluaran tempatan
  • Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran berbayar.
  • Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuk menekankan nilai value-for-money dan value management
  • RM29.3 billion untuk kementerian pelajaran, RM10.2 billion untuk kementerian pengajaran tinggi dan RM627 juta ringgit untuk kementerian Sumber Manusia – khas untuk pembangunan modal insan
  • Menubuhkan Talent Corp di bawah jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2011 untuk menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti
  • 6.4 billion untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profession guru. RM213 juta ringgit lagi di bajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi.
  • RM111 juta untuk projek PERMATA
  • RM250 juta untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolan kebangsaan tamil, sekolah bantuan modal mubaligh, sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
  • Kerajaan setuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah sekolah agama rakyat rendah dan menengah( SAR) dengan peruntukan RM95 juta 
  • Biasiswa kepada guru serta tenaga pengajar yang ingin melanjutkan pelajaran RM576 juta 
  • RM213 juta ringgit di peruntukan bagi mengangkat tinggi penguasaan bahasa Melayu, Bahasa inggeris & memperkemas kukurikulim.
  • Memperkasa Pengajian Tinggi: Menambah peratusan akademik berkelulusan PHD denagn peruntukan RM20 juta 
  • Menambah baik IPTA & pensyarah boleh di pertimbangkan kenaikkan pangkat ke pringkat tertinggi gred turus.
  • RM60 juta bagi mempergiatkan lagi Program Industrial Skill Enhancement Programme di pusat latihan negeri.
  •  RM220 juta untuk siswazah jurusan lain dan RM50 juta untuk Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT.
  • RM474 juta untuk golongan bukan siswazah
  • Program Latihan 1 Malaysia sebanyak RM500 juta khas untuk menambah ilmu pengetahuan melalui penigkatan kemahiran & mempelajari kemahiran baru
  • Meningkatkan produktiviti pekerja
  • Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum: RM500 hingga 700 ringgit sebulan. Dengan kenaikkan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah seribu ringgit sebulan berkuata kuasa 2011
  • Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi – RM30 juta untuk program inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita sempena hari wanita 2011
  • Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini
  • Pembangunan sukan negara: RM356 Juta unruk pengurusan aktiviti sukan
  • Menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan RM20 Juta 
  • Bagi tahun 2011 kerajaan memperuntukkan RM1.2 billion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & masyarakat untuk menjalankan program berbentuk kebajikan & kemasyarakatan
  • Meningkatkan pemilikan rumah – RM568 juta disediakan bagi membina 300 unit kediaman di bawah projek bantuan perumahan bandar, 79 ribu unit di bawah program perumahan rakyat dan 8 ribu unit di bawah projek bantuan sewa.
  •  RM50 juta bagi membantu golongan pekerja estet yang akan dikendalikan oleh bank Simpanan Nasional.
  • Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit (khas untuk pendapatan 3 ribu ringgit sebulan dan terutama untuk golongan muda)
  • Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar  RM6.9 biliion untuk perlaksanaan infrastuktur asas seperti bekalan air, elektrik & jalan luar bandar.
  • Meringankan Beban Hidup Rakyat: RM947 juta sebagai subsidi harga padi, baja, benih padi, serta RM230 juta ringgit untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi
  • Kerajaan juga akan menyediakan sejumlah RM170 juta bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik bot untuk meningkatkan hasil tangkapan
  •  RM200 juta untuk program pengedaran barang perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepug terutama di Sabah & Sarawak
  •  RM500 juta unruk membantu kontraktor kelas F di seluruh negara
  • Menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan, Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan
  •  Elaun imam naik RM450 ringgit kepada RM750 ringgit sebulan.
  • elaun guru kafa dinaikkan menjadi RM 800 berbanding RM 500.
  • Pembangunan orang asli & pribumi – peruntukkan RM100 juta  terutama untuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah & pembangunan penempatan orang asli.
  • Mengurangkan kos pengangkutan: harga tol PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta merta
  • RM15.2 billion ringgit di peruntukkan untuk membina hospital baru, menambah bilangan doktor & jururawat serta mendapat bekalan ubat dan peralatan perubatan
  • Membanteras jenayah & Menjamin Keselamatan: RM350 juta untuk program membanteras jenayah & untuk skim rondaan sukarela terutama di kawasan berisiko tinggi.
  • Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan: RM70 juta ringgit bagi program yang melibatkan NGO terpilih yang turut membantu mengurangkan kes kes rempit, pembuangan bayi, mat rempit dan gangsterisme
  • RM1.9 billion untuk pemuliharaan alam sekitar
  • Memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dengan mempermudah berurusan dengan agensi kerajaan
  • Menghargai sumbangan penjawat awam: RM500  untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah
  • Menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM 3000.
  • Penjawat awam – dibenarkan membeli hartanah daripada ibu, bapa, anak & adik beradiik
NOTA: Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, kita selayaknya dapat menilai dan menganalisis apa yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri ini secara analitikal dan konstruktif. Bukan membuta tuli. Jangan suka bagi " Head shoot" jika anda hakikatnya tuli dalam bidang ini. Jangan bercakap seolah-olah anda jagoan kampung atau mahu menjadi pemimpin kota, sedangkan anda umpama tin kosong yang tidak punya isi.

DITULIS KEMBALI OLEH: TAUFIQ JAMAL.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...